Bismillahirrahmanirrahim.
Patutlah tour guide kami, Encik Mudassir ambil keputusan tidak akan singgah Gilgit dan meneruskan perjalanan ke Skardu. Rupanya jauh juga untuk sampai ke sana. Apa boleh buatlah, sebab hendak baiki van jadi terpaksa juga singgah di Gilgit!
Dalam van memanglah hanya tidur saja dan sudah tentu rasa kurang selesa apabila terpaksa buka mata setelah van sampai ke tempat penginapan. Memandangkan sudah lewat malam, jadi kami dijemput makan malam dahulu dan kemudian barulah masuk ke bilik hotel.
Ketika kamu duduk di meja makan, jam sudah menunjukkan pukul 23.58 malam! Hanya dua minit sahaja lagi ke pukul 12 tengah malam waktu tempatan. Waktu di negara kita sudah menghampiri pukul 3 pagi! Dan nampaknya memang kami benar-benar menghadap 'sahur'!
Makan malam di Hispar Hotel. |
Makan malam kami disajikan panas secara hidang atas meja.
Sekali lagi kawan-kawan kata makan malam dengan nasi goreng!
Isshhh... tak kanlah setiap kali makan, asyik dihidangkan nasi goreng saja. Rasanya bukan nasi goreng sebab tidak ada rasa 'digoreng'. Nampak seperti nasi goreng kerana ada aksesorinya seperti lobak merah.
Nantilah kita study tentang jenis-jenis nasi Pakistan. Harap-harap dapatlah datang lagi ke Paskistan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa seperti kami sekarang. Tarikan utamanya sudah tentulah makanan di Pakistan sedap-sedap belaka!
Sedap sup ini. Hirup panas-panas, menambah lagi dalam mangkuk. Mata yang susah hendak celik, terbukalah sikit-sikit. Tapi tak ingat sup apa!
Ayam! Ayam tanpa kulit: Paskistani Roast Chicken Style.
Salad |
Pakistani Mixed Pickle |
Pakistani Pakoras |
Roti Paratha sudah siap disapu sos / inti. |
Angel Hair |
Selamat bersahur!
Kita hanya jamah sedikit sahaja makanan untuk alas perut.
Sudah tentu suka sangat apabila diberi pilihan untuk hirup secawan teh panas.
Kita tolak chai / teh masala.
Terima kasihlah kepada yang tolong rakam gambar orang mengantuk! Mata sudah bengkak sebab asyik pejam celik dalam van. Tudung pun sudah herot-herot!
Tak sabar hendak masuk bilik!
Kesiannya Kak Amie. Nampak sangat mata tu tak boleh buka dah, hihi. Tapi makanannya sedap² tu, Kak Amie, nanti menyesal sy tak tahuuuuuu.
BalasPadamInilah pengalaman travel yang sangat hebat! Setiap malam lewat sampai tempat penginapan dan kena sahur pula!
PadamMakanannya nampak sedap belaka dan berat tapi kalau dah ngantuk emmm rasanya nampak katil je. hehehehehe gitule kaedahnya kalau travel tempatnya jauh-jauh.
BalasPadamKalau sampai lebih awal mungkin berselera makan banyak.
PadamIni sudahlah lewat sampai, badan letih dan mata mengantuk pula.
Sabar sajalah hihihiii.
Menyelerakan..
BalasPadamHehehee... jom sahur.
PadamBoleh dibayangkan.. sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba sampai ke destinasi.
BalasPadamBerat je mata tu nak buka. Kalau boleh nak terus landing atas katil.
Seharian dalam perjalanan, jauh pula tu.
PadamMemang sangat meletihkan. Betul, kalau boleh tak mahu makan, hendak terus tidur saja tapi paksa diri juga bersihkan badan sebab sudah singgah tasik dan jalan-jalan di Gilgit.
tgok mknn sedapp2 tapiiii mata akk dah ngntok benoo tuu.hehe
BalasPadamItulah.... kalau boleh hendak layan mata saja berbanding layan perut hihihii.
PadamMakanan semua nya nampak sedap tapi dah penat ya. Memang kena makan sikit untuk alas perut walaupun mengantuk.
BalasPadamBetul. Kena jamah sikit sebab hotel sudah sediakan. Sudah rezeki datangnya lewat malam hehehee.
PadamSelamat bersahur....hehehe
BalasPadamMari sahur sama Mama Cella.
PadamKalo tak nak makan bisa tak 🤣🤣? Ya Allah betul2 macam sahur yaa. Mata pun mungkin dah payah terbuka 😅
BalasPadam