Chicken Karahi : Hidangan Lazat Masakan Pakistan
9:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Penantian yang agak lama akhirnya berbaloi juga apabila terhidang menu yang lazat di meja.Teruja melihat menu ayam yang dihidang di dalam kuali, kita terlupa menu yang lain! Seronok sangat apabila kita tanya pelayan yang sedang menghidangkan makanan, adakah yang dihidangkan itu Chicken Karahi? Yes, Chicken Karahi, jawabnya.
Sudah tentulah kita tidak sabar-sabar untuk mencicipi Chicken Karahi. Kita pernah masak Lamb Karahi sewaktu pertandingan memasak di ladang beberapa tahun lalu. Kata seorang rakan ladang keturunan Punjabi, Lamb Karahi air tangan kita sangat sedap! Alhamdulillah, kita menang tempat pertama. Jadi, di kesempatan keemasan ini kita hendak bandingkan rasa Lamb Karahi dengan Chicken Karahi.
Karahi ialah kuali dengan bentuk yang lebih curam dan bawahnya rata. Masakan ayam ini secara tradisionalnya dihidangkan di dalam karahi. Menu Chicken Karahi merupakan hidangan Asia Selatan yang penuh perisa dalam masakan Pakistan dan India Utara.
Chicken Karahi & Chicken Karahi Curry |
Bukan semua kari diperbuat dari serbuk kari. Istilah 'curry' merujuk rendidih. Chicken Karahi @ Chicken Karahi Curry berasaskan tomato, berempah sederhana dengan bawang goreng dan rempah panggang yang dikisar. Sos kari inspirasi India Utara, dibuat dengan tomato, rempah panggang dan serbuk cili Kashmir. Memang ada perbezaan resipi masakan kari mereka dengan kita.
Nampaknya Amie perlu belajar dari masakan sebenar menu Pakistan. Kuah Lamb Karahi masakan kita kuahnya tidak sepekat Chicken Karahi. Lain kali Amie hendak cuba masak Chicken Karahi pula. Tapi.... tapi .... kena buang kulit ayam juga ke?
Bismillah. |
Muka Encik Musjid, toue leader kami tersenyum lega sebab makanan sudah terhidang!
Ini wajah tour guide kami, Encik Ahmed.
Selamat menjamu selera. |
Ulam-ulaman terdiri dari daun salad, hirisan timun, lobak merah, ubi bit dan bawang besar.
Tidak sempat tanya sos apakah yang dihidangkan bersama ulam-ulaman ini. Ada rasa yogurt.
Gara-gara sibuk dengan Chicken Karahi, makanan yang lain tidak ditanya apakah namanya!
Yang bertutup dalam mangkuk ini pun tak tahu apa namanya!
Apabila disenduk, isinya berupa kari kacang dal.
Raghni Naan |
Ini kita panggil roti naan. Di sini namanya Raghni Naan, sejenis Roti Rata Gaya Pakistan yang lembut dan gebu. Roghni Naan pada asasnya dibuat dengan tepung serba guna, yis, yogurt, susu dan telur. Roti ini disapu dengan susu, ditaburi bijan dan kemudian dibakar di dalam ketuhar sehingga keemasan dan kembang.
Cantik Raghni Naan!
Tapi kita tak mampu habiskan makan sekeping.
Tapi kita tak mampu habiskan makan sekeping.
Nasi Putih Beras Basmatni |
Amie hanya makan roti naan sahaja dan tidak sentuh nasi kerana Amie hendak meratah Chicken Karahi. Seketul ayam di dalam pinggan, kita tambah lagi seketul, dan ratah lagi seketul, dua ketul, tiga ketul sampai empat ketul!
Selepas makan, kami dihidangkan dengan teh panas.
Boleh tambahkan gila dan perahkan jus limau ke dalam minuman teh. Kecil saja saiz limaunya. Bukan limau kasturi tapi seperti limau nipis.
Bergambar dengan Gee di pintu masuk Haveli Restaurat. |
Alhamdulillah. Sekarang sudah kenyang. Kami turun ke bawah.
Sekian.
Kenangan makan Chicken Karahi yang sedap di Haveli Restaurant!
Harapnya bolehlah cuba masak Chicken Karahi di dapur sendiri.
Tapi, masih berbelah bagi, hendak buang kulit ayam atau tidak.
5 comments
Untunglah rasa makanan yg dinanti lama sedap ya kak 😍😍😄. Worth it menunggu lama. JD penasaran saya rasa chicken atau lamb karahi ini. Tp kalo masak sendiri pakailah kulitnya, itu yg buat sedap 🤣😄😄
BalasPadamNampak sedap sungguh. Selamat menjamu selera
BalasPadamJangan buang kulitnya, Kak Amie. Kak Amie masak karahi ikut style orang Msia yg suka makan kulit ayam, hihi.
BalasPadamNampaknya berbaloi penantiannya tu, dapat makan Chicken Karahi yang sedap.
BalasPadamMasak kat rumah kulit ayam yang ditanggalkan boleh digoreng rangup 😁
Mungkin mereka buang kulit jadi rempahnya masuk ke isi ayam kalau tak ia melekat di kulit.
Dah nampak macam rendang ayam je Kak Amie..cuma tu la ayam dibuang kulitnya ye...bab kulit tu la yang sedap kan kak
BalasPadam