Kampungku Nan Permai
8:44 PGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Allah izinkan kita habiskan masa bersama Bonda dan keluarga di kampung. Tiga malam berturut-turut kita tidur dengan Bonda dan melayan Bonda bercerita sehingga lewat malam. Hari ini kita akan terbang pulang. Tengah hari nanti Abang Farid akan hantar kita ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Jadinya, kita akan masak lebih awal supaya Abang Farid dapat makan tengah hari bersama-sama.
Pagi tadi kita sempat ambil angin segar di kebun. Melihat rama-rama dan serangga lain terbang dan hinggap dari daun ke daun, terasalah begitu lama tidak menikmati betapa indahnya alam kejadian Allah SWT.
Betik sudah masak di pokok. |
Sebelum itu kita sarapan dulu. Kita buatkan Bonda lempeng cecah dengan sambal tomato dan rendang daging. Belum pun sempat selesaikan melempeng di kuali, Bonda sudah duduk di meja makan dan tanya: Buat sarapan apa?
Kita hidangkan minuman teh panas dengan lempeng untuk Bonda. Awal pula Bonda sarapan pagi ini. Bonda suka lempeng yang gempi. Kita pun tak faham sangat maksud gempi. Lempeng dibiarkan agak lama sedikit di dalam kuali sehingga timbul warna gelap. Cara melempeng begini menjadi kesukaan arwah Ayahanda dan semasa hayatnya masih ada selalu kita buat untuknya.
Lempeng + Sambal Tomato + Rendang Daging |
Buah Naga |
Buah-buahan memang wajib ada dalam hidangan sarapan. Wak Niah hari-hari makan buah dan minum jus buah.
Wak Niah goreng ikan belanak. Katanya, inilah ikan kesukaan Bonda. Kita pun memang suka ikan belanak kecil ini. Isinya manis. Kita sarapan nasi dengan ikan belanak goreng. Kali ini kita ambil lima ekor! Tambah kicap, smbal tomato dan ulam terung ungu mini.
Wak Niah memang masak nasi awal pagi kerana kucing-kucingnya hendak makan. Bonda kata kucing Wak Niah bertambah jadi 12 ekor sebab ada orang buang kucing! Suatu pagi, Wak Niah terkejut ada sebuah kotak berisi lima ekor kucing di depan pintu rumah. Wak Niah ambil dan pelihara.
Selepas sarapan, buka pintu dapur dan terpandang hamparan pokok kacang menghijau di tepi rumah. Bonda kata banyak buah kacang dan sudah tiga hari tidak dipetik. Bonda suruh kita petik kacang tapi kita takut! Nampak subur sangat rimbunan pokok kacang tanaman Bonda. Kita takut kalau ada ular sembunyi bawah pokok kacang!
Buah kacang. |
Bonda ikut kita ke belakang dapur dan petik pucuk pokok kacang. Katanya sedap kalau dimasak lemak atau dimasak bening saja.
Terlanjur tengok pokok kacang, kita tengok pokok cekok manis pula.
Seranggan di balik daun! |
Sudah ada pucuk kacang, kita cari pucuk daun soh pula. Kenapa dipanggil daun soh padahal nama pokoknya pokok malinjo?
Daun Soh |
Daun soh ini pun sedap dimasak bening atau dimasak lemak. Kalau ada buahnya yang masih muda lagilah sedap dimasak bersama pucuknya!
Betik dan Daun Soh |
Sekejap lagi kita hendak masakkan Bonda sup ayam tambah betik mengkal.
Cukuplah petik serba sedikit daun kacang, kangkung dan daun soh untuk dibuat sayur bening.
14 comments
Sedapnya ikan belanak goreng. Pastinya seronok sangat bonda Kak Amie kan.
BalasPadamLama tak makan beranak goreng ni.
PadamMemang seronok sangat bonda kita. Asyik duduk bercerita di sebelah kita.
Mesti sedap ni Kan kak Amie...bestnya kak Amie dh Ada kat Kampung Dan dh nak balik dh pun...kak Amie pulang sorang ke?
BalasPadamYa, balik sendiri. Perjalanan tu yg ambil banyak masa.
PadamSusah dah nak jumpa daun soh tu...dulu2 ada lah kat rumah linda, tapi sekarang dah takde
BalasPadamBetul. Tak banyak dah orang tanam pokok tu.
PadamSedapnya daun soh dibening. Seger je rasanya.
BalasPadamMemang sedap. Tambah ikan goreng dengan sambal belacan...perrgggh!
PadamOh, kalau begitu maksudnya gembi, sy pun suka lempeng yang gembi begini, Kak Amie.
BalasPadamRupanya gempi maksudnya gemuk dan crispy menurut Fanny.
PadamSudah terbang pulang ke Borneo ye cikgu...
BalasPadamPastinya tidak puas bersama bonda tapi biarlah singkat..yang pasti rindu terubat..
Ya, sekejap saja di kampung. Banyak masa habis dalam perjalanan pergi dan balik. Puas hati tiga malam tidur dengan Bonda.
PadamGempi, kalo disini gemuk crispy ,🤭.
BalasPadamDaun sih atau daun mlinjo biasa di tumis atau masak sayur asam. Saya sukaaa sangat. Temannya dah pasti ayam goreng dan sambal belacan 😄
Terima kasih penerangan tentang gempi. Betullah tu, arwah Ayahanda suka lempeng yang agak tebal tapi crispy.
PadamBonda suka daun Soh masak lemak tapi waktu hendak masak tiada pula santan.
Kalau disayur Asan, berteman ayam goreng dan sambal belacan sudah pasti menambah nasi dalam pinggan!