Ziarah Kematian Bapa Agnes di Tambunan
2:57 PTGKenapa tiba-tiba memisahkan diri dari menyertai lawatan di sekitar Keningau? Kami menziarahi rakan baik Amie di Tambunan, kerana kematian bapanya.
Agnes Edward Ujin, keturunan Kadazan-Dusun ialah rakan baik Amie sepanjang pengajian selama 4 tahun di UM. Menyedari Agnes (Amie panggil Anis) semakin menyepi di media sosial, Amie pun cuba menghubunginya pada awal Januari 2020. Antara mesej Amie pada 5 Januari 2020 berbunyi begini:
Hi Anis. Lama tidak dengar berita kamu. Apa yang terjadi? Macam ada sesuatu yang berlaku. Boleh saya tahu?
20 Mei 2020, barulah Anis balas mesej yang Amie hanya dapat buka dan baca pada 9 Ogos 2020.
Sorry ah.... baru aktif balik FB (disertai dengan emoji tangis). My hubby meninggal pada 15/12/2019 sebab kanser perut.
So sorry Anis. Moga Anis terus tabah menempuh ujian hidup ini. Sayang selalu dariku.
Tq atas kasih sayangmu. Sorry lama tiada khabar. Jumaat malam bapa saya kena serangan jantung. Sekarang di Hospital Keningau, tapi tak boleh dekat. Cuma mampu tengok dari jauh. Tiap malam kami bergilir-gilir menjenguk hanya melihat tanpa dapat sentuh. Doakan kesembuhan bapa ya.
Barangkali kekangan masa sibuk mengurus bapanya di hospital, Anis tidak begitu rancak bersembang seperti selalu. Sehinggalah Amie sampai ke Keningau, dan pada pukul 6 pagi 21 Ogos 2020 Amie cuba mesej Anis semula.
Anis, kelmarin saya sampai Tambunan. Bermalam di Keningau. Kamu di mana? Kalau ada kesempatan mau aku jumpa sama kamu.
Hai Sal (panggilan Anis untuk Amie), saya di Tambunan. Hari ini pengkebumian bapa kami, jam 11 pagi.
Takziah Anis.
Terima kasih sahabatku. Saya rindu betul mau jumpa Sal.
Sekarang di mana?
Sini, Kampung Tanaki, Tambunan.
Amie beritahu Encik Suami tentang kematian bapa Anis. Encik Suami kata, marilah kita pergi ziarah.
Amie telefon Anis, bertanya serba sedikit tentang adat dan pantang larang kematian dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Kata Anis, tidak ada pantang larang. Boleh datang ziarah. Jangan lupa, sarapan dahulu, katanya. Pengkebumian jam 11 pagi.
Akhirnya sampai juga ke rumah keluarga Anis setelah tersalah lorong. Aduhai! Terlupa SOP. Anis menerpa dan terus memeluk sebaik sahaja Amie tiba di halaman rumahnya. Sedih rasanya dengar tangisan Anis. Kakak ipar Anis menemani kami duduk di bawah khemah sementara Anis bersama ahli keluarganya menguruskan upacara kematian bapanya di dalam rumah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
5 comments
Takziah, semoga Anis tabah..kehilangan 2 insan tersayang dlm masa 2 tahun..
BalasPadamRezeki menjengah sahabat disaat kesedihan..
BalasPadamA friend indeed.
Dia yang mengetahui dan merancang perjalanan kita.
BalasPadamSemoga Anis cekal, kuat dan tabah menghadapi dugaan ini
BalasPadamTakziah. Semoga keluarga tabah atas kehilangan insan tersayang.
BalasPadam