Oleh-Oleh Tenom
6:32 PTGYit Foh Tenom Coffee merupakan salah satu pengeluar kopi terbesar dan terkenal di Sabah selain Fatt Choi Tenom Coffee. Kami bercadang untuk mengunjungi Fatt Choi Coffee Tenom selepas ini. Awal pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk daftar keluar. Oleh kerana restoran dibuka pada pukul 10 pagi, jadi kami meneruskan perjalanan ke pekan untuk bersarapan kemudian ke Fatt Choi Coffee Tenom pula.
Replika buah kopi di pekan Tenom. Orang kata kalau datang ke Tenom tak bawa pulang kopi Tenom, memang tak lengkaplah kunjungan ke sini. Sewaktu kami tinggalkan Yit Foh Coffee Tenom, kedai tempat menjual kopi belum dibuka.
Sempat bergambar ramai di Yit Foh Coffee Tenom. Kam dan keluarganya awal pagi lagi telah meninggalkan tempat ini. Katanya hendak ke Bukit Kokol di Menggatal.
6 comments
Teringat kenangan saya ke sana tahun lepas 😀
BalasPadamSaya cuma ke Yit Foh, Fatt Choi tak pergi sebab takmo tambah kos sewa teksi.
Masa ke sana tak perasan pulak ada musang king coffee tu. Macam mana rasanya ya..
Macam manalah rasa kopi durian MK tu ek
BalasPadamada pelbagai jenis kopi ya. Ros memang suka minum kopi. kalau dapat ke sana, rambang matalah memilih kopi...
BalasPadamwahh..mcm2 ada..kopi, teh & cereal...
BalasPadamFirst time tengok yg ada geng white coffee dengan musang King.
BalasPadamKalau datang ke Tenom nak try lah Kopi Tenom ni. Penggemar kopi should try :)
BalasPadam