Borong Sayuran di Pekan Kundasang
6:37 PTGTidak lengkap rasanya kalau jalan-jalan ke Kundasang tidak singgah di gerai sayur-sayuran. Kali ini kami tidak singgah gerai buah-buahan pula. Encik Suami sudah berkira-kira untuk membeli beberapa jenis sayur untuk oleh-oleh buat keluarga dan kawan-kawannya.
Selalunya Encik Suami suka pilih kobis 'picai' iaitu sejenis kobis panjang yang menjadi mercu tanda di bulatan Pekan Kundasang, dan juga bawang leek. Kali ini Encik Suami pilih kobis lain pula. Bukan kobis bulat dan bukannya kobis panjang, tetapi kobis bentuk lonjong sedikit. Tak tahu pula apa nama kobis ini. Kobis ini rasanya manis dan rangup! Sedap dibuat ulam.
Kebanyak sayur-sayuran dijual dengan harga RM4.oo untuk sebungkus, tetapi kalau beli 3 bungku3, harganya RM10.00 dan boleh campur-campur. Untuk harga kobis yang Encik Suami beli, harganya RM5.00 untuk sebiji.
Inilah rupa kobis bentuk lonjong itu.
Amie pula pilih beras kampung atau beras huma. Walaupun sudah beli di Tamu Tenom, tapi nak beli juga di sini. Beras di Tamu Tenom dari sawah, di Kundasang dari bukit.
Beras bukit harganya lebih mahal berbanding beras dari padi sawah.
Biasanya RM20.00 untuk 2 kilogram.
Apabila terlihat cili padi warna putih, memang Amie tak lepaskan peluang untuk membelinya. Begitu juga dengan cendawan kukur kering. Sedapnya cendawan kukur masak lemak cili padi dengan udang kering!
Daun bawang leek ini nampak segar dan cantik!
Tomato ceri pun nampak baru dipetik dari ladang!
Sedap makan tomato ceri cecah serbuk asam.
Subur betul bumi Kundasang!
Banyak sayur-sayuran yang ditanam di kaki gunung sebagai bekalan makanan kepada penduduk tempatan dan mereka yang lalu lalang di Pekan Kundasang pula selalu singgah untuk membelinya.
Banyak susunan botol berisi madu dari pelbagai jenis.
Walaupun tak singgah di gerai buah-buahan tetapi di sini pun ada buah-buahan juga walaupun tidak banyak. Kami beli beberapa bungkus pelbagai jenis untuk dimakan di dalam kereta.
Ambil kesempatan meronda gerai bunga.
Walaupun setiap kali beli bunga di sini dan kebanyakannya mati kalau di tanam di Lahad Datu disebabkan suhu yang berbeza, tetapi tetap nak beli juga!
Untuk kenang-kenangan, kenalah beli beberapa kuntum mawar Kundasang!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
6 comments
Suka tengok tanaman bunga-bunganya, segar bugar je...
BalasPadamSini supermarket panggil pointed cabbage.
BalasPadamFadzillah,
BalasPadambetul tu...jadi terapi minda.
G,
BalasPadamtq G, tambah info saya.
Best betul dapat beli sayur segar macam ni. ehhh cantik pulak tengok bunga ros ni. Kalau saya ni mesti dah terrbeli sekali. hihi
BalasPadamAshagizah,
Padamdulu memang wajib borong bunga ros, tapi suhu yg jauh berbeza bunga ros tak pernah panjang umur.