Pages

Sabtu, 16 November 2024

Ke Pasar Ikan Basah & Pasar Ikan Kering

Bismillahirrahmanirrahim.
Alang-alang sudah keluar sarapan pagi tadi, kita ajak Encik Suami sambung perjalanan pergi ke pasar. Mula-mula masuk Pasar Ikan Kering kemudian masuk Pasar Sayur dan akhir sekali masuk Pasar Ikan (Basah). Masuk Pasar Sayur beli cili padi, tempe, kelapa parut, pucuk paku dan taugeh. Masuk Pasar Ikan Kering bukan beli ikan kering tapi beli ikan bilis dan keropok amplang perasa sotong. Singgah pula Pasar Ikan (Basah), ternampak ikan kembung pelaling, terus beli! Jarang jumpa kembung pelaling di LD.

Ikan Kembung Pelaling


Ikan Kekek @ Ikan Sap Sap Labu @ Cermin

Ikan Belais

Ikan Jenahak Hitam & Merah

Ikan Putih

Udang Galah

Siput Tarik

Ikan Bilis Kopek

Ikan Bilis Mata Biru Gred A

Ikan Bilis Mata Biru Gred B

Hari ini berangan hendak masak sambal ikan bilis campur tempe dan kentang. Bubuh cili padi kampung! Harap angan-angan menjadi kenyataan.


11 ulasan:

  1. Banyak dan pelbagai stok ikannya tu.

    BalasPadam
  2. Wahhh... kemahen akak kita ni kalau dapat meronggeng ke pasar. Bersusun ikan dalam bekas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah terapi mingguan, meronggeng sakan ke pasar.
      Balik rumah teruskan kerja menyiang dan menyusun.

      Padam
  3. Masyaa Allah....susunan ikan untuk frozen pun kemain kemas dan cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... saja mencari kerja tambahan ni Mama Cella.

      Padam
  4. siput tarik tu sedap masak apa.kak? sambal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siput tarik tu rebus sahaja. Lepas tu tarik keluar dan cecah air asam, dan terus ngap masuk mulut. Kira diratah sajalah kaedahnya.

      Padam
  5. bestnya tenguk ikan segar-segar dari ladang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kerja, tak perlu banyak kali beli kalau hendak masak ikan.

      Padam
  6. Sukaaaa sangat kalo bisa dapat ikan segar kak 😍😍😍. Ikan bilis mata biru nih, apa beda grade A dan B yaa? Atau warna badan nya saja yg tak terlalu putih yg grade B?

    Saya pun masih berfikir, macam mana cara mereka memisahkan antara grade A dan Grade B, secara kecil2 sangaaaat 😅😅

    BalasPadam