Ada Apa di Yong Farmstay Tenom?

12:37 PTG

Tarik nafas panjang-panjang. Lupakan buat seketika bala tentera Covid-19 yang sedang bermaharajalela di daerah kami. Rakyat marhaen hanya perlu menurut arahan sahaja, apa yang perlu dan patut dilakukan di saat-saat genting seperti ini. Mudah-mudahan akan ada keajaiban yang berlaku. Ibu bapa pun sudah mengambil langkah pencegahan dengan 'mencutikan' anak-anak dari sekolah. Sekolah yang ditutup akibat merebaknya positif Covid-19 semakin bertambah. Rayuan untuk tutup sekolah yang belum dijangkiti Covid-19 di daerah kami nampaknya tidak diendahkan, dan dengan zero kehadiran, dengan sendirinya sekolah akan 'tertutup'. Menunggu tarikh undi pada 26 September, dan pengumuman lockdown selepas itu adalah satu jangka masa yang sangat lama, dan entah apa nama kluster baru yang bakal muncul nanti!

Nak sambung cerita yang terputus di tengah rantaian Covid-19. Jom kita melawat Yong Farmstay di Tenom pada Ogos lalu.

Selepas kami menamatkan lawatan di Pusat Kebudayaan Murut, kami singgah pula di Yong Farmstay. Sayangnnya, kami tersalah tarikh!
 
Oleh kerana pintu pagar terbuka, jadi kami masuk sajalah. Bila sampai ke dalam, semua tempat ditutup! Padahal terpampang di pintu pagar, tempat ini akan dibuka pada 28 Ogos 2020! Terbuka punya pasal, terus redah saja... ahaks!

Ini gambar peta pelancongan berukuran 40' X 24' . Memang nampak meriahlah kalau Yong Farmstay beroperasi kerana banyak tempat menarik boleh dijelajahi!

Cuaca ketika itu teramatlah panas teriknya!

Kami hanya ambil gambar di sekitar halaman Yong Farmstay sahaja.


Antara tempat yang boleh dilawati serta aktiviti yang boleh dilakukan di Yong Farmstay ini termasuklah:
  • ATV Bike
  • Jambatan Kaca Pertama di Sabah ( sepanjang 70', lebar 20' dan setinggi 23' )
  • Jambatan Gantung Homestay ( sepanjang 103')
  • Jambatan Cinta / Kekasih ( sepanjang 44')
  • Jambatan Gantung Kampung - Kolan ke Kolam (260' panjang)
  • Mini Aqyarium
  • Ukiran 2D Gambar Kuda
  • Lesung Pengisar Jagung, Kacang Soya, Beras & Kopi
  • Mesin Pengipas Padi dan Hasil Tanaman
  • Pondok Ibu Berpusing
  • Archery Space ( ruang memanah)
  • Ruang Melastik
  • Tempat Menangkap / Siut Ikan
  • Taman Permainan kanak-Kanak
  • Rumah Peringatan  Ken Lin ( rumah lama dijadikan sebuah mini muzium)
  • Rumah Bambu Bersejarah ( rumah yang memberi gambaran tentang kehidupan masyarakat zaman dahulu kala)
  • Pameran Barang-Barang Antik
  • Mini Zoo (terdapat lebih 20 jenis haiwan termasuk buaya, monyet, ayam mutiara, ayam belanda, arnab, rusa, burung tiung, burung helang, landak padi, kura-kura, labi-labi, itik, angsa, ular sawa, kambing biri-biri dan tupai liar )
  • Homestay (dari bilik jenis standard twin dengan harga RM168.00 sehinggalah Family Room dengan harga RM588.00)
  • Kemudahan lain yang disediakan termasuklah dapur homestay, kafe, pondok rehat, bbq dan juga surau

Untuk melihat tanam-tanaman, kena daki anak tangga warna-warni. Katanya ada 360 anak tangga perlu didaki untuk sampai ke pintu ladang.


Para pekerja sedang tekun membuat kerja masing-masing.


Inilah Jambatan Kaca Pertama di Sabah setinggi 23', dan sepanjang 70' dengan kelebaran 20'.

Replika bunga raflesia.

Model kita sudah keletihan. Duduklah berteduh di bawah replika bunga raya.


Nampaknya ini sahajalah yang dapat dikongsikan.

Keesokan paginya, kawan-kawan yang lain berpatah balik ke sini kerana tuan farmstay berbesar hati membukakan 'pagar' untuk lawatan, memandangkan kami datang dari jauh! Kawan-kawan yang kembali semula ke sini dapatlah melihat suasana di dalam farmstay ini. Amie, dan Kam sekeluarga terpaksa meninggalkan Tenom lebih awal kerana masing-masing ada destinasi yang perlu dituju. Amie akan ke Kundasang, dan Kam akan ke Menggatal. Kawan-kawan yang lain akan terus pulang ke Lahad Datu.



Jumpa lagi!


Keluar dari Yong Farmstay, kami menuju ke Pekan Tenom.
Kaansayan Rumatong Ra Tenom.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:


4 comments

  1. nak naik anak tangga banyak tu gigil lutut kak oi...
    cantik juga tempatnya... replika besar bunga rafflesia dan bunga raya tu cantik

    BalasPadam
  2. Menarik tempatnya ada byk aktiviti. Takde rezeki nak beraktiviti la pulak ya Amie.

    Teringin nak naik jambatan kaca tu, nak tengok sejauh mana je kaki saya mampu melangkah..haha

    BalasPadam
  3. Luas kawasan ni ye. Kalau dapat explore more sure best

    BalasPadam
  4. takde rezeki nak explore..menarik kawasannya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe