Rakaposhi : Banjaran Gunung Karakoram yang Ditutupi Salji (Ibu Kabus)
8:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Banyak ayat dalam al-Quran yang menurunkan perumpamaan dan informasi tentang alam semesta, salah satunya adalah gunung. Gunung merupakan salah satu ciptaan alam yang sangat mudah dilihat karena bentuknya yang sangat besar dan tinggi. Seolah-olahnya gunung menaungi dan melindungi kehidupan kita. Allah SWT memberikan peringatan bahwa gunung juga akan menjadi bencana dan di akhir nanti ketika tibanya kiamat gunung-gunung akan meletus serta isinya keluar dari perut bumi hingga meluluhlantakkan seisi dunia dan manusia. Allahu Akbar!
Setiap hari, tour leader kami Encik Musjid akan mengambil sedikit waktu dengan memberi tazkirah dan memetik ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan alam ciptaan Allah terutama tentang gunung-ganang.
Firman Allah dalam Surah An-Naba Ayat 7 yang bermaksud:
Dan bukankah Kami telah pancangkan gunung-gunung sebagai pasak supaya bumi tidak bergoncang sehingga manusia dapat hidup tenang di atasnya?
Dalan Surah Al-Araf Ayat 171 pula bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Kami mengangkat gunung ke atas mereka, seakan-akan (gunung) itu naungan awan dan mereka yakin bahwa (gunung) itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami firmankan kepada mereka), “Peganglah dengan teguh apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya agar kamu menjadi orang-orang bertakwa.
Rakaposhi : Banjaran Gunung Karakoram yang Ditutupi Salji (Ibu Kabus) |
Perjalanan diteruskan setelah makan tengah hari dan solat jamak, dan sekarang kami sedang menikmati panorama Rakaposhi iaitu gunung dalam Banjaran Gunung Karakoram. Rakaposhi terletak di Lembah Nagar lebih kurang 100 kilometer utara ibu kota Gilgit di Gilgit-Baltistan. Rakaposhi bermaksud Ditutupi Salji dalam bahasa tempatan. Rakaposhi juga dikenali sebagai Dumani iaitu Ibu Kabus. Ia berada di kedudukan ke-21 tertinggi di dunia dan ke-12 tertinggi di Pakistan. Rakaposhi mempunyai kenaikan menegak tanpa gangguan lebih kurang 6000 meter dan menjadikannya gunung tertinggi di bumi apabila diukur dari pangkal ke puncak.
Banjaran gunung Rakaposhi adalah rumah untuk spesies terancam seperti biri-biri Marco Polo, harimau salji, beruang perang, serigala dan banyak spesies lain.
Rakaposhi mula didaki pada tahun 1958 oleh Mike Banks and Tom Patey, ahli-ahli ekspedisi British-Pakistan, melalui laluan Susuh/Rabung Barat Daya. Kedua-dua mereka mengalami luka beku semasa pendakian. Satu lagi pendaki tergelincir dan jatuh ketika turun dan meninggal dunia pada waktu malam.
Sumber : Google Rakaposhi dari Lebuh Raya Karakoram |
Sumber : Google Panorama Diran (kiri, 7,257m) dan Rakaposhi (kanan, 7,788m) dari sudut sebelum memasuki kem Taghafari. |
Apakan daya, hendak peluk gunung tangan tak sampai.
Bergambar sajalah di tepi jalan.
Kalau diperhatikan sejenak, nampaklah gunung-ganang yang berlapis-lapis. Di hadapan sekali ada tumbuhan, di belakangnya gunung batu dan nun di sana gunung ditutupi salji iaitu Rakaposhi.
Unik sungguh segala kejadian Allah. Tiada siapa dapat menandinginya.
Sebelum sampai ke Rakaposhi, jom lihat-lihat dahulu pemandangan di sepanjang jalan. Kita tangkap gambar mana yang dapat dari dalam van. Sekurang-kurangnya boleh melihat gambaran kehidupan penduduk di sini.
Ada sesuatu yang menarik perhatian tentang sebuah bank, tetapi kita hanya sempat tangkap gambar dari van. Ada tulisan Meezan Bank RIBA FREE.
Oleh kerana van sedang bergerak, tak dapatlah kita ambil gambar dengan jelas. Tapi rasa kagum, rasa bangga sebab ada bank tanpa riba! Terima kasih Kemi dan Liza kerana sempat beritahu kita ada bank RIBA FREE di sebelah kir jalan. Jadi cepat-cepat kita tangkap gambar.
