Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
10:04 PGGee, salah seorang ahli rombongan kami kata, sejak tahun 1992 keluar dari Maktab Keningau, belum pernah lagi jejakkan kaki ke sini. Maktab Perguruan Keningau sudah bertukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Jadi, sebaik sahaja selesai bersarapan kami pun menuju ke IPG Kampus Keningau yang terletak di Bukit Langsat. Katanya, dahulu banyak pokok langsat di sini. Untuk sampai ke IPG Kampus Keningau ini, kami bertolak dari bandar Keningau melalui Jalan Tawau - Keningau. Kampus ini dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada 1984 dan dirasmikan oleh bekas Menteri Pendidikan Malaysia, DatukSeri Anwar Ibrahim pada tahun 1988.
Tentu banyak kenangan manis Gee sepanjang tempoh berada di sini.
3 comments
Seronok melawat tmpt belajar...tentu byk kenangan Gee di sini..
BalasPadamSeronok dapat pergi tempat yang banyak meninggalkan kenangan. Pengunjung boleh masuk ye kak.
BalasPadamTempat adik2 saya belajar dulu... :) Syok jg melawat sana.
BalasPadam