Makan Tengah Hari di Rockfire Cafe Keningau
9:28 PTGSekali lagi kami singgah di Rockfire Cafe untuk makan tengahari pula.
Sebelum ini kami telah datang sebelah malamnya untuk menikmati makan malam di sini: Buffet Grill Steamboat - Rockfire Cafe Keningau.
Memang sangat puas hati dengan layanan, hidangan dan harga makanan di sini. Agaknya kalau Rockfire Cafe ini dekat dengan rumah kami, barangkali sering akan berkunjung ke sini. Patutlah Siti Nor Zaharah terus berikan cadangan supaya makan di sini.
Walaupun nama kafe ini ala-ala kebaratan, tetapi hidangan yang ditawarkan bervariasi dari hidangan tempatan, Jepun, Korean, western dan banyak lagi. Kalau boleh nak cuba setiap menu yang ditawarkan. Moga ada kesempatan untuk berkunjung lagi ke Keningau, dan boleh menikmati pelbagai menu di kafe ini.
Firdaus memilih Mushroom Chicken Nacho Pizza. Memang tekak keju betul budak satu ini!
Seronok sangatlah dia menunggu pizzanya datang ke meja!
Minuman yang dipesan sampai ke meja kami. Milo Volcano d belakang sana itu, Firdaus punya. Encik Suami berminat pula dengan Thai Green Tea Latte. Fairuz memesan Thai Red Tea. Yang di hadapan sekali Amie punya, Mangi Magis Smoothies.
Hidangan makanan pertama sampai ialah Fish Fillet Soup pilihan Amie. Sekali hirup kuahnya, rasanya cukuplah makan nasi putih dengan sup ini sahaja! Sangat sedap! Isi ikan yang digunakan ialah isi ikan siakap. Encik Suami dan Fairuz ikut tolong hirup kuah sup ini sampai habis!
Kemudian datang pula Nasi Ayam Penyet. Tak lain tak bukan kalau jenis-jenis penyet memang menu kegemaran Fairuz!
Rupanya Fairuz memesan Lamb Chop!
Kenyanglah dia makan sekali harung dengan Nasi Ayam Penyet! Sebelah malamnya dia tak mahu makan kerana katanya masih kenyang!
Sedaplah pula kepingan lamb chop yang lembut ini bila dicecah dengan coleslow!
Kita pun tolong Fairuz makan juag...hiks!
Inilah Mushroom Chicken Nacho Pizza yang dipilih Firdaus. Saiznya kecil sahaja dengan harga RM9.90sen.
Moga budak cilik peminat pizza ini kenyang!
Dan akhir sekali, sampailah ABC Ice yang kami nikmati bersama-sama secara santai di akhir aktiviti makan-makan... ahaks!
Jangan lupa singgah makan di Rockfire Cafe sekiranya berkunjung ke Keningau ya!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
4 comments
perghh..boleh jd model pizza Rockfire ni...telan ailio tgk cheese tu..
BalasPadamWahhh nanti kalau kesempatan ke Keningau bolehlah singgah cuba.
BalasPadamSeronok tengok pizza tu.. bukan main panjang cheese dia tarik.. nyummy!! Makanan lain pun semua nampak sedap2 belaka!!
BalasPadamwah singgah lagi cafe ni. Menu kalini pun boleh tahan nampak sedapnya tu.
BalasPadam