Dari Tambunan ke Keningau - Bermalam di Hotel Sento
7:10 PTGOrang kata tak lengkap lawatan ke Tambunan kalau tak sampai ke Sinurambi Viewing Point. Petang itu kami bergerak bersama dari The Stone Garden Tambunan, tetapi selepas papan tanda Hutan Simpan Trus Madi kami terpisah! Van yang membawa kawan-kawan yang lain hilang dari pandangan. Di belakang kami, kereta Kam sekeluarga. Kami berhenti di simpang jalan yang ada papan tanda menunjukkan arah Sinurambi Tambunan Viewing Point. Tidak ada capaian internet di kawasan ini. Kam meneruskan perjalanan, tetapi Encik Suami kata lebih baik patah balik dan teruskan perjalanan ke Keningau. Kata Encik Suami lagi, kenderaan yang kami naiki kurang sesuai untuk melalui jalan ke menara Sinurambi.
Dalam bahasa Dusun, sinurambi membawa maksud amat mempesonakan. Dicadangkan agar datang ke seni pada awal pagi atau waktu senja untuk melihat panorama indah daerah Tambunan dari menara.
1 comments
Perjalanan ke hotel menarik dengan view kampung. Hotel pun nampak luas, bersih dan selesa.
BalasPadam