Kundasang Shelfies Corner
9:05 PTGLalu lalang, keluar masuk dari dan ke Pekan Kundasang, selalu terpandang Kundasang Shelfies Corner di tepi jalan berhampiran gerai buah-buahan. Sewaktu kami menginap di homestay selama 3 malam pada bulan Julai lepas, kami hanya memandang-mandang sahaja. Lalu lintas selalu sesak, dan tidak terfikir untuk berhenti di situ untuk mengambil gambar.
Sewaktu kami dalam perjalanan untuk pulang ke Lahad Datu pada pukul 8 pagi, 24 Ogos 2020 lepas, suasana di Kundasang Shelfies Corner agak lengang. Mungkin ketika itu masih awal pagi, dan belum ramai pengunjung yang datang. Oleh kerana kami akan singgah juga di gerai buah-buahan dan sayuran, jadi kami peruntukkan sedikit masa untuk ke Kundasang Shelfies Corner. Seperti biasa, Fairuz lebih suka untuk tidak menyertai kami. Duduklah dia seorang diri di dalam kereta sambil mendengar lagu-lagu kegemarannya.
Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3 seorang dan tidak boleh berada di situ lebih dari 10 minit untuk mengambil gambar.
4 comments
Lama tidak pergi Kundasang.
BalasPadamMakin cantik.
Cantik tempatnya. Bab bayaran okay lagi. Tapi ada limit masa tu macam tak best pulak kan. Kena cepat cepat posing dan snap gitu. Pergi waktu tak ramai orang okaylah kan.
BalasPadamNA,
BalasPadammari datang lagi ke Kundasang.
Azhafizah,
BalasPadamya, 10 minit saja boleh berada di situ. Time ramai orang memang kami tak singgah, sesak!