Bawa Firdaus Cari Sarapan di Pasar Tani
10:05 PGBismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi kami ke Pasar Tani LD. Cuaca cerah. Langit biru dan matahari memancar menyebarkan kehangatannya di tepi laut. Encik Suami letak kereta berhampiran Pasar Ikan Kering dan kami berjalan kaki lebih kurang 200 meter ke pasar tani. Pasar Ikan, Pasar Ikan Kering, Pasar Kain dan Pasar Rakyat Lahad Datu semuanya terletak di tepi laut.
Menghirup udara laut LD di pagi hari. |
Jom cari apa yang patut untuk alas perut di Pasar Tani Lahad Datu. Banyak gerai jualan makanan di sini. Pilih sahajalah mana yang berkenan di mata dan selera di perut.
Kita beli pulut kuning rendang kerang - RM15.00.
Firdaus memilih tauhu inti ayam kegemarannta - RM7.00.
Beli juga nasi khao mok - RM10.00.
Kuih Rangin Pandan |
Kuih-muih zaman sekarang bentuknya comel-comel. Pendek kata saiznya kecil dan sbab itu nampak comel. Seketul kuih hanya perlu dua kali gigitan sahaja. kalau mulut luas sikit, bolehlah masuk seketul sekali ke dalam mulut!
Pemandangan di laut LD (Teluk Darvel) pada pukul 6:45 pagi. |
Muka senyum orang belum mandi! |
Pukul 7:30 pagi kami sudah sampai rumah. Firdaus tukang buka pagar. Nampaklah mukanya yang kusut masai dengan rambut keringnya! Pukul10:00 pagi nanti Firdaus akan menghadiri kelas tuisyen. Kenalah sarapan dulu.
13 comments
Meriahnya sarapan Daus...
BalasPadamTak mandi pun handsome & senyum manis..
Kuih rangin tu saya paling suka..
Putu beras tu belum pernah jumpa sbb kat sini putu beras warna putih jumpa time raya ja..hihihi
Sedap kuih rangin. Makan seketul nak tambah tiga empat ketul.
PadamPutu beras di sini air tangan orang Bugis.
Seronok ye Firdaus ikut Mommy pi Pasar Tani..kalau SA mmg leka la kat Pasar Tani kak..memang cari makanan yg jarang jumpa
BalasPadamSeronok jalan-jalan di pasar tani. Boleh cuci-cuci mata.
PadamMemang kuih skrg comel² dan mahal juga. Tapi, okeylah daripada kena buat sendiri, hihi.
BalasPadamKan SK. Kita pun bukan nak makan banyak. Cukuplah merasa dua tiga ketul.
Padamrajin firdaus bangun pagi2 ikut jln2 ke pasar tani ya👍👍👍
BalasPadamFirdaus sudah terbiasa bangun awal untuk bersiap ke sekolah.
PadamSeronok firdaus jalan-jalan pagi. Dah nampak tinggi dah firdaus.
BalasPadamSudah bujang, sudah tahun lima.
PadamAsyik juga Mbak pagi jalan-jalan ke pantai, melihat pemandangan laut yang indah kemudian lanjut belanja ke pasar.
BalasPadamWah. rupanya disana ada juga kue putu. Disini namanya "putu" saja Mbak.
Kalau di Malaya ada putu piring dan putu bambu. Di Lahad Datu sekatakt ini hanya jumpa putu bambu dan putu beras sahaja.
PadamKalau putu, di sini makanan khas masyarakat Bajau yang diperbuat dari ubi kayu dan dimakan bersama lauk-pauknya.
Tapi cantik2 warna kuenya kak. Membuat tertarik utk beli macam2 kan 😄. Karena daerah laut, PAgi2 pun dah banyak kapal nak bekerja yaa 👍.
BalasPadam