Pages

Jumaat, 1 November 2024

BBQ di Tengah Hari

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin. Pukul 11 pagi.
Kita sedang masak di dapur.
Anak-anak buah datang bawa bahan perapan untuk dipanggang. Ada ayam, udang, sotong dan kambing. Adik ipar bakar arang. Adik Chah datang bawa coleslow, kentang goreng, kicap lada, salad dan air buah.


Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama. Memang sedap sangatlah hasil panggangan anak-anak buah. Menjelang tengah hari, Wak Kanang datang bersama anak-anak dari Batang Berjuntai. Adik Wi pun datang dari Sungai Buluh. Abang Farid dan Aseeyah bersama Hamzah juga tidak ketinggalan.


Puaslah makan udang, makan kambing!





Anak buah beli kambing siap perap. Nipis dan cepat masak. Cukup rasa.



Udang Panggang

Kentang Goreng

Air buah yang sudah kehabisan buah.


Terima kasih daun keladi buat anak buah, Ziah dan Erika serta yang lain-lain kerana  bertungkus-lumus mengurus BBQ! Lain kali buat lagi ya.

8 ulasan:

  1. BBQ x tertakluk pada waktu Malam sahaja, Siang pun seronok Kan kak..sesekali kata orang...

    BalasPadam
  2. Anak² buah dah besar² boleh uruskan hal memasak. Giliran mak² sedara rehat².. makan².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang best apabila cucu cicit Bonda datang rumah. Ada jew aktiviti makan-makan.

      Padam
  3. Begitulah bila orang jauh balik, semua datang berkumpul, pasti riuh-rendah, kan Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK.
      Seronok sangat dapat berkumpul, semua nenek saudara timang - timang Hamzah

      Padam
  4. BBQ begini memang lah sedap apalagi kalo dibuat ramai, utk dimakan bersama ❤️❤️.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih teringat-ingat enaknya BBQ kambing 🐐🐐🐐😋😋😋

      Padam