Bismillahirrahmanirrahim.
Melihat Mumtaz Khan membaca doa sebelum memulakan pemanduan, hati berasa tenang mengenangkan betapa berhemahnya beliau ketika memandu. Tingkah laku Mumtaz Khan dapat kita lihat dengan jelas kerana kita duduk betul-betul di belakang tempat duduknya. Setiap kali memulakan perjalanan, sama da tour guide kami Encik Mudassir atau tour leader kami, Encik Musjid akan membacakan doa dan kami semua mengaminkan.
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Maksudnya :
Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya —Surah Al-Zukhruf : Ayat 13-14
Bergambar di tengah jalan raya. |
Nampaknya kami masih lagi berada dalam lingkungan gunung-ganang! Tak ingat apa nama jalan ini tapi dalam HP di tulis Friendship Bridge Gulmit, Gojal, Hunza Nagar.
Sebelum meninggalkan Best Western Premier Hotel, sempat rakam gambar kanak-kanak berjalan kaki ke sekolah yang berjalan di seberang jalan berhadapan hotel.
Sangkaannya setelah jejak Hunza, sudah tidak ada lagi laluan gunung-ganang. Rupa-rupanya masih melalui lereng dan jurang, sambung-menyambung! Dan sudah tentunya sentiasa ada banjaran gunung yang tidak putus-putus sepanjang perjalanan.
Namun begitu ada sesuatu yang menarik di sebalik banjaran gunung yang pelbagai bentuk. Selain gunung batu dan berlembah di bahagian bawahnya, nun di balik sana ada puncak gunung diselimuti salji!
Puncak gunung di balik sanun... putih berselimut salji. |
Mumtaz Khan berhentikan bas di tepi jalan. Di hadapan sana ada pemandangan yang indah.
Sementara tidak ada kenderaan yang lalu lalang, ambil kesempatan bergambar di tengah jalan raya! |
Cantik kan pemandangan di sini! Bentuk gunungnya pun berbeza dari yang sebelumnya. Namapak sayup jew puncak bersalji itu.
Gulmit merupakan sebuah bandar bersejarah yang terletak di pergunungan, puncak dan glasier di Gojal Upper Hunza, Gilgit Baltistan pada jarak 140 km dari Gilgit di Lebuhraya Karakoram di tebing Sungai Hunza. Gulmit adalah tempat pelancongan yang indah di Gilgit Baltistan, dan dilitupi oleh pergunungan dari semua penjuru. Salah satu puncak iaitu Menara Gulmit yang dilitupi salji belum pernah didaki, memiliki ketinggian 5,810 meter.
Gulmit ialah pintu masuk pelbagai lembah seperti Shimshal Valley, Lembah Boibar, Lembah Chipursan, Khunjerad dan Lembah Misgar. Tupopdan adalah puncak yang paling indah di kawasan di sebelah utara lembah yang dipanggil Passu Cones atau Passu Cathedral. Satu lagi puncak tertinggi di kawasan itu ialah puncak Shisper pada ketinggian 7,611 meter.
Saya langsung teringat new Zealand 😍😍. Bedanya kalo ke sana lebih mahal drpd ke Pakistan ini. Saya benar2 teringin nak ke Pakistan jadinya 😍❤️
BalasPadamNanti dik Fanny boleh pilih tempat tertentu untuk dikunjungi di Pakistan misalnya Hunza dan Skardu. Atau luangkan banyak hari untuk berkeliling Pakistan. Sepatutnya trip kami menginap dua malam di setiap tempat tapi sudah dipendekkan, jadi terburu-buru dan banyak tempat tidak dijejaki.
PadamAmboi, tak ada kenderaan lain nak lalu ke situ, hihi.
BalasPadamAda. Tapi kami cepat-cepat bergambar kalau kenderaan masih jauh.
Padamsubhanaallah indah pemandangan gunung ganang...sejuk mata memandang
BalasPadamYa, sejuk suasana di sini sejuk lagi mata memandang gunung.
PadamUnik puncak gunung-ganangnya. MasyaAllah terpukau pandangan, lagi pulak bila nampak puncak diselimuti salji. Tapi nampaknya kak Amie dan geng tak pakai baju tebal, tak sejuk sangatlah di bawah.
BalasPadamTempat kami lalu tak sejuk. Puncak gunung bersalji tu nun jauh sayup di sanun.
PadamTak terucap tengok foto2 Kak Amie, Subhanallah cantiknya bumi Ilaihi ni.
BalasPadamTak sangka Pakistan memiliki keindahan alam semulajadi yang indah.
PadamGunung-gunung tu takde tumbuhan kan, bila disinari cahaya nampak cantik dari jauh. Tambahan dilitupi salji di puncaknya.
BalasPadamYa, kami saksikan pelbagai jenis gunung dari yang penuh flora sehinggalah hanya batu dari lereng hingga ke puncak.
Padamcantik sangat pemandangan gunung di belakang kak amie...kerasa betul udaranya cold ya kak.....keliatan dari kabutnya
BalasPadamYa, di atas sejuk tapi di bawah panas.
PadamCantik peremandangan gunung ganangnya.
BalasPadamSungguh indah alam ciptaan-Nya.
PadamMasya Allah. Sgt menenangkan. Tengok ni pun dah terbayang kesegarannya.
BalasPadamBetul tu. Sejuk mata memandang.
PadamPakistan dgn China mmg tgh berkawan baik sekarang ni..
BalasPadamCantik pemandangan di kawasan pergunungan tu.. Bukan bercabang tiga itu dah bercabang-cabang dah puncak gunung tu huhuu
Hahaa... itulah yang jadi gurauan sepanjang perjalanan:Gunung Daik Bercabang-Cabang!
Padamindahnyaaaa. lagi lagi part view gunung tuuu. cantiknyaaaaaaa :)
BalasPadamKawasan pergunungan di Pakistan memang cantik.
Padamcuba bayangkan kalau gunung2 tu (padang) hamparan hijau je... confirm x jemu mata memandang... tp yg ni pun dah memukau mata
BalasPadamkenapa kak amie x posing sambil baring kat tgh2 jln tu? barulah rare🤣🤣
Banyak pemandangan yang berbeza di setiap laluan.
PadamAdoiiii Anies.... tengah baring nanti kena pijak kambing biri-biri macamana hihihiii!
Kalau SA pun sama akan bergambar di tengah jalan raya tu...berlatar belakangkan gunung2
BalasPadamMemang di sini pelancong berhenti dan ambil gambar.
Padam