Ulang Tahun Perkahwinan ke-30 : Mutiara (Pearl)
10:09 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 18 November, tepat 30 tahun ulang tahun perkahwinan kami dan gelaran Ulang Tahun Perkahwinan Mutiara. 18 November 1994 - 18 November 2024. Tidaklah kami sebut Jubli Mutiara sebab menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jubli bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan dll). Nanti kalau kami raikan sambutan ini, barulah keluar entri Jubli Mutiara.... ahaks!
Untuk Encik Suami:
Semoga Allah terus memelihara cinta kita, memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam setiap langkah. Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke-30 tahun. Syukur kepada Allah kerana mengikat hati kita dalam cinta yang halal dan diberkati.
Walaupun asyik berkelahi dan selalu berselisih faham, rupanya sudah 30 tahun bercakar setiap hari seperti anak harimau dengan kucing! Orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah masam manis hidup berumah tangga. Sebenarnya lebih banyak manis dari pahitnya. Cuma kita sebagai insan biasa yang tidak sempurna selalu mengingati yang pahit sahaja!
Di hari ulang tahun pernikahan ini, marilah kita selalu menghargai, mencintai, dan memberi sokongan di antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia wal akhirat.
رَبَّنَا آتِنَا مِلَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
28 comments
selamat ulang tahun perkahwinan kak amie,moga semuanya dalam rahmat,berkah dengan kasih sayang Allah..kami baru Baiduri,jauh lagi perjalanan doakan kami juga ye kak amie...
BalasPadamTerima kasih Afzan❤️❤️❤️
PadamSemoga rumah tangga Afzan sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dan kemewahan kasih dan sayang. Amin ya Allah.
Alhamdulillah tahniah Kak Amie & suami. 30 tahun and counting Insha Allah. Semoga diberkati Allah SWT hendaknya mahligai yg dibina 🤲🏻
BalasPadamSelalu dengar jubli perak, emas, dan intan je :D
Banyak gelaran tahun-tahun perkahwinan kan PH. Macam sesuai pula ikut tahun misalnya tahun pertama, kertas.
PadamTerima kasih doa dan ucapan ya PH❤️❤️❤️
Padamselamat ulangtahun yang ke-30 kak...
BalasPadamwah, kena cari mutiara nie, buat hadiah isteri tercinta...semoga terus bahagia di samping anak-anak dan cucu..aamin
usia perkahwinan linda belum sampai separuh pun dari usia perkahwinan kak Amie
Terima kasih Linda❤️❤️❤️
PadamSemoga Linda terus melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan harmoni, bahagia hingga ke syurga. Amin.
congratulations on 30 beautiful years of marriage! your bond is a true example of enduring love. may the next chapter of your journey together be just as joyful and fulfilling...
BalasPadamTerima kasih Anies ❤️❤️❤️
PadamMudah-mudahan segala kegembiraan dan kebahagian itu milik kita bersama, disertai dengan keberkatan dan rahmat dari-Nya.
Wahhhh.. sy ingatkan encik suami Kak Amie bagi Mutiara sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan, rupanya Mutiara tu merujuk ke ulangtahun ke 30. Happy anniversary to u both. Mesti nanti akan menyusul abang² angkat anak² Kak Amie menghantar makanan sedap² sambut anniversary mommy dan babah.
BalasPadamTerima kasih SK❤️❤️❤️
PadamHahaaaa.... Jauh juga apa yang dibayangkan SK.
Lama dah tak datang abang-abang angkat anak-anak ke rumah kami.
Alhamdulillah syukur hepey aniversary. Lepas ni 5 tahun lagi sambut batu karang pulak. hehehehe. Ni mesti masa majlis kahwin dolu2 sambut dengan birthday amie sekali kut. Apa pun semuga Allah limpahkan kebahagiaan buat amie sekeluarga. Aamiin
BalasPadamTerima kasih Notie❤️❤️❤️
PadamMemang betul. Lepas nikah potong kek hari ulang tahun. Ingat lagi bentuk keknya hihihii.
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN AMIE N SUAMI BERBAHAGIA SELAMANYA BERSAMA
BalasPadamTerima kasih Kak PI atas doanya❤️❤️❤️
PadamHappiest Anniversary kak.
BalasPadamMudah-mudahan terus berbahagia hendaknya.
Saya pun baru tau pasal gelaran ulang tahun ritu. Biasa jumpa jubli perak dan emas. rupanya banyak lagi 😅
Terima kasih Faizah❤️❤️❤️
PadamYa, banyak gelaran ulang tahun. Menarik pula nama-namanya.
Selamat merayakan hari ulang tahun pernikahan yang ke 30, Mbak.
BalasPadamSemoga selalu berbahagia dan selalu bersama hingga masa akhir nanti.
Btw, saya kurang 1 tahun lagi untuk sampai ke Batu Karang (Coral)...
Salam,
Terima kasih atas doanya Pak.
PadamUntuk bapak dan isteri juga, semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga. Alhamdulillah, akan menuju ke Coral pula.
Selamat Ulangtahun Kak Amie dan husband..
BalasPadamSemoga kekal bahagia selamanya..
Terima kasih atas doanya❤️❤️❤️
Padamhappy anniversary kak xD
BalasPadammoga kekal bahagia hingga ke jannah
Terima kasih Cik Nadya atas doanya❤️❤️❤️
PadamSelamat buat ke 30 THN pernikahan nya kak Amie..semoga pernikahan selalu di rahmati dan selalu dalam perlindungan Allah SWT ..amiin 🤲
BalasPadamTerima kasih Heni atas doanya❤️❤️❤️
PadamHappy Pearl Wedding Anniversary untuk Cikgu Amie & Encik Majid...Semoga Allah memberkati dari dunia hongga ke Jannah
BalasPadamTerima kasih Mama Cella.
PadamTerima kasih atas doanya.
Happy anniversary kak Amie 🎉🎉🎉🎂. Semoga tetap langgeng dengan suami dan diberi kesehatan juga usia panjang selalu.
BalasPadamSaya baru tahu ada nama2 setiap 5 tahun hahahahha. Selama ini tahunya pernikahan perak 25, pernikahan emas 50.
Ada juga ternyata mutiara sampai intan 😄👍. Btw, ada tak orang yg mencapai usia nikah intan itu? Salut saya kalo ada.