Sarapan Pagi Sambil Memikir Masalah Negara

9:25 PG


Selamat pagi semua.
Moga baik-baik saja sepanjang hari ini.
Jom sarapan pagi.

Menu kami pagi ini, hidangan ala-ala American Breakfast gitu.... ahaks!

Ketika bersarapan, tidak habis-habis berbual dengan Encik Suami tentang piliharaya negeri dan Covid-19 yang semakin hebat melanda negeri Sabah terutama sekali di daerah kami, Lahad Datu. Dari sehari ke sehari sekolah-sekolah semakin banyak ditutup. Murid-murid semakin ramai dikuarantin. Guru-guru pula sudah lebih dari bilangan jari satu tangan yang positif Covid-19. Kawan-kawan pun sudah mulai menjalani kuarantin kerana suami, isteri dan anak kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti Covid-19. Bermula daripada 2 banduan PATI yang positif Covid-19 di Lahad Datu, kini merebak hingga ke sekolah. Anak-anak sekolah juga mendapat jangkitan dari keluarga yang bertugas sebagai anggota polis, nurse dan yang sewaktu dengannya.
Sekolah sebelah kami, yang berkongsi kantin, sebelum ini ditutup 2 kelas kerana ada murid kontak rapat dengan ahli keluarga yang positif Covid-19, kelmarin pagi disahkan seorang gurunya positif Covid-19.
Allahu Akbar! Kami semakin ketakutan seolah-olah sedang menunggu malaikat maut muncul di pintu pagar sekolah!
Minggu lepas SMKS sudah ditutup berikutan 6 orang guru positif Covid-19, dan 4 orang muridnya juga positif. SMKA, sekolah Fairuz juga sudah ditutup kerana beberapa orang muridnya positif Covid-19. Ramainya murid di sekolah Fairuz, hampir 3,000 orang. Semua guru dan murid dari Tingkatan 1-3 telah menjalani swab test pada 17 September 2020. Sangat sedih! Swab test dijalankan sehingga pukul 10 malam. Itu belum lagi ujian saringan sama untuk murid tingkatan 4 hingga 6. SKSS juga sudah ditutup. Kelmarin, SKB pula ditutup dan SKSD, sekolah Firdaus juga ditutup. Baru dengar berita sebentar tadi, SKP juga ditutup. Esok lusa, tak tahu berapa banyak lagi yang positif, dan entah berapa buah lagi sekolah terpaksa ditutup!
Sekolah kami, dari 7 buah kelas tingkatan 3, hanya 10 orang murid sahaja yang hadir. Tingkatan 4, boleh dihitung dengan jari. Tingkatan 5, barangkali memikirkan SPM, mereka datang juga tapi terpaksa digabung kelas kerana jumlahnya sangat sedikit. Sesi petang pula, banyak kelas yang 0 kehadiran!

Firdaus belum mandi.
Encik Suami suruh sarapan pagi.

Selamat bersarapan dik!
Semua abang, Farid, Fuad dan Fairuz menemaninya di meja makan.

 Seisi keluarga mengambil vitamin C.

Wajah Firdaus selepas mandi. 
Nampak lebih segar.
Sudah seminggu Amie 'cutikan' Firdaus dari bersekolah rendah dan sekolah agama.

Sebentar lagi Firdaus akan menjalani swab test di perkarangan sekolahnya!
Allahu Akbar!
Apa boleh buat dik.
Guru kelasmu positif Covid-19.
Semua rakan sekelas dan semua guru serta semua murid dari tahun 1-tahun 6 akan menjalani swab test di sekolahnya. Yang sudah menjalani swab test pada Isnin lepas, akan menjalaninya buat kali kedua pada minggu hadapan pula.
Moga semuanya berjalan lancar.
Allahu Akbar!
Keadaan semakin kritikal. Satu demi satu sekolah ditutup. Jumlah positif Covid-19 semakin bertambah dalam kalangan orang awam. Rayuan supaya PKPD dilaksanakan, setakat ini tidak diambil peduli. Teman-teman di Tawau juga dalam kebimbangan sama seperti kami. Kluster Benteng sudah merebak merata! Banduan PATI penyebab Covid-19 di Lahad Datu tidak datang ke sekolah, tapi di sekolah dengan pantasnya merebak virus ini dalam kalangan murid dan guru! 
Baca berita, dengar berita  pilihanraya pada 26 September nanti, pengundi yang sudah positif Covid-19 pun akan diuruskan untuk mengundi!
Tak pasal-pasal, pagi ini kepala jadi pusing memikir masalah negara! Benar-benar kepala jadi biol memikirkan juga tentang orang kayangan dan rakyat marhaen!

8 comments

  1. Hal yang sama juga terjadi di negara saya. Saat ini sedang memasuki masa kampanye pemilihan kepala daerah. Ada rasa khawatir melihatnya banyak kerumunan partisipan kampanye.

    Semoga mata rantai penyebaran epidemi mematikan ini segera berakhir.

    BalasPadam
  2. Allahu..sedih dan menakutkan situasi di sana. Kenapa la masih tak buat PKPD kan..

    BalasPadam
  3. Berat hati membaca ..bila cikgu anak anak sekolah kena covid19.
    Di negara sini gomen baru suruh masuk sekolah semula.
    Mereka tengok msia ok.

    Bila jadi begini ...masalah...

    Macam dah jadi zaman perang dunia kedua meletus.

    Sekolah tergendala.... Tapi sekarang wabak melanda. Pakai online kalau murid murid Ada access. Yang tiada bagaimana pulak.

    Susah.. take care semua..didoakan semua sehat Dan selamat.

    BalasPadam
  4. Di KK pun ramai ibubapa ambil initiatif cuti kan anak-anak.
    Kami mula bawa anak-anak yang tak asrama sejak COVID-19 ni kat Pulau yang pelancong cuma kami sahaja ada dengan bilangan pekerja satu tangan sahaja.
    Take care Kak Amie dan Sekeluarga.

    BalasPadam
  5. Allahhu moga kak amie dan semua disana dalam lindugannya..risau jugak saya membaca peningkatan yg mendadak di sabah..stay safe kak

    BalasPadam
  6. sesekali makan american breakfast pun sedap juga.. nyummy

    Risau la dengan keadaan sekarang ni peningkatan kes covid di sabah. moga cepat keadaan terkawal. take care ya!

    BalasPadam
  7. Itulah kan kak. risau betul kes makin meningkat kat sana. Dengan nak buat pilihanraya lagi. Memang pening untuk difikirkan. Semoga semuanya baik baik disana.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe