Berkongsi Itu Mengasihi : Yang Mengasihi Sanggup Berkongsi
9:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Gambar sudah lama tersimpan, tetapi kenangan tetap segar dalam ingatan. Cerita sudah berlalu pada 06 Mei - 08 Mei 2024 lalu ketika Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah. Tahun-tahun sebelumnya Amie bertugas sebagai hakim acara padang. Kali ini beralih peranan sebagai AJK Makanan pula.
Kami memesan makanan untuk ahli ladang melalui kantin sekolah. Selama tiga hari bertungkus-lumus di padang, kami agihkan sarapan pagi berupa bihun goreng pada hari pertama, nasi kuning pada hari kedua dan nasi lemak pada hari ketiga. Minumannya pula teh O sahaja.
Pada hari pertama, kita bawa kuih raya. Kebetulan waktu itu penghujung Hari Raya Aidil Fitri. Masih ada saki baki kuih raya.
Kuih Raya Aidil Fitri 2024 |
Biasanya begitulah.
Kena ada yang memulakan.
Hari kedua, barulah nampak meriah.
Beberapa orang rakan sumbangkan kuih-muih.
Ada yang membawa minuman panas berupa nescafe susu dan teh susu.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang bermurah hati, berkongsi makanan dan minuman.
Karipap. |
Lumpia. |
Karipap lagi. |
Nona Manis Jagung. |
Donut. |
Popia Sira. |
Kuih Kacang |
Jeruk Madu Pak Ali. |
Hari ketiga kita bawa Jeruk Madu Pak Ali. Fuad yang bawa dari Pulau Pinang. Bawa juga saki baki kuih raya yang ada seperti di bawah ini.
Kuih Raya. |
Kuih Nona Manis. |
Rakan-rakan lain bawa kuih-muih.
Karipap. |
Kuih Cempiang. |
Karipap. |
Kuih Kasturi & Onde-Onde |
Bingka Labu. |
Pulut Pedas. |
Lumpia. |
Berkongsi itu mengasihi.
Yang mengasihi sanggup berkongsi.
Semoga semakin tambah rezeki.
Amin.
16 comments
Seronok erk jadi cikgu
BalasPadamSudah tertulis rezekinya di situ.
PadamMudah-mudahan sentiasa rasa gembira dan seronok.
1st time dgr lumpia..yg lain2 tu biasa dgr
BalasPadamLumpia itu ala-ala popia, cuma ia dibuat dari adunan tepung, didadar dan diberi inti kemudian digoreng.
PadamLumpia tu saya tak pernah dengar dan makan. Banyaknya kuih muih.
BalasPadamSaya pun jumpa dan makan lumpia hanya ketika berada di LD. Di Malaya, tak jumpa.
PadamBersyukur sangat kalo partner kerja kompak dan suka berbagi kak. Sedaaap semua nih makanann dan kue kuenya 😍😍. Fav saya dah pasti karipap. Lumpia di sana pakai isi apa? Kalo di sini lumpia biasanya dari Semarang. Isinya rebung dan ebi. Tp Krn banyak orang tak suka bau rebung, sebagian lumpia diganti pakai bengkoang atau Sengkuang di sana sebutnya
BalasPadamSaya sendiri suka mau isian rebung ataupun bengkoang. Sama sedap
Alhamdulillah. Kami memang sentiasa sepakat dalam banyak hal terutama yang melibatkan kerja berpasukan. Apalagi kalau bab makanan, cukup murah rezeki kami.
PadamLumpia di sini biasanya berinti sayuran termasuk lobak merah, kekacang dan taugeh.
meriah semua juadah sat ja habis mkn ramai2
BalasPadamMemang habis Kak PI sebab semuanya bertungkus-lumus bertugas di padang.
PadamLumpia tu nampak macam lempeng yang diisi dengan sesuatu kemudian digoreng. Bila google ia sejenis popiah cuma yang ini kulit agak tebal.
BalasPadamYa, betul.
PadamRasanya juga lebih enak bergantung dengan jenis intinya.
Sharing is caring
BalasPadamYuuupppp!
Padamorg berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa....
BalasPadamSetuju sangat Anies!
Padam