Ada Apa di Tamu Tenom (Pasar Minggu)
1:32 PTGSelepas bersarapan di Asiarasa Kopitiam, kami menuju ke Tamu Tenom (Pasar Minggu). Ambil suhu di pintu masuk, dan terus bergerak ke tempat jualan. Rasa tidak sabar dan teruja untuk mengetahui apakah jenis-jenis jualan di tamu ini. Barangkali ada jualan yang berbeza daripada pasar minggu yang kami selalu kunjungi di Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. Sudah tentu ada kelainannya tamu kawasan pedalaman berbanding di daerah kami, di pantai timur.
Cantik durian! Nampak sangat segar. Mungkin baru gugur atau baru dipetik.Tapi jumlahnya tidak banyak.
Durian dua biji. Di belakang durian ada buah tarap. Di belakang penjual ada longgokan tuhau dan ubi kayu. Di bawah meja, ada longgokan tuhau juga.
Ada sebiji durian sahaja. Durian Musang King, dengan tanda harga RM45.00 sekilogram. Durian Musang King nan sebiji ini dikelilingo oleh buah lemon kampung, ubi manis yang sudah dikupas dalam bungkusan (keledek), dan juga peria. Di hadapan tanda harga jualan ialah bungkusan tuhau, dan juga lada putih (cili). Harga yang tertulis sangatlah murah.
- Kelayo
- Yellow Burrhead
- Lagung (Iban)
- Centongan (Jawa)
- Sesendok, Kelor (Sabah)
- Selimpat, Kemelin (Perak)
- Kelayau, Keladi Itik, Keladi Layar, Genjer (Indonesia)
- Kelayar (Negeri Sembilan)
- Samsir (Sarawak)
- Yellow Velvetleaf (Inggeris)
4 comments
Murahnya harga beras sana tu.
BalasPadamMmm teringin pula makan terung dayak.
banyak jg sayuran yg tak pernah tengok..tembaruak, tuhau, genjer, dukaruk.....buah tarap je pernah makan..
BalasPadamMeriahnya Tamu Tenom. Pelbagai jenis sayur kg ada dijual :)
BalasPadamseronok membeli sayuran segar hasil tanaman penduduk tempatan. banyak sayuran dan tumbuhan rare yang tak ada disemenanjung. Tak pernah nampak siput sedut hitam tu.
BalasPadam