Pages

Rabu, 27 November 2024

Memborong Pakaian & Kacang Pistachio di Islamabad

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam terakhir di Pakistan, tour guide akan membawa kami ke mall tetapi kami menolak. Kami mahu ke bazaar sahaja. Seronok sangatlah sebab tak cukup mata melihat pelbagai jenis pakaian, pashmina dan macam-macam lagi.


Masing-masing membawa hasil untuk dibawa pulang. Semuanya tidak lepaskan peluang beli baju Pakistani salwar kameez yang sudah siap. Balik ke tanah air hanya tinggal pakai sahaja. Alhamdulillah, ada juga saiz yang sepadan dengan kita.




Oleh kerana masa yang diberi sangat singkat, jadi kami tidak boleh berlama-lama di sini. Asal berkenan di mata, terus sambar dan bayar saja.


Kami jalan-jalan lagi melintasi pasar sayur. Eh, ada lembu dan ayam! Kemudian kami berhenti melepas lelah (sebab jalan laju0laju dan agak jauh pula tempatnya dari van) dengan memesan minum jus buah. Kami minum jus buah mangga. 


Sambil sedut jus mangga, kami singgah di kedai kekacang. Oleh kerana sudah tersuka dengan kacang pistachio dari Iran, jadi Amie tidak pandang kacang lain,  beli kacang pistachio  itulah sahaja untuk oleh-oleh. 

Kacang Walnut

Kacang Pistachio Iran

Amie beli kacang pistachio Iran. Ada beza rasa kacang pistachio Iran dengan kacang pistachio Pakistan. Kacang dari Iran ada rasa masin sedikit dan kulitnya lebih keras sampai kuku ibu jari kita ikut terkopek sewaktu membukanya! Amie beli di Gilgit dan beli di Islamabad. Semuanya tujuh kilogram. Sepanjang perjalanan dari Gilgit sehinggalah ke KLIA1, habis satu kilogram makan bersama kawan-kawan.

Mixed Dried Fruit

Amie beli juga kacang campur-campur sebanyak dua kilogram. Ada kacang walnut, kacang pistachio, kacang badan, kacang tanah, kacang gajus dan aprikot.

Kesemuanya Amie masukkan dalam beg sandang.
Sewaktu solat di Lahore Airport, Nano jaga beg kita dan angkat letak di atas kerusi. Kata Nano, beratnya beg macam bawa batu!

37 ulasan:

  1. wahh balik Malaysia boleh la pakai salwar kameez sambil kunyah pistachio kan Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sudah bergaya dengan dua pasang salwar kameez.

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul Uncle, tapi tak tahulah di mana cerdiknya hihihii.

      Padam
  3. Mesti cantik salwar kameez pilihan Kak Amie... Nanti belanja gambar ye Kak πŸ€—
    Sedapnya kekacang tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah dipakai PH, dalam entri Berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas.

      Padam
  4. samalah amie beg saya selalu berat sebab bawa makanan banyak. hehehehe lepas tu kita share ramai-ramai. Sedap tu kacang cerdik bior cerdik selalu

    BalasPadam
  5. Sangat kurang makan kekacang ni tapi pistachio ni makan juga. Tapi pernah makan yang ada masin2 sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, biasa makan yang tak ada rasa masin-masin sikit. Jumpa yang dari Iran, sedaplah pulak ada rasa begitu.

      Padam
  6. bab shopping mmg seronok...mcm2 nk di beli tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar menyesal membeli, jangan menyesal tak beli.

      Padam
  7. betul-betul memborong kak sampai 7 kilo diborongnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas hati Dana. Dah tak tahu nak beli apa lagi, beli kacang sajalah.

      Padam
  8. sedapnyaaaa kak mixed dried fruit tuuuu
    sekali hadap dah boleh habis ni hhahaa

    BalasPadam
  9. Snek kekacang sihat ni!
    Sayuran tu pun nampak fresh

    BalasPadam
  10. Tidak boleh lama-lama
    cocok terus bayar, hehe
    itu kacangnya unik ya
    saya penasaran dengan rasanya

    BalasPadam
  11. Hahahah.. apa tak berat, sampai 7kg beli kacang.

    BalasPadam
  12. Wahh best best. Shopping ni bukan selalu sebab jauh Pakistan ni kan. Hehe. Syoknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mulan.
      Sesekali kena juga berseronok shopping.

      Padam
  13. Ooo..
    baru tau nama pakaian tu salwar kameez...
    Kemainemborong yer🀭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakaian lelaki dan perempuan di panggil salwar kameez.

      Padam
  14. Makan kekacang sambil menonton televisyen menang ngam.

    BalasPadam
  15. banyak tu membeli. suka kacang2 depa.

    BalasPadam
  16. Wah banyak juga belanjanya disana Mbak. Bagus-bagus ya bahan yang diperdagangkannya kalau saya lihat dari fotonya.

    Oh saya baru tahu kalau kacang itu namanya kacang pistachio Iran. Suka makan kacang begitu, anak-anak suka beli, tapi saya tak pernah tanya apa nama kacang itu.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Y, kacang pistaschio. Ada kacang pistaschio tempatan, dari Pakistan tetapi saya beli kacang pistaschio yang diimport dari negara Iran sebab rasanya lebih gurih.

      Padam
  17. Ok noted. Kalo ke Pakistan saya tak akan melepaskan kesempatan borong aneka kacang πŸ˜„πŸ˜„πŸ‘. Baguus juga utk oleh2 kan

    BalasPadam
  18. Part shopping ni memang dinanti² kan. Hilang terus penat berjalan.

    BalasPadam
  19. Meriah dengan kekacang...kak amie dah pakai baju tu kan...

    BalasPadam