Sarapan Pagi di Asiarasa Kopitiam Tenom

9:58 PTG

Hari ini Ahad, bersamaan 23 Ogos 2020. Kumpulan kami sudah berpecah. Kam bersama keluarganya sudah lama menuju ke Bukit Kokol, Menggatal. Kawan-kawan dalam van meneruskan usaha untuk masuk ke Kilang Kopi Fatt Choi. Sekadar ambil gambar di ruangan tertentu pun jadilah, kata mereka. Amie pula bersama Encik Suami, Fairuz dan Firdaus setelah berpatah balik ke Fatt Choi Coffee Park untuk membeli kopi, meneruskan perjalanan ke  Tenom CoffeeValley. Sebelum itu, kita sarapan dulu di Asiarasa Kopitiam yang terletak di Jalan Toh Puan Hajah Kusnah, di pekan Tenom.

Wanita yang melayan kami di kopitiam ini sangat peramah. Tidak tahulah pemilik kopitiam atau pelayannya. Ada beberapa jenis makanan yang boleh diambil sendiri seperti mee hoon goreng, kuey teow goreng dan kuih muih. Kalau nak makan nasi lemak, hidangan ini disediakan olehnya. 

Dekorasi di luar kopitiam ini pun nampak menarik. 
Kami duduk di bahagian luar. Di seberang jalan ada stesen minyak. di sebelahnya lagi ada deretan kedai, dan ada kedai jual kopi juga. Maklumlah pekan kopi. Jadi di sana sini nampak banyak kopi.

Fairuz minta nasi lemak, tapi tukar telur rebus kepada telur masin. Amie tanya, sedapkah dik makan nasi lemak dengan telur masin? Kata Firdaus : Tak tahu. Tapi kan boleh cuba. Betul juga katanya tu.


Jadi Amie pun minta telur masin juga walaupun di pinggan sudah ada telur rebus. Nak cuba juga apa rasanya. Memanglah kuat rasa telur masin berbanding telur rebus.... ahaks! 

Encik Suami lebih suka makan kuey teow goreng.

Firdaus pula tak toleh kiri kanan, terus menyuap mee hoon goreng!


Seperti biasa, hidangan nasi lemak disertakan dengan semangkuk kecil sup kosong.


Sebelum meninggalkan kedai makan ini, kami beli beberapa jenis kuih.

Perjalanan hari ini agak memakan masa. Dari Tenom terus ke Keningau, sambung ke Tambunan, kemudian ke Ranau dan naik ke Kundasang! Mana tahu malas nak berhenti atau  tak jumpa restoran di perjalanan, jadi bolehlah makan kuih ini sebagai alas perut.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

3 comments

  1. dana suka jugak makan nasi lemak dengan telur masin tapi makan dengan kuningnya je... sebab lemak kuning dia tu kan lain macam hehehe

    kalau datang ke semenanjung mesti rasa lain bila nasi lemak takde sup ye kak...
    dana baru tahu di sana disediakn sup dengan nasi lemak, menarik

    BalasPadam
  2. Jauh tu sampai ke Kundasang perjalanannya dari Tenom.

    BalasPadam
  3. Sedapnya nasi lemak. Tak pernah pulak makan dengan telur masin. Bolehlah cuba rasa ikut kata firdaus tu. hehe.. kuih yang dibungkus dengan daun pisang pasti sedap. pulut panggang inti apa tu kak amie?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe