Bergambar di Tengah Jalan Raya di Gulmit

3:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Melihat Mumtaz Khan membaca doa sebelum memulakan pemanduan, hati berasa tenang mengenangkan betapa berhemahnya  beliau ketika memandu. Tingkah laku Mumtaz Khan dapat kita lihat dengan jelas kerana kita duduk betul-betul di belakang tempat duduknya. Setiap kali memulakan perjalanan, sama da tour guide kami Encik Mudassir atau tour leader kami, Encik Musjid akan membacakan doa dan kami semua mengaminkan.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Maksudnya : 

Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya —Surah Al-Zukhruf : Ayat 13-14

Bergambar di tengah jalan raya.

Nampaknya kami masih lagi berada dalam lingkungan gunung-ganang! Tak ingat apa nama jalan ini tapi dalam HP di tulis Friendship Bridge Gulmit, Gojal, Hunza Nagar.

Pak (Pakistan) China Frendships Tunnel No 1


Sebelum meninggalkan Best Western Premier Hotel, sempat rakam gambar kanak-kanak berjalan kaki ke sekolah yang berjalan di seberang jalan berhadapan hotel.





Sangkaannya setelah jejak Hunza, sudah tidak ada lagi laluan gunung-ganang. Rupa-rupanya masih melalui lereng dan jurang, sambung-menyambung! Dan sudah tentunya sentiasa ada banjaran gunung yang tidak putus-putus sepanjang perjalanan.


Namun begitu ada sesuatu yang menarik di sebalik banjaran gunung yang pelbagai bentuk. Selain gunung batu dan berlembah di bahagian bawahnya, nun di balik sana ada puncak gunung diselimuti salji!

Puncak gunung di balik sanun... putih berselimut salji.




Mumtaz Khan berhentikan bas di tepi jalan. Di hadapan sana ada pemandangan yang indah.

Sementara tidak ada kenderaan yang lalu lalang, ambil kesempatan bergambar di tengah jalan raya!




Semuanya duduk bersila atas jalan raya, kita jew sorang yang duduk gaya lain.




Ini bukan lagi Gunung Daik bercabang tiga!
Banyak cabangnya!



Cantik kan pemandangan di sini! Bentuk gunungnya pun berbeza dari yang sebelumnya. Namapak sayup jew puncak bersalji itu.



Gulmit  merupakan sebuah bandar bersejarah yang terletak di pergunungan, puncak dan glasier di Gojal Upper Hunza, Gilgit Baltistan pada jarak 140 km dari Gilgit di Lebuhraya Karakoram di tebing Sungai Hunza. Gulmit adalah tempat pelancongan yang indah di Gilgit Baltistan, dan dilitupi oleh pergunungan dari semua penjuru. Salah satu puncak iaitu Menara Gulmit yang dilitupi salji belum pernah didaki, memiliki ketinggian 5,810 meter.


Gulmit ialah pintu masuk pelbagai lembah seperti Shimshal Valley, Lembah Boibar, Lembah Chipursan, Khunjerad dan Lembah Misgar. Tupopdan adalah puncak yang paling indah di kawasan di sebelah utara lembah yang dipanggil Passu Cones atau Passu Cathedral. Satu lagi puncak tertinggi di kawasan itu ialah puncak Shisper pada ketinggian 7,611 meter. 

26 comments

  1. Saya langsung teringat new Zealand 😍😍. Bedanya kalo ke sana lebih mahal drpd ke Pakistan ini. Saya benar2 teringin nak ke Pakistan jadinya 😍❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dik Fanny boleh pilih tempat tertentu untuk dikunjungi di Pakistan misalnya Hunza dan Skardu. Atau luangkan banyak hari untuk berkeliling Pakistan. Sepatutnya trip kami menginap dua malam di setiap tempat tapi sudah dipendekkan, jadi terburu-buru dan banyak tempat tidak dijejaki.

      Padam
  2. Amboi, tak ada kenderaan lain nak lalu ke situ, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Tapi kami cepat-cepat bergambar kalau kenderaan masih jauh.

      Padam
  3. subhanaallah indah pemandangan gunung ganang...sejuk mata memandang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sejuk suasana di sini sejuk lagi mata memandang gunung.

      Padam
  4. Unik puncak gunung-ganangnya. MasyaAllah terpukau pandangan, lagi pulak bila nampak puncak diselimuti salji. Tapi nampaknya kak Amie dan geng tak pakai baju tebal, tak sejuk sangatlah di bawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat kami lalu tak sejuk. Puncak gunung bersalji tu nun jauh sayup di sanun.

      Padam
  5. Tak terucap tengok foto2 Kak Amie, Subhanallah cantiknya bumi Ilaihi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka Pakistan memiliki keindahan alam semulajadi yang indah.

      Padam
  6. Gunung-gunung tu takde tumbuhan kan, bila disinari cahaya nampak cantik dari jauh. Tambahan dilitupi salji di puncaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kami saksikan pelbagai jenis gunung dari yang penuh flora sehinggalah hanya batu dari lereng hingga ke puncak.

      Padam
  7. cantik sangat pemandangan gunung di belakang kak amie...kerasa betul udaranya cold ya kak.....keliatan dari kabutnya

    BalasPadam
  8. Cantik peremandangan gunung ganangnya.

    BalasPadam
  9. Masya Allah. Sgt menenangkan. Tengok ni pun dah terbayang kesegarannya.

    BalasPadam
  10. Pakistan dgn China mmg tgh berkawan baik sekarang ni..
    Cantik pemandangan di kawasan pergunungan tu.. Bukan bercabang tiga itu dah bercabang-cabang dah puncak gunung tu huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa... itulah yang jadi gurauan sepanjang perjalanan:Gunung Daik Bercabang-Cabang!

      Padam
  11. indahnyaaaa. lagi lagi part view gunung tuuu. cantiknyaaaaaaa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan pergunungan di Pakistan memang cantik.

      Padam
  12. cuba bayangkan kalau gunung2 tu (padang) hamparan hijau je... confirm x jemu mata memandang... tp yg ni pun dah memukau mata

    kenapa kak amie x posing sambil baring kat tgh2 jln tu? barulah rare🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pemandangan yang berbeza di setiap laluan.
      Adoiiii Anies.... tengah baring nanti kena pijak kambing biri-biri macamana hihihiii!

      Padam
  13. Kalau SA pun sama akan bergambar di tengah jalan raya tu...berlatar belakangkan gunung2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang di sini pelancong berhenti dan ambil gambar.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe