Sabah Tea Restaurant & Tea Shop
9:30 PTGDalam perjalanan dari Kundasang ke Lahad Datu, kami singgah di Ranau. Hari pun masih pagi, dan kami belum alas perut. Kami menuju ke Sabah Tea Restaurant, tempat makan yang santai dan agak selesa bagi kami.
Matahari pun sedang memancarkan sinarnya untuk kami menerima vitamin D. Hangat tetapi menyegarkan.
Firdaus memilih untuk hidangan ala-ala American Breakfast.
Tidak ketinggalan Sabah Tea Ice Cream kegemarannya!
Bismillah.
Senang hatinya dapat kulum pucuk daun teh!
Setiap kali singgah makan di sini, memang berakhir dengan pucuk daun teh di mulutnya!
Hidangan di sini nampak simple, tetapi cukup rasa! Dengan kata lain, sedaplah.... ahaks! Kuey teow goreng ini Fairuz punya. Selain kuey teow goreng, Fairuz juga memesan tom yam udang.
Katanya, sedap betul rasa kuah tom yam udang ini. Padu!
Ini mee hoon sup.
Amie punya.
Pilih pemakanan sihatlah kononnya.... akahs!
Ini mee goreng, Encik Suami punya. Nampak ringkas sahaja masakan dan bahan yang digunakan. Cuba rasa sesudu. Sedaplah pulak! Cuba lagi sesudu...isshhh! Sesudu lagi! Nanti lama-lama habis sepinggan mee goreng Encik Suami! Siapa suruh pesan me hoon sup! Pemakanan sihatlah konon, tapi selera pergi ke pinggan mee goreng.... hiks!
Alhamdulillah.
Budak kecil ini paling seronok berada di sini! Pucuk daun teh itu dikulum sampai masuk kereta.
Sebelum meninggalkan Sabah Tea Restaurant, kami singgah di Tea Shop. Encik Suami beli Sabah Tea Tarik. Katanya, Fuad suka minuman ini. Hmmmm... baik ibu atau ayah, ke mana pun pergi apabila terpandang makanan kegemaran anak-anak, mesti teringat-ingat!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
10 comments
pagi-pagi dah layan aiskrim ye firdaus tu, tp memang sedap acik nengok aiskrim tu...
BalasPadamrasa kelat2 kan pucuk daun teh tu kak
semua menu sedapnya kak, nampak sedap betul tomyam si fairuz, pagi-pagi sarapan tomyam yek jarang di buat tu
selalu yang dipinggan orang tu yg lagi sedap nak makan tu kan kak hehehhe
Sedapnya menu2 semua tuuu kak amie..uish suka nampak fridaus kulum daun teh.. :D
BalasPadamItulah...saya pun selalu ke pinggan suami, sebab rasa yang kita order macam kurang sedap 😄
BalasPadamSaya suka guna lada putih/hitam Sabah, macam lebih aroma. Walaupun harganya lebih mahal kat pasaraya sini.
hidanglah segala mala, anak2 saya pun kalau tau ada menu telur dengan sosej tu, mesti yang lain kalah hehe
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamFairuz memang suka order dua hidangan, satu bergoreng, satu berkuah. Senang masuk tekak katanya.
Wani,
BalasPadamentah kenapa budak suka kulum pucuk daun teh
Ujie,
BalasPadambetul tu, lada putih tu pun nampak fresh.
Syaz Rahim,
BalasPadammemang anak-anak suka telurlah kan hahaaaa...
wahh American breakfast dia. nampak padu tomyam udang tu. Sedap menu yang ada. aiskrim tu menggoda betul
BalasPadamAzhafizah,
PadamTom yam tu memang sedap kuah dia. Sampai sini memang aiskrim menu wajib Firdaus.