Cantiknya Taman Kaktus di Ilmie Farm House Kundasang!
2:13 PTGSewaktu menginap di Ilmie Farm Homestay, kami bukan sahaja dapat merehatkan diri tetapi juga dapat menjamu mata dengan pelbagai pemandangan menarik. Selain menikmati keindahan Gunung Kinabalu yang berdiri gagah di hadapan homestay, kami juga dapat melihat sendiri tanaman sayur-sayuran di sekeliling kaki gunung, berteres-teres dari kaki hingga ke puncak bukit.
Firdaus tidak tahu berehat!
Ada sahaja yang ingin diteroka.
Kami berada di dalam homestay tetapi Firdaus asyik keluar masuk, buka pintu dan tutup pintu. Apabila agak lama Firdaus berada diluar, Amie pun tidak senang hati walaupun katanya dia hanya bermain-main dengan anak-anak 'jiran' yang baru sampai untuk menginap di homestay sebelah kami!
Amie pun keluar mencari Firdaus.
Kalau Amie asyik memerap dalam bilik, dan berehat sepanjang waktu sudah tentu Amie terlepas pemandangan indah di tepi dan belakang homestay!
Firdaus leka melihat pelbagai jenis pokok kaktus yang ditanam oleh tuan punya homestay di sekeliling tempat tinggal kami!
Perbualan kami rupanya didengari oleh Fairuz yang sedang tidur dalam bilik! Terjagalah abang seorang ini yang memang kaki tidur!
Perlahan-lahan Amie bersama Firdaus bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanaman kaktus. Teringat pesanan tuan homestay sewaktu kami daftar masuk, katanya: Boleh lawat kebun sayur disini. Ada pokok kaktus juga. Datanglah ke sana (tunjuk arah pondok kaktus). Banyak kaktus di situ, katanya..
Jom Daus, kita melawat-lawat kawasan sekitar yang ditanami kaktus.
Ada pokok kaktus yang dijual dan ada yang hanya untuk koleksi sendiri.
Melihatkan koleksi kaktus yang begini banyak dan pelbagai jenis Amie sempat bertanya kepada seorang wanita (mungkin ahli rumah pemilik homestay) yang sedang melayan pembeli pokok bunga di sini. Katanya kaktus yang ada ini bukan sahaja dari negeri Sabah tetapi juga dari Brunei, Singapura, Malaya, Thailand dan juga dari negara China.Memang banyak jenis, tak terkira! Amie rasa bukan setakat ratusan kaktus yang ditanam, mungkin cecah ribuan!
Pemilik tanaman kaktus bukan sahaja rajin, tetapi kreatif menyusun atur dan menanam di tempat yang menarik!
Kebetulan sampai ke penghujung taman, terpandang pula signboard Not For Sale : Begonia. Jom singgah.
Bermalam di Ilmie Farm Homestay. di sini : Ilmi Farm House
Dapat bonus menikmati keindahan alam di kaki Gunung Kinabalu sambil melawat tanaman sayur-sayuran dan juga bunga-bungaan! Bukan sahaja tanaman bunga kaktus, tetapi juga bunga-bunga lain seperti bunga kertas yang berwarna-warni!
15 comments
wahh dh lama wak x gi kundasang sejak turun dari puncak kinabalu tuuuh bahh., ;p
BalasPadamMacam-macam rupa dan bentuk jantus.
BalasPadamAda macam batu jarang.
Follower #1384. Terima kasih lawat blog saya.
BalasPadamwah..banyak jenis kaktus ni
BalasPadamya Allah geramnya kak, cantik dan pelbagai bentuk kaktus yang ada... banyak yang dana tak pernah nampak selama ini, memang ralit nengok satu-satu, mana yang ada bunga lah comel sangat... akak pulak cantik je gambar di ambil...
BalasPadamrajin betul tuan homestay tu ye kak, subur semuanya, dana tanam kaktus pun tak berapa hidup, nyampah betul hahhahah
wow cantiknya
BalasPadamFuhh banyak betul koleksi pokok kaktus yang ada. Semuanya cantik dan hidup elok je. Kreatif gunakan kasut dan cerek tu sebagai pasu.
BalasPadamSukanya tengok kaktus yang bermacam-macam rupa.
BalasPadamWak Lat,
BalasPadamdtang lagi Wak ke Sabah.
NA,
BalasPadambanyak bentuk kaktus tu kan, unik!
Cikgu Bada,
BalasPadamkaktus dalam dan luar negara tu.
Norhidana,
BalasPadamkakak pun tabik springlah dekat tuan punya homestay tu, tak sangka begini banyak koleksi kaktusnya.
Mama Sara Nur,
BalasPadammemang cantik semuanya kan.
Azhafizah,
BalasPadambetul tu, kalau dah minat memang terserlah kekreatifan diri.
Fadzillah,
BalasPadamseronokkan tengok tanaman subur dan menjadi begini.