BBQ di Tengah Hari
9:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin. Pukul 11 pagi.
Kita sedang masak di dapur.
Anak-anak buah datang bawa bahan perapan untuk dipanggang. Ada ayam, udang, sotong dan kambing. Adik ipar bakar arang. Adik Chah datang bawa coleslow, kentang goreng, kicap lada, salad dan air buah.
Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama. Memang sedap sangatlah hasil panggangan anak-anak buah. Menjelang tengah hari, Wak Kanang datang bersama anak-anak dari Batang Berjuntai. Adik Wi pun datang dari Sungai Buluh. Abang Farid dan Aseeyah bersama Hamzah juga tidak ketinggalan.
Puaslah makan udang, makan kambing!
Anak buah beli kambing siap perap. Nipis dan cepat masak. Cukup rasa.
Kentang Goreng |
Air buah yang sudah kehabisan buah. |
Terima kasih daun keladi buat anak buah, Ziah dan Erika serta yang lain-lain kerana bertungkus-lumus mengurus BBQ! Lain kali buat lagi ya.
8 comments
BBQ x tertakluk pada waktu Malam sahaja, Siang pun seronok Kan kak..sesekali kata orang...
BalasPadamBetul SA.
PadamBila-bila masa boleh jew kan.
Anak² buah dah besar² boleh uruskan hal memasak. Giliran mak² sedara rehat².. makan².
BalasPadamItu yang best apabila cucu cicit Bonda datang rumah. Ada jew aktiviti makan-makan.
PadamBegitulah bila orang jauh balik, semua datang berkumpul, pasti riuh-rendah, kan Kak Amie.
BalasPadamBetul SK.
PadamSeronok sangat dapat berkumpul, semua nenek saudara timang - timang Hamzah
BBQ begini memang lah sedap apalagi kalo dibuat ramai, utk dimakan bersama ❤️❤️.
BalasPadamMasih teringat-ingat enaknya BBQ kambing 🐐🐐🐐😋😋😋
Padam