Oleh kerana kita duduk di sebelah kanan van, jadi hanya pemandangan sebelah kanan sahaja yang dapat kita rakam.
Van berhenti di kawasan ini dan kami keluar untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Banjaran Gunung Karakoram dengan titik fokus Rakaposhi.
Ambillah gambar dari depan, belakang, tepi, kiri dan kanan.
Kalau musim sejuk mungkin warna air sungai kelihatan jernih berbanding musim panas seperti bulan September. Di mana-mana air sungai kelihatan keruh.
Elok saja puncak Rakaposhi duduk terletak di belakang gunung-ganang.
Pemandangan di tepi jalan. |
Sungai mengalir lesu, warna airnya kelabu. |
Di sebelah sini kering, di sebelah sana salju!
Inilah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah!
Sama-sama mengabadikan kenangan memakai baju Pakistan. |
Nampak ganjil dan aneh bentuk batu dan lereng gunung yang dapat dilihat di sepanjang jalan. Patutlah banyak sangat info tentang bentuk muka bumi dalam mata pelajaran Geografi Fizikal zaman kita sekolah dahulu.
Teruja sungguh melihat keadaan perkampungan di sini. Di bawah sekali sungai, kemudian ada pula lembah di tingkat atas yang menghijau dipenuhi tanaman dan rumah-rumah. Di belakangnya pula ada gunung batu.
Bayangkan setiap kali melewati lereng gunung, ada sejemput lembah di sana dan sejemput lembah di sini!
Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr: Ayat 21
Sekiranya Kami turunkan Al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berpikir.
Rakaman video panorama Rakaposhi.
20 comments
Bagus tour guide nya... Siap beri tazkirah... Besar nya kekuasan Allah...
BalasPadamYa, tour leader kami setiap hari beri tazkirah ringkas.
PadamMenarik tu ada bank riba free.
BalasPadamKan.
PadamMudah-mudahan memang free sepenuhnya.
Dalam menikmati keindahan ciptaan Allah, dapat juga pengisian rohani.
BalasPadamYa, banyak ayat al-Quran berkaitan gunung yang dikongsi dalam tazkirahnya.
PadamMasyaAllah, kagum tengok gunung-ganang dengan litupan salji 😍
BalasPadamMemang kena ambil foto banyak-banyak dari pelbagai sudut, kenangan seumur hidup.
Bank riba free. Macam mana agaknya sistem bank yang dibuat supaya tak ada riba.
Saya pun tertanya-tanya juga macamana cara pelaksaan riba free di negara ini.
PadamBagusnya tour leader Akk ni 👍🏻
BalasPadamIndah sungguh ciptaan Allah SWT
Memang bagus PH.
PadamSejuk hati kami dengar tazkirahnya.
Riba free..!! 👍👍👍
BalasPadamBagus nya tour leader siap ada tazkirah.
Nanti Kak Amie share ya tour agency ni, atau terlepas pandang 😄😄
Cantiknya semua foto, cantiknya bumi Ilahi, berbagai bentuk geografi.
Memang insaflah kami dengan tazkirah yang diberi.
PadamWalaupun banyak cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan, tapi apabila diajak kembali mengingati-Nya... kami pun reda!
dpt posing view gunung tu best btul
BalasPadamYa, penuh HP dengan view gunung hihihii.
PadamCantiiiik sangat kak Amie 😍😍. Barisan gunungnya, dan lembah, bikin mata sejuk melihat. Putih bersalju even di saat summer yaa. Menunjukkan dia memang tinggi sangat ❤️.rasa keciiil kita di hadapan gunung2 begini
BalasPadamBetul Fanny.
PadamBentuk gunungnya sangat unik, banjaran yang berbalam-balam, berlapis-lapis dan sayup mata memandang.
Allahuakbar! Bentuk gunung-ganangnya memukau, betapa besarnya keagungan Allah swt.
BalasPadamKalau pakai kamera DSLR sudah tentu cantik berganda hasil gambarnya kan SK.
Padamwah patutle cantik baju yang amie pakai rupanya pakaian orang pakistan. Cantik. Indah pemandangan ciptaan tuha. SubhanaAllah
BalasPadamKebetulan muat pula baju tu.
PadamBolehlah bergaya seharian.