Welcome to Passu Glacier

8:16 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila terpandang tulisan Welcome to Passu tiba-tiba teringat pelakon Hindustan Bipasha Basu pula! 

Sebenarnya Passu dalam entri ini berkaitan dengan glasier.

Dulu, sewaktu di bangku sekolah memang tidak berapa ambil perhatian sangat mata pelajaran Geografi Fizikal. Kita lebih suka belajar Geografi Kawasan. Bagaimanapun tidaklah kita mengabaikan semua topik dalam Geografi Fizikal termasuk glasier. Cuma ketika itu agak sukar membayangkan apa itu sebenarnya glasier.

Setelah melihat sendiri suasana dan menambah info akhirnya fahamlah kita mengapa hanya ada waktu-waktu tertentu sahaja boleh berkunjung ke Pakistan terutama di kawasan pergunungan sewaktu musim sejuk atau musim salji. Percayalah kita bahawa jalan di pergunungan akan ditutup berbulan-bulan lamanya untuk elak runtuhan salji!

Sedih pula rasanya apabila terbaca berita ini walaupun sudah berlalu pada 2022: Pakistan ‘Masih Dalam Bahaya’, Kemungkinan Banjir Surut Selepas 6 Bulan. Antara yang disebut : 
  • Banjir yang telah meragut 1400 nyawa itu merupakan yang terburuk di Pakistan. Kebimbangan pihak berkuasa kini beralih kepada penyakit bawaan air termasuk taun dan denggi.

  • Menurut pihak berkuasa Pakistan, banjir ini terjadi disebabkan oleh hujan monsun dan glasier cair di kawasan pergunungan utara Pakistan. Akibat daripada banjir ini hampir 33 juta rakyat terjejas, ribuan rumah dihanyutkan air, jalan raya dan rel kereta api rosak.

  • Pakistan kini sedang menghadapi prospek kekurangan makanan yang gawat, berikutan kemusnahan sehingga 70% tanaman ruji seperti beras dan jagung. Bukan itu sahaja, Pakistan sedang bergelut dalam menyediakan khemah dan ubat-ubatan kepada mereka yang terjejas.
Di sebalik keindahan alamnya, rupanya banyak tragedi sedih yang terpaksa diharungi oleh penduduk Pakistan. Marilah kita sentiasa bersyukur menjadi warga Malaysia dan panjangkan doa agar sentiasa dapat hidup dalam suasana aman dan makmur.


Sudah sampai ke Pakistan, barulah nampak dengan jelas tentang glasier! Welcome to Passu rupanya menyajikan satu pemandangan yang penuh misteri dan menakjubkan. Subhanallah. Rahsia segala ciptaan Allah hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Di sebalik kewujudan gunung-ganang, banyak ceritanya yang tersendiri.


Glasier atau disebut sungai air batu merupakan bongkahan endapan air batu padat yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Asalnya terbentuk dari salji yang turun di kawasan pergunungan menimbun padat dalam suatu tempoh yang lama lalu menurun ke kaki gunung hasil tarikan graviti melalui lurah sungai. Pergerakan sepanjang laluan ini seakan batang sungai boleh menghakis batuan membentuk pelbagai rupa bumi seperti morain, drumlin, esker, fiord dan lain-lain. Sebanyak 99% air batu padat yang ada di muka bumi ini terkandung dalam lembaran di kawasan kutub tetapi ia juga boleh ditemukan pada litupan gunung-gananghampir seluruh benua kecuali Australia. Malah, glasier dalam kawasan antara lintangan 35'U dan 35'S hanya dapat ditemukana di Himalaya, Andes serta beberapa gunung di Afrika Timur, Mexico, New Guinea dan Zard Kuh di Iran.

Ia merupakan sumber air tawar terbesar dapat dijumpai di muka bumi sebanyak 68.8%. Isipadu airnya dapat dilepaskan dengan mencairnya air batu ini kerana suhu yang meningkat pada musim panas. Air tersebut dapat dimanfaatkan hidupan yang mendiami persekitarannya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia. Kadar pengurangan ini berubah-ubah mengikut keadaan iklim sekitar lalu dijadikan penanda paling peka kepada perubahan iklim sedunia.

