Bismillahirrahmanirrahim.
Lewat pukul tujuh malam, 02 November 2024 bersamaan hari Sabtu kita keluar dari pintu ketibaan Kota Kinabalu International Airport bersama bagasi. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Fairuz terus beritahu akan bawa makan di IMAGO.
Sewaktu kita tiba di Kota Kinabalu pada petang Selasa, Abang Aznan sudah meninggalkan rumah untuk pulang ke Lahad Datu kerana ada majlis aqiqah anak buah di kampung. Jadi kita tidak sempat bertemu dengannya walaupun pada malam itu kita menginap di rumahnya. Ketika kita pulang semula ke Kota Kinabalu pada petang Sabtu, Abang Aznan bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu.
Boss kecil belanja kita makan malam. |
Kami makan malam bertiga: Amie, Fairuz dan rakannya. Kita sudah makan nasi lemak di Bungkus Kaw Kaw, dan masih rasa kenyang. Dalam penerbangan Subang - Kota Kinabalu dapat lagi sebungkus Nasi Lemak Pandan with Rendang tapi kita tak makan. Jadinya tak mahulah memesan makanan berat. Macam hendak makan jenis yang berkuah saja.
Ice Lemon Tea |
Hot Sencha |
Amie : Army Stew |
Army Stew ini boleh makan untuk dua hingga tiga orang dengan harga RM58.00. Oleh kerana kimchinya agak banyak, jadi kami keluarkannya ketika hendak mendidihkan masakan di atas dapur.
Tunggu hingga mendidih, dan kami makan bersama. Kuahnya cukup rasa, tidak terlalu masam dan masin disebabkan kimchi. Isi Army Stew pun banyak. Di bahagian bawah sayuran ada kepingan fish cake, fish ball dan tauhu.
Makanan sampingan lain yang kami pesan termasuklah tiga jenis takoyaki. Ada tiga biji takoyaki dalam setiap mangkuk. Kalau ada wasabe memang mantaplah menyantap takoyaki!
Takoyaki:
- Ori Takoyaki
- Cheese Takoyaki
- Mentai Takoyaki
Takoyaki tenggelam ditaburi katsuobushi @ kezuri-bushi @ serbuk ikan bonito.
Gyoza |
Terima kasih Fairuz belanja Mommy makan. Moga tambah rezeki dan sihat selalu. |
Service charge dan servis tax : RM20.40. |
Dalam perjalanan pulang ke rumah Abang Aznan di Casblanca Residence, tiba-tiba Fairuz dapat panggilan telefon. Abang Aznan sudah sampai ke Kota Kinabalu nak ajak kami makan sate di Tanjung Lipat. Aduhai... terima kasih Abang Aznan! Perut sudah terlalu kenyang, tidak tahu di ruang mana lagi hendak diisi.
Tak sempat tunggu Abang Aznan sampai rumah, kita sudah tertidur!
Sejuk tekak dapat minum ILT tu. Makanan pun nampak semua sedap sangat tu.
BalasPadamAlhamdulillah. Jemput Cie.
PadamBetuuul kak Amie. Tiram itu memang LBH bagus fresh. Kalo dah digoreng tak ada rasa 😂. Saya coba saat di Melaka, di buat omelette. Tak berasa tiram samasekali 🤭.
BalasPadamStew nya nampak fresh dan sedap 😍😍. Kalo dah kenyang sangat, memang LBH cocok yg berkuah.
Lain kali hendak makan tiram kukus saja, bubuh sos dan perah asam limau. Belum pernah cuba tiram mentah.
PadamYa, saya suka kuah stew, menyegarkan!
Fairuz, sungguh pemurah hatinya. Fairuz nak mak angkat tak??
BalasPadamWah, nanti Fairuz ajak mak angkatnya naik lori 🐟🐟🐟
PadamSedapnya...murah rezeki Fairuz..
BalasPadamAmin ya Allah.
Padambanyak juga portion tu
BalasPadammakan berempat pun agaknya masih ada baki
murah rezeki fairuz sesekali belanja bonda makan
Memang besar portionnya. Habis jugalah kami makan hahaaa... tapi stew army tu tak habis.
Padam