Makan Tengahari di Iman Cafe Tenom
9:41 PGPerut memang sudah lama berkeroncong sejak dari Taman Pertanian Sabah. Naik gerabak kereta untuk mula mengelilingi taman pun sudah lewat jam 12 tengahari. Lebih kurang pukul 1 tengahari kami bertolak ke bandar meninggalkan Taman Pertanian Sabah. Pusing-pusing seketika mencari tempat makan seperti yang sudah kami rancang, iaitu Iman Cafe. Sepanjang perjalanan kami, emua tempat makan yang akan kami kunjungi, diperoleh dari FB. Kadang-kadang masuk saja apabila terpandang kedai makan, yang penting halal.
Setibanya di Iman Cafe, kelihatan ruang makan dipenuhi pelanggan. Kawan-kawan satu van dapat tempat duduk di luar cafe. Kam bersama keluarganya mencari kedai makan lain kerana katanya, di sini sudah penuh pelanggan. Amie bersama keluarga dapat tempat duduk di bahagian dalam cafe. Kebanyakan lauk-pauk untuk nasi campur sudah hampir habis. Boleh pesan makanan panas yang berkuah atau bergoreng.
Fairuz memesan mee hoon sup daging.
Amie pula meminta nasi goreng ikan masin.
Amie ambil lauk tambah sosej, udang ball dan seekor ikan goreng.
Firdaus tak mahu pesan apa-apa makanan. Apabila Encik Suami makan nasi goreng Pattaya, dia minta disuapkan pula.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
7 comments
manja betul si kecik tu ye kak... kotla dia dah penat tu takde selera nak makan tapi nampak sedap nasi goreng pataya ayahnya tu
BalasPadammeehoon sup daging tu nampak sedap!!!
BalasPadamhehe comel ye si kecik.. kata tanak makan tapi minta suap pula. mesti bau nasi goreng pataya tu menggoda kannnn
Sukanya tengok si Firdaus makan... mesti sedap nasi goreng tu.
BalasPadamMcm peel anak kedua saya dulu...time org oder beriya2 tak nak,tak mau mkn..siap nangis2 lg bila dipaksa...bila semua org dh dpt makanan ..tetiba pulak dia nak...geram betul
BalasPadamKedai ni corner lot ke Kak Amie?
BalasPadamNama dia familiar macam Restoran kami selalu singgah makan dari KK Ke Kampung Ulu Tomani nak ke bendang padi buat kerjalapangan.
Tukang Kebun,
BalasPadamya letaknya lot corner
menyelerakan pesanan firdaus mee hon sup tu kak amie. Cepat kenyang makan hidangan berkuah ni.
BalasPadam