Suhu di sini sangat panas!

Glasier Passu terletak di sebelah selatan kampung Passu, di Gilgit-Baltistan, Pakistan. Puncak Passu terletak di belakang glasier. Glasier ini dikaitkan dengan Glasier Batura dan banyak glasier lain di banjaran gunung Batura Muztagh. Glasier Baltoro, sepanjang 62 kilometer, adalah salah satu glasier terpanjang di luar kawasan kutub. Ia terletak di Baltistan, di wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan, dan merentasi sebahagian daripada banjaran gunung Karakoram.

Jom kita tambah ilmu tentang kawasan glasier di Pakistan. Ada 10 glasier luar biasa di sana:
  • Glasier Abruzzi. 
    Glasier Abruzzi terletak di utara puncak Baltoro Kangri, di mana ia bersambung dengan glasier Baltoro. Ia terletak dari Barat Laut ke Barat mutlak. Dari glasier, seseorang boleh melihat pemandangan K-2 yang menakjubkan. Ia dinamakan sempena pendaki gunung Itali dan penjelajah Arktik Putera Luigi Amedeo, Duke of the Abruzzi, yang mengetuai ekspedisi ke banjaran gunung Karakoram pada tahun 1909.

  • Glasier Batura. 
    Dengan kepanjangan 57 kilometer, glasier Batura ialah salah satu glasier terbesar dan terpanjang di luar kawasan kutub (35 batu). Ia terletak di Hunza Atas (Gojal), Gilgit-Baltistan. Ia terletak di sebelah Utara Batura (7,795 meter/25,574 kaki) dan Passu (7,500 meter/24,600 kaki). Glasier terletak dari Barat ke Timur. Bahagian hilir digambarkan sebagai lautan kelabu batu dan moraine berkerikil, dikelilingi oleh beberapa kampung dan padang rumput yang dipenuhi dengan biri-biri, kambing, lembu dan yaks. Laluan itu bersempadan dengan pokok ros dan juniper.

  • Glasier Biafo
    Biafo ialah glasier sepanjang 67 kilometer (42 batu) di GilgitBaltistan. Ia bertemu dengan glasier Hispar (49 kilometer/30 batu) pada ketinggian 5,128 meter (16,824 kaki) untuk membentuk sistem glasier ketiga terpanjang di luar kawasan kutub selepas Glasier Fedchenko, Tajikistan dan Glasier Siachen di Pakistan/India masing-masing. Nagar berada di Barat dan Baltistan di Timur. Lintasan glasier Biafo dan glasier Hispar membentuk laluan glasier sepanjang 100 kilometer (62 batu).

  • Glasier Godwin-Austen
    Glasier ini terletak di banjaran Karakoram, berhampiran dengan K-2, puncak gunung tertinggi di Pakistan. Pertemuannya dengan Glasier Baltoro yang dikenali sebagai Concordia, adalah destinasi trekking yang popular dengan pemandangan empat daripada lima lapan ribu orang di rantau ini. Glasier boleh diakses melalui Skardu, Gilgit-Baltistan. Puncak gunung K-2 dinamakan sempena Henry Haversham Godwin-Austen, yang merupakan penjelajah awal kawasan itu.

  • Glasier Gondogoro. 
    Glasier Gondogoro, juga dikenali sebagai Gondogoro La, terletak berhampiran Concordia di Gilgit-Baltistan, Pakistan. Ia menyediakan laluan alternatif ke Concordia di pertemuan glasier Baltoro dan Godwin-Austen.

  • Glasier Miar. 
    Glasier Miar terletak di Lembah Hoper di Nagar, Gilgit-Baltistan, Pakistan. Ia terletak di Utara Puncak Miar (6,824 meter/22,388 kaki). Ia adalah bahagian penting Glasier Barpu.

  • Glasier Passu. 
    Glasier Passu terletak di selatan kampung Passu, manakala puncak Passu terletak di bahagian belakang glasier. Glasier ini bersambung dengan glasier Batura dan beberapa glasier lain di banjaran gunung Batura Muztagh.

