Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan : Jubli Mutiara
10:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun anak-anak jauh, tetapi ingatan tetap di hati.
Terima kasih anakanda kami, sentiasa mengingati hari ulang tahun perkahwinan kami.
Hari ini selepas balik dari menoreh kami berdua, bersama Encik Suami memenuhi permintaan anak-anak untuk meraikannya.
Banyak jugalah kiriman wang untuk kami, tetapi kami tidaklah dapat menghabiskan kesemuanya. Kami hanya menggunakan sekadarnya sahaja sebagai menghargai ingatan mereka sempena ulang tahun pada 16 November dan ulang tahun perkahwinan pada 18 November.
Orang kata, yang memberi itu berganda-ganda gembiranya dari yang menerima. Terima kasih sekali lagi untuk anakanda kami semua. Semoga kalian senang hati melihat Mommy dan Baba menikmati hidangan di Home Steak Home tengah hari tadi.
Encik Suami banyak ambil gambar kita tapi banyaklah pula yang tak sempurna. Hilang kepalalah, hilang sebelah matalah.... ahaks! Tapi gigih juga nak ambil gambar kita untuk dikongsi dengan anak-anak.
Kita memesan fresh oren saiz besar. Kononnya hendak minum segelas dengan Encik Suami. Tengok tu, siap ada dua straw lagi. Rupanya Encik Suami tak faham. Dia pergi memesan cappuccino pula!
Amie - Grilled Lamb Chops |
Daging kambing rasa lembut dan cukup rasa. |
Encik Suami : Fish & Chips |
Citarasa yang berbeza - seorang mengembek seorang ke laut! |
Menu tambahan : Sayap Ayam Goreng
Sayap Ayam Goreng ini sedap dan rangup tapi kami bungkus bawa pulang sebab perut sudah kekenyangan. Jadinya, Sayap Ayam Goreng ini rezeki Firdaus. Balik dari sekolah agama, terus terkam!
Fresh orange ini memang betul-betul menyegarkan. Tidaklah terasa manis gulanya sangat. Sedang-sedang manisnya. Suka! Setelah habis minum cappuccino, Encik Suami bantu habiskan fresh orange pula.
Walaupun hanya meraikan berdua, namun hari ini memberi makna bagi diri ini. Mulalah kita muhasabah diri. Sudah 30 tahun berkahwin, nampaknya kenalah ubah tingkah laku yang negatif terutama kepala batunya itu. Agaknya sebab kecik-kecik dulu banyak makan ikan gelama kepala batu... ahaks!
22 comments
Alhamdulillah
BalasPadamTahniah k Amie dan suami❤️
Terima kasih Cik Nur❤️❤️❤️
Padamalhamdulillah... moga kekal bahagia hingga ke jannah...aamiin
BalasPadamTerima kasih Mummy Ayu❤️❤️❤️
PadamHahahah.. dalam kepala batu tu kuat jugak sabarnya, Kak Amie. Sekali lagi Happy Anniversary. Ingatkan anak² guna khidmat abang angkat hantar makanan, hihi.
BalasPadamKalau tak ada kepala batunya macam malaikat pulak diri ini hihihii.
PadamTak guna khidmat abang angkat sebab nak dating hihihii.
happy anniversary...smoga bahagia till jannah..sedap2 menu tu
BalasPadamTerima kasih Mama Tisya❤️❤️❤️
PadamHappy Anniversary Kak Amie dan suami. Moga sihat bahagia selamanya.
BalasPadamTerima kasih Mulan. Mudah-mudahan kita sama-sama sihat walafiat.
PadamHappy Belated Birthday Kak Amie..!!! 🌸🌸🌸
BalasPadamSemoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selamanya.
Terima kasih Mulan.
PadamAmin ya Allah atas doanya.
encik majid ni tak romantik le. hahahahaha patutnya posing le minum air segelas bersama-sama. Tapi apa pun itulah syurga amie kan. Semuga kekal bahagia till jannah
BalasPadamHehehee... dia tak pandai hendak menterjemah perasaannya.
PadamTerima kasih doanya Notie.
Masya Allah....sejuk perut ibu mengandung ....semoga Allah limpahkan pahala melimpah buat anak anak
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki anak-anak.
PadamTerima kasih Mama Cella. Mudah-mudahan sentiasa melimpah rahmat dan berkat buat mereka.
Happy anniversary kak... moga kekal bahagia bersama hingga ke syurga... bagus betul anak-anak akak sentiasa meraikan walaupun mereka berjauhan.
BalasPadamTerima kasih Dana.
PadamAlhamdulillah, walaupun jauh di mata namun dekat di hati.
Selamat merayakan ulang tahun pernikahan bersama suami tercinta Mbak.
BalasPadamWalau anak-anak jauh, tetap mereka ingat hari bersejarah bagi orang tua mereka.
Hmmm...fresh orange nya kelihatan sangat menyegarkan...
Salam,
Terima kasih Pak.
PadamSyukur Alhamdulillah. Memang anak-anak jauh beribu batu, namun sentiasa saling berkomunikasi.
Ya, fresh orangenya seger banget... teringat es jeruk yang selalu kami minum di Sumatera & Jakarta.
Nikmatnya kaaaak. Nampak sedap semua menu yg dipesan 😍😍🤤. Sayap ayamnya pun kliatan rangup. Pastilah daus senang bisa meratah chicken wings 😄👍
BalasPadamalololo.. so sweet tu kalau dapat dapat minum fresh orange nya serentak 😁
BalasPadamLovey dovey couple gitu 😘