Yit Foh Coffee Cottage Tenom
9:12 PTGTepat pukul 5 petang kami tiba di pintu pagar Yit Foh Coffee Park. Tempat ini letaknya di KM3, Jalan Tenom-Sapong, Kampung Chinta Mata, Tenom.
Istimewanya tempat penginapan ini disediakan oleh Kilang Kopi Yit Foh untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.
Kami telah menempah bilik penginapan 3 bintang ini lebih awal, dan nampaknya Amie kurang bernasib baik kerana tidak dapat menyewa bilik yang mempunyai dua katil sebab bilangannya terhad. Hanya Kam bersama ahli keluarganya yang bertuah dapat bermalam di bilik dua katil, manakala kami yang lain menginap di cottage berkatil saiz king. Syukurlah ahli kumpulan kami semuanya dapat menginap di sini. Jumlah cottage yang ada pun sebenarnya tidaklah banyak.
5 comments
Memang cepat habis booking bilik dia Lebih-lebih lagi musim cuti. Belum kesempatan masuk lalu depan sahaja hehehe... Boleh tengok di sini.
BalasPadamAssalam Amie,cantik tempat ni.Si kecil comel tu dah pakai spek ye..
BalasPadambestnya kak, cantik betul cottage yang disediakan... walaupun comel tapi selesa... tengok bahagian luarnya pun macam suasana di kampung, mesti cantik bergambar... bangun pagi bau rumput basah bestnya...
BalasPadamwah..amie stay cottage kat Yit Foh..memang cantik sangat. Saya cuma bergambar2 di depannya je :D
BalasPadamSukanya tengok cottage comel comel di Sabah. Macam oversea dah nampaknya. Tenang betul suasana kat sini kan.
BalasPadam