Pusat Anggerik Kacukan (Hybrid Orchid Center)
10:15 PTGSalah satu tempat lawatan yang menarik semasa berada di Taman Pertanian Sabah sudah tentunya di Pusat Anggerik Kacukan.
Lama dahulu, sewaktu Amie gila-gila dengan pokok orkid memang rajin betul mencari benih orkid, tidak kiralah orkid hutan, orkid tanah atau orkid kacukan. Amie masih ingat lagi, ada 117 jenis orkid yang Amie dan Encik Suami kumpul. Kalau ke pasar tani sama ada di Lahad Datu atau Tawau, atau Sandakan, memang oleh-oleh utamanya sekurang-kurangnya dua pasu pokok orkid!
Apabila terdengar MIL dan FIL serta kakak ipar sekeluarga hendak ke Taman Pertanian Sabah di Tenom ini, Amie pun pesan kalau boleh belikan sepasu pokok orkid. FIL tunaikan hasrat Amie. MIL cerita, oleh kerana FIL takut bunga orkid rosak jadi FIL akan bawa pasu bunga orkid nan sebiji itu ke bilik hotel. Dalam perjalanan pula, FIL akan pastikan pasu bunga tetap menegak, tidak jatuh. Terharunya bila dengar cerita daripada MIL. FIL jaga pokok orkid itu beberapa hari sehinggalah tiba di Lahad Datu. Al-Fatihah buat FIL dan MIL.
Sesungguhnya dari sejumlah 117 koleksi bunga orkid Amie, kini hanya tinggal beberapa pasu sahaja yang masih hidup. Mana perginya koleksi orkid yang banyak itu? Inilah masalahnya, hanya tahu beli dan letak di pondok orkid. Yang menyiram pagi dan petang bukannya kami. Yanti, pembantu rumah kami yang rajin membelai pokok-pokok orkid tersebut. Kalau MIL dan FIL datang, memang mereka berdua akan duduk di pondok orkid melihat-lihat bunga orkid yang cantik pelbagai warna. Setelah Yanti berhenti bekerja dengan kami, sedikit demi sedikit pokok orkid menjadi layu, dan akhirnya banyak yang mati kekeringan!
Apabila melihat kuntum-kuntum orkid yang sedang berkembangan di taman ini, cepat-cepat rakam gambar mana yang sempat. Sebahagiannya memang sama dengan jenis bunga orkid yang pernah jadi koleksi kami suatu ketika dahulu.
Melihat kecantikan orkid yang berkembangan ini, teringin pula nak buat koleksi lagi, tapi rasanya belum berapa rajin untuk menjaganya... ahaks! Lupakan dulu.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
4 comments
wahhh banyak tu kak sampai 117 jenis pokok yang akak ada...sayang betul bila tak dijaga dah mati bunganya kak... dana ingatkan orkid pokoknya kan lasak
BalasPadamdana tak berani nak bela orkid, takut mati heheheh nanti nangis
Oh,sangat disayangkan koleksi anggrek sebanyak itu mati, kak.
BalasPadamSemoga selanjutnya kak Ami bersemangat berkebun lagi.
Taman anggrek ini keren.
Tertata rapi dan koleksinya sangat menarik.
Cantik cantik dan unik orkidnya. Pencinta bunga orkid ni mesti teruja datang sini. Lagilah yang jenis kacuk dan rare ni. Harga pasti mahal.
BalasPadamDi mana tptnya ni ya.
BalasPadam