  • Glasier Rupal. 
    Glasier Rupal, juga dikenali sebagai Glasier Tashain, terletak di banjaran Himalaya. Ia adalah ke Utara Puncak Laila, ke Selatan Nanga Parbat dan puncak yang tidak dinamakan 6,326 meter (20,755 kaki). Sungai Rupal diberi makan oleh air cair glasier.

  • Glasier Siachen.
    Glasier Siachen ialah glasier terpanjang di banjaran Karakoram dan yang kedua terpanjang di kawasan bukan kutub di dunia, berukuran 76 kilometer (47 batu). Titik tertinggi glasier ini ialah 5,753 meter (18,875 kaki) di Indira Col di sempadan China manakala titik terendah ialah 3,620 meter (11,875 kaki).

  • Glasier Trango. 
    Glasier Trango, juga dikenali sebagai Menara Trango, terletak di Baltoro Muztagh Banjaran Karakoram di Gilgit-Baltistan, Pakistan.

  • Glasier Vigne
    Glasier Vigne terletak berhampiran Glasier Gondogoro dan Baltoro. Ia memberikan akses kepada Gondogoro (La) Pass.
Sumber : Google

Dengan 7,253 glasier yang diketahui, Pakistan mengandungi lebih banyak ais glasier berbanding negara lain di bumi di luar kawasan kutub. Dengan panjang 62 kilometer, Glasier Baltoro yang digambarkan ialah salah satu glasier alpine terpanjang di dunia.





Sebelum sampai ke Passu, beginilah suasana perkampungan di lembah-lembah gunung yang kami lalui.





Semakin lama bentuk gunung dan lembah semakin berbeza. Ada aliran sungai di celah-celah kaki gunung yang datangnya dari puncak. Ia merupakan cairan salji.





Kelihatan gunung bersalji di bahagian belakang kawasan Passu.



Mumtaz Khan pun sempat merakam gambar di sini.




Beginilah sedikit sebanyak keadaan di Passu yang sempat kita rakam. Di bawah ini, ada rakaman video yang dipinjam dari Liza. 

Video sekitar Passu Glasier.

12 comments

  1. MasyaAllah pemandangan yang sangat memukau!
    Untung kak Amie dapat saksikan glasier di depan mata.
    Saya ulang kaji subjek Geografi di sini 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa terimbau kembali kenangan di bangku sekolah dan buku Geografi Fizikal yang tebal tu.

      Padam
  2. Waaaah banyaaaaknya glacier di sana 😍😱😱😱. Memang teman saya yg buka trip ke Pakistan, juga bilang jangan DTG di saat winter kalo ke Pakistan. Rugi, banyak tempat tak bisa dilihat.

    Memang sebaiknya saat awal autumn ya kak Amie. Nota buat saya, Krn selama ini kan saya selalu pergi ketika winter.

    BalasPadam
  3. Maknanya, salji di pakistan tebal2 juga lah..

    BalasPadam
  4. Terima kasih Kak Amie kongsikan pasal glacier ni. Selamat ni dok dengar nama je :)
    Panas suhunya? Ingatkan sejuk nyaman sbb banyak air batu (glacier) & suasana bersalji tu...

    BalasPadam
  5. Sungguh benar, di sebalik keindahan, ada keburukan. Glasier ni bukanlah semudah nak menimbus semula tanah runtuh macam di Malaysia ni. Syukur negara kita antara bumi yang selamat diduduki di dunia ini.

    BalasPadam
  6. Terima kasih untuk segala info dan gambar tu kak, kalau tak baca tulisan akak ni tak terpikir gitu la rupanya fungsi dan apa berlaku pada glasier tu.

    BalasPadam
  7. Begitu luas mata memandang.
    Walau hanya gunung-ganang berbatuan tetaplah cantik dengan pelbagai bentuk dan saiz.

    BalasPadam
  8. Banyaknya Glasier kat sini dan info2 ni pun baru saya tahu. Permandangan kat sini memang cantik sangat.

    BalasPadam
  9. perghhh banyaknyanama glasier. Camne dapat nama ye. Buat saya berkobar-kobar nak pi pakistan. Mudahan Allah rezekikan. Aamiin

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe