Ada Apa di Tamu Tenom (Pasar Minggu)

1:32 PTG

Selepas bersarapan di Asiarasa Kopitiam, kami menuju ke Tamu Tenom (Pasar Minggu). Ambil suhu di pintu masuk, dan terus bergerak ke tempat jualan. Rasa tidak sabar dan teruja untuk mengetahui apakah jenis-jenis jualan di tamu ini. Barangkali ada jualan yang berbeza daripada pasar minggu yang kami selalu kunjungi di Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. Sudah tentu ada kelainannya tamu kawasan pedalaman berbanding di daerah kami, di pantai timur.

Cantik durian! Nampak sangat segar. Mungkin baru gugur atau baru dipetik.Tapi jumlahnya tidak banyak.

Durian dua biji. Di belakang durian ada buah tarap. Di belakang penjual ada longgokan tuhau dan ubi kayu. Di bawah meja, ada longgokan tuhau juga.

Ada sebiji durian sahaja. Durian Musang King, dengan tanda harga RM45.00 sekilogram. Durian Musang King nan sebiji ini dikelilingo oleh buah lemon kampung, ubi manis yang sudah dikupas dalam bungkusan (keledek), dan juga peria. Di hadapan tanda harga jualan ialah bungkusan tuhau, dan juga lada putih (cili). Harga yang tertulis sangatlah murah. 

Sekali pandang Amie sangka sayur asparagus. Dua kali pandang, rupanya sayur lain. Tak tahu apa nama sayur ini. Batangnya nampak sihat subur!

Sayur-sayur lain yang biasa kita lihat di pasar seperti kacang buncis, bayam merah dan pucuk meranti pun banyak dijual di sini.

Di antara jualan hasil tani, terselit juga jualan pokok anggerik pelbagai jenis.

Halia pun banyak dijual di sini.
Semuanya kelihatan segar-segar belaka.

Harganya pun tidaklah begitu mahal, sekitar RM12.00 sekilogram.

Dah selalu beli halia dari luar negara di pasar raya, eloklah beli halia tempatan pula. Walaupun mahal sedikit dari halia import, tapi kualitinya terjamin.

Ada gerai jualan ayam, daging, ikan dan hasil laut segar.

Ikan masin kuning versi Sabah. Sedap ni kalau kita goreng makan dengan nasi panas!

Yang empat segi dalam bungkusan di tepi sekali itu, belacan!

Di bawah tangan peniaga ikan kering ini, belacan yang sama dengan gambar di atas. Ada yang dibungkus 4 segi, dan ada yang dibungkus bulat, dan selinder seperti bungkusan aiskrim.


Sebelah bungkusan siput ialah bungkusan tembaruak. Itu pun kalau Amie tak silaplah. Sewaktu berkunjung ke tamu di Ranau abad lepas (1997) kawan Amie perkenalkan tembaruak dan tuhau. Katanya kalau yang pendek, nama dia tembaruak, dan yang panjang namanya tuhau. Ingat tu, katanya. Nama panjang untuk yang pendek, dan nama pendek untuk yang panjang. Kawan Amie tadi sudah jadi orang besar di JPN Sabah. Dulu selalu tinggal sebilik sewaktu kursus dan bermesyuarat di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Sekarang kalau jumpa, mungkin Amie akan tutup muka dengan daun keladi....ahaks! Moga terus maju dalam tugas wahai temanku, Wanihim Othman.

Ini siput sedut. Warnanya hitam. 

Ada pucuk sayur manis dan juga madu lebah.
Jambu batu di sebelah sana itu mungkin tidak berbiji!

Bungkusan putih empat segi di atas ialah ubi parut yang sudah diperah airnya. Boleh dimasak dengan cara kukus, dipanggil putu. Boleh dijadikan tompek atau tinompek. Kalau di Lahad Datu ia merupakan masakan tradisi masyarakat Bajau. Bunga betik dalam bungkusan di belakang dan sebelah putu itu kelihatan masih segar!

Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakan sayur-sayuran yang dijual adalah sayuran kampung hasil tanaman sendiri. Jumlahnya pun tidak begitu banyak tetapi pelbagai. Selain terung hijau di atas, ada kacang panjang, buah kundur, telur itik dan juga benih petola.

Di dalam hati, rasa kagum dan memuji berkali-kali melihat kegigihan penduduk kampung berusaha bercucuk tanam dan membawa hasil ke pasar minggu. Walaupun jumlah tidak banyak tetapi cukup membuktikan kesungguhan mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan. Barangkali nanas hanya dua biji yang dibawa ke pasar, tetapi ia kelihatan masih segar dan baru dituai. Begitu juga dengan buah betik, sayur kacang bendi dan juga kacang botol.

Melihat harga betik hanya RM1 (mungkin sekilogram atau sebiji?) cukup membuktikan harganya sangat murah. Barangkali disebabkan jualan bukan melalui orang tengah, jadi harganya jauh lebih rendah. Sedap betul ni kalau dapat sebiji betik mengkal masak sup dengan ayam!

Ada pisang tanduk (atau pisang helang?), buah kundur, ubi kayu dan labu manis yang siap dipotong.

Tidak ketinggalan jantung pisang, cempedak dan juga cili padi.

Yang hijau panjang selonggok ini ialah tembaruak yang belum dikupas. Di selah sana, dalam bungkusan ialah rebung dan tuhau.

Tuhau dan tembaruak. Mana satu tuhau mana satu tembaruak?
Ingat semula kata Wanihim di Tamu Ranau abad lepas : Katanya kalau yang pendek, nama dia tembaruak, dan yang panjang namanya tuhau. Ingat tu, katanya. Nama panjang untuk yang pendek, dan nama pendek untuk yang panjang. 

Jadinya, yang putih itu tembaruak, dan merah jambu itu tuhau.

Wokey!
Dah boleh bezakan tak?
Kalau ada Sabahan yang melawat ke sini, sila betulkan ye kalau Amie tersalah maklumat atau tersalah dengar penerangan dari Wanihim.

Sambil berjualan, sambil mengupas kulit tuhau dan rebung.

Jeruk tuhau pun ada dijual di sini.

Yang di depan ini semua dah kenal, bunga betik. MIL panggil kembang kates atau kembang kepayas. Longgokan buah dengan harga RM2.00 di belakang itu ialah terung asam Sarawak  atau terung Dayak. Sedapnya masak asam ikan rebus dengan terung Dayak!

Sayur panjang-panjang yang diikat di atas ialah genjer. Nama lainnya pokok keladi senduk. Tak kenal keladi senduk, boleh bayangkan keladi merawan atau paku rawan aau juga keloyok. Tak kenal juga nama-nama tadi, cuba semak nama-nama di bawah ini. Mana tahu ada menyangkut:
  • Kelayo
  • Yellow Burrhead
  • Lagung (Iban)
  • Centongan (Jawa)
  • Sesendok, Kelor (Sabah)
  • Selimpat, Kemelin (Perak)
  • Kelayau, Keladi Itik, Keladi Layar, Genjer (Indonesia)
  • Kelayar (Negeri Sembilan)
  • Samsir (Sarawak)
  • Yellow Velvetleaf (Inggeris)
Rasanya ini tumbuhan herba, tapi tak tahu namanya. Kalau yang hujung sana tu kenal sebab arwah ayahanda banyak tanam di keliling rumah. Kalau tak silap namanya hempedu bumi. Pahitnya ya ampuuunnn!

Sayur remayung dan terung pipit serta pegaga pun ada.

Sayur bayam, kankung, sayur sawi pahit dan keladi cina. Ini semua sayuran kampung juga.

Ada yang kenal sayur apa dalam gambar di atas?
Sayur ini dipanggil dukaruk. Dukaruk tumbuh subur di kaki gunung atau bukit yang berair bersih dan sejuk terutama di tepian anak sungai yang berbatu serta berlumut. Tak pernah jumpa sayur dakuruk di Lahad Datu, sebab tumbuhan ini hanya sesuai hidup di kawasan tanah tinggi berair bersih dan suhu sejuk seperti di Tenom, Keningau, Tambunan, Ranau, Kota Belud, Beluran dan Tongod serta tempat lain yang sesuai sebagai habitatnya.

Cantik isi kacang tanah!

Susunan hasil tanaman : remayung, kacang tanah, bunga betik, kacang panjang, keledek, cili dan betik. Mudah-mudahan bertambah rezeki hasil berbudi kepada tanah. Keringat yang tumpah membuahkan hasil yang lumayan buat para petani dan peniaga hasil tanaman.

Di tengah-tengah antara sayur genjer dengan buah betik ialah daun nyrik. Daun ini digunakan untuk membungkus kelupis dan lamban. Kelupis dan lamban ini sejenis makanan daripada beras pulut dan sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu Brunei di Labuan dan Sabah.

Di sebelah labu manis itu ialah buah tarap. Sekarang nak makan buah tarap agak susah kerana tidak banyak seperti dahulu. Harganya pun boleh mengalahkan harga sekilogram durian kahwin.

Di tamu ini juga ada gerai jualan makanan seperti kuih-muih dan sebagainya.


Kami sekadar melihat-lihat sahaja suasana di gerai jualan makanan ini.

Sekarang kami berada di pintu keluar tamu. Kelihatan peniaga buah-buahan dengan longgokan buah rambutan, langsat, limau, jagung dan dua biji durian.

Terpandang keladi Cina. Melihatkan harganya hanya RM5.00 sekilogram, tak fikir dua kali, terus beli. Di LD bukan tidak ada, hanya harganya jauh lebih mahal!

Ada kencur, halia kampung, halia merah dan kunyit.

Ada ikan keli yang masih hidup.

Ada ikan puyu juga. Barangkali dari sawah padi!

Ikan pelaga pun banyak dijual. Kalau Firdaus nampak ikan pelaga begini, memang dia nak bawa pulang ke LD! Dia tak nampak, sebab duduk dalam kereta bersama Fairuz. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk tamu.

Terakhir, kami jumpa beras dari sawah padi di Tenom. Ada beras Sarawak Wangi dan beras Taiwan Panjang.

Kami beli 5 kilogram beras pelbagai jenis.

Sekian, cerita dari Tamu Tenom .
Moga tambah info kita.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

4 comments

  1. Murahnya harga beras sana tu.
    Mmm teringin pula makan terung dayak.

    BalasPadam
  2. banyak jg sayuran yg tak pernah tengok..tembaruak, tuhau, genjer, dukaruk.....buah tarap je pernah makan..

    BalasPadam
  3. Meriahnya Tamu Tenom. Pelbagai jenis sayur kg ada dijual :)

    BalasPadam
  4. seronok membeli sayuran segar hasil tanaman penduduk tempatan. banyak sayuran dan tumbuhan rare yang tak ada disemenanjung. Tak pernah nampak siput sedut hitam tu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe