Makan Burung Merpati ( Puyuh? ) & Nasi Afghan (Kabuli Palaw / Qabili Pulao)
9:17 PGBismillahirrahmanirrahim.
Menjelang pukul 8:00 malam, kami sudah berada di Tahir Khan Restaurat yang terletak di Shakar Parian, Islamabad. Meja makan yang disediakan untuk kami berada di luar restoran dan rasa sangat selesa sepanjang berada di situ.
Para pekerja restoran begitu ramah-tamah dan kami berasa kedatangan kami sangat dialu-alukan. Walaupun kami hanya 16 orang tetapi pelayan yang menyantuni kami bukan dua atau tiga orang, tetapi ramai.... tak sempat kira!
Mula-mula kami dihidangkan dengan seekor burung merpati goreng. Entah burung merpati entah burung apa. Kita tanya pelayan di situ, disebutnya bunyi macam 'pigeon'. Sudah tentulah gorengan burung ini kelihatan kecil dan kurus kerana habis kulitnya dibuang!
Fried Pigeon ( Puyuh? ) |
Selamat Datang ke TKR. |
Tempat duduk kami ketika makan malam. |
Teruja melihat pelayan restoran meletakkan seekor demi seekor burung merpati (?) goreng di atas pinggan kami.
Tengok sebelah kanan pinggan, tengok sebelah kiri pinggan memang sah hanya seekor burung goreng di atas pinggan kami.
Eh, kita makan burung seekor gini jew ke?
Masing-masing rasa teruja pertama kali melihat seekor burung atas pinggan!
Belanja video makan malam di TKR.
Tidak lama kemudian datanglah makanan utama kami, Nasi Afghan @ Kabuli Palaw @ Qabili Pulao.
Nasi Afghan atau Kabuli Palaw, juga dikenali sebagai Qabili Pulao atau hanya pilav, adalah hidangan pilaf Afghan yang mengandungi nasi kukus dicampur dengan kismis, lobak merah, dan kambing. Ia adalah salah satu hidangan yang paling popular di Afghanistan dan dianggap hidangan kebangsaan Afghan. Kabuli Palaw atau Qabili Pulao ini dinamakan sempena bandar Kabul, ibu negara Afghanistan. Ia juga popular dalam kalangan orang Pashtun Pakistan.
Cara penyediaan Kabuli Palaw ialah dengan cara memasak beras basmathi atau beras panjang dalam air rebusan (yang menjadikan nasi berwarna perang). Hidangan ini boleh dibuat dengan daging kambing, ayam, atau daging lembu. Kabuli Palaw dibakar di dalam ketuhar dan boleh ditaburi dengan lobak merah goreng, kismis, parutan kulit oren, dan kacang hancur seperti pistachio atau badam. Daging ditutupi oleh nasi atau tertimbus di dalam campuran nasi.
Namun begitu, Nasi Afghan @ Kabuli Palaw @ Qabili Pulao yang dihidangkan untuk makan malam kami tidak ditutupi atau ditimbus nasi. Sebaliknya nasi ditutup bukan sahaja dengan kambing, malahan daging lembu, ayam dan ikan!
Nasi Afghan penuh dengan lauk kambing, lembu, ayam dan ikan!
Ikan: Kala Raho Fish
Kebab (kambing & lembu).
Tak larat hendak habiskan begini banyak Nasi Afghan!
Semua senyum!
Hati banyak senang!
Hati banyak senang!
Selepas makan, kami dihidangkan dengan teh hijau pula.
Teh hijau ini ditambah dengan gula. Entah apa nama gulanya. Sudah bertanya kepada pelayan restoran tapi tak buat catatan. Jadi apabila tulis entri, tak tahulah nak sebut nama apa.
Alhamdulillah
Rezeki dapat makan Nasi Afghan di negara Pakistan.
Belanja lagi video pelayan restoran tuang green tea.
13 comments
Makanan dia interesting sungguh.. Merpati dia kalau isi putih bukan merpati tu sbb merpati isi merah huhu.. :D
BalasPadamYa, daging merpati merah. Pelayan tu kata pigeon....entahlah, merpati putih kot hihihiii. Nak kata puyuh tak berani pula saya sebab dah dia kata merpati.
PadamBetul merpati dagingnya meah..pernah bela merpati banyak..dah matang dan gemuk- gemuk PZ sembelih dan buat sup...bagus untuk kesihatan sebab orang cina amalkan makan daging burung merpati
BalasPadamDiberi maklumat tak betullah kiranya ye. Memang saya selalu tanya apa-apa menu yang dihidangkan. Nasi itu pun saya tak sangka namanya Nasi Afghan. Ingatkan di sana dihidangkan menu-menu Pakistan saja.
PadamKering kecut dah burung nya hehe. Sedapnya nampak Nasi Afghan tu.
BalasPadamHahaaa ... Itulah, habis dibuang kulitnya tinggallah rangka dengan daging dada seco'et.
Padamseksi betul pigeon tu..nak makan pun rasa kesian je kecil sangat
BalasPadamKecil, comel, seksi kan Afzan. Memang kesian sangat, kurus togel nampak rangka saja hihihiii.
Padammereka di sana memang makan merpati.. bukan puyuh...
BalasPadamkenyang ke kak cinonet cam tu?
BalasPadamhehehe
Tergelak jap tengok gambar pertama tu. Nampak kesian pigeon tu kecik kurus sorang2 duduk atas pinggan, haha. Nasib baik 2nd round makan tu dapat nasi sebeban. Kenyang sangat tu
BalasPadamHahahahahaha, Alhamdulillah ada juga lauk lainnya dan nasi ya kak 🤣🤣. Tak terbayang kalo hanya si fried pigeon itu saja 😅😅. Langsung nak cari restoran lain utk porsi kedua kalo saya 😂
BalasPadamAppertizernya fried pigeon, lain dari yang lain.
BalasPadamSeksi plak tu😁