Sarapan Pagi di Asiarasa Kopitiam Tenom
9:58 PTGHari ini Ahad, bersamaan 23 Ogos 2020. Kumpulan kami sudah berpecah. Kam bersama keluarganya sudah lama menuju ke Bukit Kokol, Menggatal. Kawan-kawan dalam van meneruskan usaha untuk masuk ke Kilang Kopi Fatt Choi. Sekadar ambil gambar di ruangan tertentu pun jadilah, kata mereka. Amie pula bersama Encik Suami, Fairuz dan Firdaus setelah berpatah balik ke Fatt Choi Coffee Park untuk membeli kopi, meneruskan perjalanan ke Tenom CoffeeValley. Sebelum itu, kita sarapan dulu di Asiarasa Kopitiam yang terletak di Jalan Toh Puan Hajah Kusnah, di pekan Tenom.
Wanita yang melayan kami di kopitiam ini sangat peramah. Tidak tahulah pemilik kopitiam atau pelayannya. Ada beberapa jenis makanan yang boleh diambil sendiri seperti mee hoon goreng, kuey teow goreng dan kuih muih. Kalau nak makan nasi lemak, hidangan ini disediakan olehnya.
Dekorasi di luar kopitiam ini pun nampak menarik.
Kami duduk di bahagian luar. Di seberang jalan ada stesen minyak. di sebelahnya lagi ada deretan kedai, dan ada kedai jual kopi juga. Maklumlah pekan kopi. Jadi di sana sini nampak banyak kopi.
Fairuz minta nasi lemak, tapi tukar telur rebus kepada telur masin. Amie tanya, sedapkah dik makan nasi lemak dengan telur masin? Kata Firdaus : Tak tahu. Tapi kan boleh cuba. Betul juga katanya tu.
Jadi Amie pun minta telur masin juga walaupun di pinggan sudah ada telur rebus. Nak cuba juga apa rasanya. Memanglah kuat rasa telur masin berbanding telur rebus.... ahaks!
Encik Suami lebih suka makan kuey teow goreng.
Firdaus pula tak toleh kiri kanan, terus menyuap mee hoon goreng!
Seperti biasa, hidangan nasi lemak disertakan dengan semangkuk kecil sup kosong.
Perjalanan hari ini agak memakan masa. Dari Tenom terus ke Keningau, sambung ke Tambunan, kemudian ke Ranau dan naik ke Kundasang! Mana tahu malas nak berhenti atau tak jumpa restoran di perjalanan, jadi bolehlah makan kuih ini sebagai alas perut.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
3 comments
dana suka jugak makan nasi lemak dengan telur masin tapi makan dengan kuningnya je... sebab lemak kuning dia tu kan lain macam hehehe
BalasPadamkalau datang ke semenanjung mesti rasa lain bila nasi lemak takde sup ye kak...
dana baru tahu di sana disediakn sup dengan nasi lemak, menarik
Jauh tu sampai ke Kundasang perjalanannya dari Tenom.
BalasPadamSedapnya nasi lemak. Tak pernah pulak makan dengan telur masin. Bolehlah cuba rasa ikut kata firdaus tu. hehe.. kuih yang dibungkus dengan daun pisang pasti sedap. pulut panggang inti apa tu kak amie?
BalasPadam