Tenom - Kundasang : Singgah Makan Tengahari di Keningau
11:39 PGSelamat Jalan dan Jumpa Lagi. Kami tinggalkan pekan Tenom, dan berhenti di Keningau untuk makan tengahari. Kalau nak makan di Kundasang, lama lagi nak sampai.
Fairuz nak makan di Rockfire Cafe. Katanya nak makan lamb chop lagi. Isshhh... budak ini hari-hari nak makan lamb chop pula! Sebelum ke Tenom sudah makan lamb chop di Rockfire Cafe. Di Tenom pun makan lamb chop juga di Kafe Robusta. Tak bosankah makan lamb chop dik?
Jom kita singgah Mekdi.... alamak! Waktu ini papan tanda 'Mekdi' baru dipaparkan di 16 buah restoran terpilih di seluruh negara. Kita gunakan perkataan McDonald sajalah.
Bismillah.
Nampak berselera betul Firdaus makan ayam goreng.
Lupakan dulu lamb chop tu Fairuz!
Makanlah apa yang ada.
Amie dan Encik Suami pilih Big Mac. Suka sangat kepingan burger daging dan roti ban bijan yang lembut tu.
Kami beli juga Nasi Lemak McD Rendang Ayam. Oleh kerana nasi lemak di dalam kotak, jadi nak ambil gambar pun tak berapa nak lawalah pulak.... ahaks! Pinjam gambar Nasi Lemak McD Rendang Ayam sajalah. Nasi lemak ini kami bungkus bawa masuk dalam kereta. Mana tahu nanti rasa lapar di tengah jalan, bolehlah makan.
Dan beli juga sepotong kek red velvet. Juga bawa masuk kereta.
Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami teruskan perjalanan dari Keningau ke Tambunan dan terus ke Ranau.
Cuaca sedang eloknya, dan pemandangan hijau di sana-sini membuatkan mata cepat tertutup!
Sempat jugalah tangkap beberapa keping gambar sawah padi ketika melewati daerah Tambunan.
Akhirnya mata pun terlelap, dan terjaga semula ketika kereta sedang menghampiri pekan Ranau.
Perut pun seakan-akan minta diisi lagi. Minta kotak nasi lemak dari Fairuz. Jawab Fairuz : Habis dah saya makan.
Ooooh! Marilah tu kotak kek.
Jawab Fairuz lagi : Kek pun habis dan saya makan!
Laaaa..... tunjuk perasaan tak dapat makan lamb chopkah dik?
Haaaa...haaaaaa...haaaaa!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
2 comments
suka tengok firdaus makan, berselera je budak kecik tu makan ye kak...
BalasPadamsi abangnya pulak tak habis2 dengan lamb chop, peminat no 1
sepatutnya akak beli lebih untuk makan dalam kereta hehehe... yelah makan ayam goreng je mana lah kenyang kak... itu dia bedal kek dengan nasi lemak tu heheheh
Cantiknya sawah pagi menghijau. amboi firdaus. Dia punya gaya boleh buat model iklan tu :)
BalasPadam