Bismillahirrahmanirrahim.
Arwah Ayahanda sudah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya kira-kira 23 tahun yang lalu. Namun begitu, segala kenangan sewaktu bersama arwah sudah tentu tetap terpahat dalam ingatan kami. Sewaktu hayatnya, arwah suka menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan dan bunga-bungaan.
Salah satu bunga tanaman arwah yang masih hidup subur sehingga ke hari ini ialah bunga kenanga.
Dua hari lepas, ketika seisi keluarga minum petang bersama di bahagian hadapan rumah, kita jalan-jalan di tepi rumah dan terhidu aroma bunga kenanga tinggalan arwah Ayahanda. Bonda pesan : Kalau ada bunganya, petiklah.
Kita petik bunga kenangan yang sudah kuning dan semerbak harum dan beberapa kuntum yang masih hijau. Dahulu, Bonda suka masukkan bunga kenangan di dalam minyak kelapa, untuk dijadikan minyak rambut yang harum
|
Kuntuman bunga kenanga di tapak tangan tua Bonda. |
|
Semoga pokok bunga kenangan ini terus hidup subur, sentiasa wangi bagaikan haruman kenangan sewaktu hayat arwah Ayahanda masih ada. |
|
Pisang Empat Puluh Hari |
Kemudian kita jalan-jalan melihat pokok pisang. Terima kasih adik ipar sebab rajin tanam-tanam pokok di kawasan tanah pusaka kita.
|
Pisang Helang |
|
Pisang Lemak Manis |
|
Pisang Awak |
|
Pisang Empat Puluh Hari |
|
Betik |
|
Jambu Batu |
|
Limau Kasturi |
Ini pokok limau kasturi yang Encik Suami tanam bulan Mei lepas. Sudah berbuah tapi hanya dua biji.
Pokok Tebu
Pokok ubi. Tak tahu namanya tapi katanya boleh dibuat sayur.
Nampak subur betul pucuk ubi kayu ini! Kelmarin sudah dimasak lemak dengan tempe dan ikan masin.
Pokok mangga sudah mula berbunga.
Buah kelapa ini selama kita tiga hari di rumah Bonda, memang hari-hari adik ipar tolong petik sebab kami nak minum airnya.
Inilah pokok ciku nan sepohon yang rimbun dan lebat berbuah, juga tanaman tinggalan arwah Ayahanda. Sebenarnya ada berpuluh pokok tapi hanya tingga sebatang ini sahaja yang ada hingga sekarang.
Satu dahan ciku di bahagian tengah sudah patah. Kata Bonda sebab terlalu banyak buahnya dan tak dapat dahannya tak dapat tampung.
Tak dapatlah kita hendak masuk ke bahagian 'dalam' pokok ciku sebab sangat rimbun dana penuh buah. Ambil gambar dari 'luar' saja.
Sekian.
Kenangan Itu Seharum Bunga Kenanga dan Semanis Buah Ciku!
Kenangan Indah Kan..menitis airmata bila diingat ...rindu plak pada arwah Mak Pah...Genap 8 Bulan arwah pergi tinggalkan kami
BalasPadamAl Fatihah untuk arwah Mak Pah. Moga lapang kuburnya, ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
PadamKita senasib, arwah ayah Sy pun meninggal kira² 23 thn yg lalu. Tapi kenangan bersama arwah tetap segar di jiwa 🥹
BalasPadamRimbun dan lebat betul pokok ciku tu berbuah, moga berterusan pahalanya kpd arwah ayahanda Insha Allah
Walaupun sudah lama berlalu, tiap kali balik kampung seakan-akan ada arwah menyambut kepulangan kami.
PadamSemoga arwah ayah kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Moga rohnya ayah2 kita dicucuri Rahmat dan ditemparkan bersama mereka yang beriman.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamSemoga kita semua akan bertemu di syurga Allah.
Aik? Kebetulan! Uncle pun makan ciku hari ni
BalasPadamMari petik ciku di rumah kami.
PadamBegitulah bila berbudi kepada tanah, banyak kenangan yg ditinggalkan untuk orang yang masih ada.
BalasPadamKan SK.
PadamSudah berpuluh tahun namun kenangan tetap harum.
Pokok bunga kenangan, melati, tanjung pasti sentiasa jadi ingatan. Menarik juga kalau ditanam sekarang. Boleh mengimbas kenangan lalu.
BalasPadamTambah lagi bunga melor, bunga cempaka. Harumnya di kala senja.
PadamMemetik bunga kenanga yang penuh kenangan...pasti mengusik jiwa
BalasPadamBunga kenanga tu di tempat saya dipanggil " Bunga Pisang"
taktau apa kaitannya bunga itu dipanggil bunga pisang...hihihi
Ooo mungkin warnanya kuning macam pisang kot.
PadamNtah kapan terakhir saya memegang bunga kenanga. Memang haruuum sangat. Jarang nampak bunga ini di sini.
BalasPadamBunga begini sudah jarang ditemui. Barangkali banyak yang pupus.
Padam