Oleh-Oleh Hunza Valley
8:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari Tasik Attabad kami singgah di di bazaar kecil di sekitar untuk mencari oleh-oleh. Asyik terserempak dengan kambing! Bukan kambing hidup tapi replika kambing pelbagai bentuk. Barangkali kambing-kambing ini ada kaitannya dengan pashmina!
Pashmina merupakan kain kerudung panjang berbentuk segi empat panjang berukuran sekitar 160CM X 50CM atau 190CM X 75CM. Pashmina berasal dari bahasa Persia yang bermaksud kain wool, atau gentian tekstil yang diperoleh daripada bulu biri-biri atau haiwan lain. Selendang berkualiti terbaik diperbuat daripada pashm atau pashmina, iaitu bulu capra hircus, spesies kambing gunung liar Asia. Oleh itu, selendang itu dipanggil pashmina.
Kami tidak mempunyai banyak masa berada di sini, jadi hanya sempat tangkap gambar sahaja. Kita ini kalau hendak shopping memang perlu masa dan bukan setakat rembat-merembat begitu sahaja. Tapi apa boleh buatlah, memang begitu adatnya kalau berjalan. Kena ikut arahan, bukan menonong sesuka hati hendak buat apa yang kita suka.
Pintu masuk ke kawasan bazaar, di tepi Tasik Attabad.
Oleh kerana bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, sudah tentulah sewaktu berjalan kaki ada tanah tinggi dan rendah. Kiranya kami kena menuruni bahagian tanah yang landai dari tempat letak van.
Terdapat restoran dan warung makan di sini.
Terselit juga gerai-gerai cenderahati.
Tapi tak sempatlah hendak singgah.
Melalui gambar-gambar di atas boleh dapat bayangkan tak betapa teriknya cuaca ketika ini!
Kami masuk ke sini seketika untuk membasahkan tekak dengan makan ais krim.
Tempat tumpuan kami sudah tentulah di kawasan ini.
Ada kedai menjual pelbagai oleh-oleh yang boleh dibeli untuk dibawa pulang.
Jumpa kambing lagi.
Tak tahu apa jenis kambing ini.
Tak tahu apa jenis kambing ini.
Mari kita masuk ke bahagian dalam gerai.
Mata mencari oleh-oleh yang ingin dibeli, tak sempat hendak tangkap banyak gambar.
Cantik-cantik belaka corak pakaian kanak-kanak Pakistan.
Yang ini sudah tentu menjadi pilihan ramai!
Kami berebut-rebut membelinya sehingga habis stok!
Di hujung gerai banyak lipatan pashmina.
Kami tidak beli sebab sudah memborong di tengah malam di Karimabad Bazaar.
Kali ini di kala tengah hari hanya memborong oleh-oleh seperti wallet atau dompet Pakistan sahaja.
Bazaar di sini kecil sahaja, tidak menawarkan banyak pilihan untuk dibeli.
Apa pun, adalah juga oleh-oleh dari sini daripada pulang dengan tangan kosong.
6 comments
Unik bazaarnya... tp mst panas kan
BalasPadamBagus jugak panas sebenarnya, senang nak berjalan. Memang jika ke mana² susah nak cari sesuatu untuk budak lelaki kan. Kalau budak pmpuan macam² pilihan.
BalasPadamBaju2 dia macam ada percikan negara India juga ya.
BalasPadamSebelah sini panas... Sebelah sana ada gunung di litupi ais...Subhanallah
BalasPadamSuka tengok baju tradisi di sana, colorful kan.
BalasPadamBaju2 ceria, colorful begini saya suka sebenernya. Tapi tuhlaah, kdg kalo dah beli, teringat di Indonesia nak pakai di mana 😂. Sering sangat, saya beli baju Tempatan dari suatu negara, lalu tak terpakai di jakarta 🤭.
BalasPadamJD skr nih prefer beli macam pashmina atau dompet dan tas. Lebih bisa digunakan 😄