Cantiknya Taman Kaktus di Ilmie Farm House Kundasang!

2:13 PTG

Sewaktu menginap di Ilmie Farm Homestay, kami bukan sahaja dapat merehatkan diri tetapi juga dapat menjamu mata dengan pelbagai pemandangan menarik. Selain menikmati keindahan Gunung Kinabalu yang berdiri gagah di hadapan homestay, kami juga dapat melihat sendiri tanaman sayur-sayuran di sekeliling kaki gunung, berteres-teres dari kaki hingga ke puncak bukit.
Firdaus tidak tahu berehat!
Ada sahaja yang ingin diteroka.
Kami berada di dalam homestay tetapi Firdaus asyik keluar masuk, buka pintu dan tutup pintu. Apabila agak lama Firdaus berada diluar, Amie pun tidak senang hati walaupun katanya dia hanya bermain-main dengan anak-anak 'jiran' yang baru sampai untuk menginap di homestay sebelah kami!
Amie pun keluar mencari Firdaus.

Kalau Amie asyik memerap dalam bilik, dan berehat sepanjang waktu sudah tentu Amie terlepas pemandangan indah di tepi dan belakang homestay!

Firdaus leka melihat pelbagai jenis pokok kaktus yang ditanam oleh tuan punya homestay di sekeliling tempat tinggal kami!


Yang menariknya, pelbagai jenis bekas digunakan untuk menanam kaktus termasuk kasut!


Mungkin gambar di atas ini, cerek digunakan untuk tanam kaktus.


Firdaus asyik bertanya nama-nama pokok kaktus, kenapa berbulu, kenapa besar, kenapa kecil?
Perbualan kami rupanya didengari oleh Fairuz yang sedang tidur dalam bilik! Terjagalah abang seorang ini yang memang kaki tidur!



Perlahan-lahan Amie bersama Firdaus bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanaman kaktus. Teringat pesanan tuan homestay sewaktu kami daftar masuk, katanya: Boleh lawat kebun sayur disini. Ada pokok kaktus juga. Datanglah ke sana (tunjuk arah pondok kaktus). Banyak kaktus di situ, katanya..



Jom Daus, kita melawat-lawat kawasan sekitar yang ditanami kaktus.














































Ada pokok kaktus yang dijual dan ada yang hanya untuk koleksi sendiri.












Melihatkan koleksi kaktus yang begini banyak dan pelbagai jenis Amie sempat bertanya kepada seorang wanita (mungkin ahli rumah pemilik homestay) yang sedang melayan pembeli pokok bunga di sini. Katanya kaktus yang ada ini bukan sahaja dari negeri Sabah tetapi juga dari Brunei, Singapura, Malaya, Thailand dan juga dari negara China.Memang banyak jenis, tak terkira! Amie rasa bukan setakat ratusan kaktus yang ditanam, mungkin cecah ribuan!






















Pemilik tanaman kaktus bukan sahaja rajin, tetapi kreatif menyusun atur dan menanam di tempat yang menarik!





Cantik sangatkan?
























 

Kebetulan sampai ke penghujung taman, terpandang pula signboard Not For Sale : Begonia. Jom singgah.




















Sekian.
Bermalam di Ilmie Farm Homestay. di sini : Ilmi Farm House
Dapat bonus menikmati keindahan alam di kaki Gunung Kinabalu sambil melawat tanaman sayur-sayuran dan juga bunga-bungaan! Bukan sahaja tanaman bunga kaktus, tetapi juga bunga-bunga lain seperti bunga kertas yang berwarna-warni!


Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:



15 comments

  1. wahh dh lama wak x gi kundasang sejak turun dari puncak kinabalu tuuuh bahh., ;p

    BalasPadam
  2. Macam-macam rupa dan bentuk jantus.
    Ada macam batu jarang.

    BalasPadam
  3. Follower #1384. Terima kasih lawat blog saya.

    BalasPadam
  4. ya Allah geramnya kak, cantik dan pelbagai bentuk kaktus yang ada... banyak yang dana tak pernah nampak selama ini, memang ralit nengok satu-satu, mana yang ada bunga lah comel sangat... akak pulak cantik je gambar di ambil...

    rajin betul tuan homestay tu ye kak, subur semuanya, dana tanam kaktus pun tak berapa hidup, nyampah betul hahhahah

    BalasPadam
  5. Fuhh banyak betul koleksi pokok kaktus yang ada. Semuanya cantik dan hidup elok je. Kreatif gunakan kasut dan cerek tu sebagai pasu.

    BalasPadam
  6. Sukanya tengok kaktus yang bermacam-macam rupa.

    BalasPadam
  7. Wak Lat,
    dtang lagi Wak ke Sabah.

    BalasPadam
  8. NA,
    banyak bentuk kaktus tu kan, unik!

    BalasPadam
  9. Cikgu Bada,
    kaktus dalam dan luar negara tu.

    BalasPadam
  10. Norhidana,
    kakak pun tabik springlah dekat tuan punya homestay tu, tak sangka begini banyak koleksi kaktusnya.

    BalasPadam
  11. Mama Sara Nur,
    memang cantik semuanya kan.

    BalasPadam
  12. Azhafizah,
    betul tu, kalau dah minat memang terserlah kekreatifan diri.

    BalasPadam
  13. Fadzillah,
    seronokkan tengok tanaman subur dan menjadi begini.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe