Buah Bundu @ Belunu @ Binjai, Bambangan & Durian Merah
11:07 PGCatatan perjalanan terakhir Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang - Lahad Datu. Dalam perjalanan dari Sabah Tea ke Telupid, kami singgah di gerai buah-buahan di tepi jalan.
Sempat beli buah bundu (sebutan dalam bahasa Dusun) atau belunu. Biasanya kita sebut binjai.Harganya RM8.00 sekilogram.
Bau buah bundu @ belunu ini memang sama dengan buah binjai. Pada mulanya Amie sangkakan rasanya lebih masam dari manis, tetapi rupanya lebih manis dari rasa masam pula! Pada mulanya nak buat sambal tetapi disebabkan rasanya yang sedap lemak manis, akhirnya Amie makan begitu saja! Apabila Amie tanya Pak Google, rupanya bundu @ belunu @ binjai di Sabah memang rasanya lebih manis berbanding binjai kita di Malaya.
Oleh kerana sudah beli buah bambangan di Tenom, jadi pandang sahaja buah bambangan di sini. Harga buah bambangan di gerai ini lebih murah berbanding harga buah bambangan di Kundasang.
Beli juga buah manggis.
Kemudian kami meneruskan perjalanan dan sekiranya ada gerai durian merah, kami akan singgah.
Kami singgah di sebuah gerai durian merah. Nampaknya durian merah baru sampai, dan banyak yang belum merekah. Untuk membeli durian merah, sebaiknya beli yang sudah merekah sebab isinya sudah matang atau masak seperti gambar di bawah.
Harga sekilogram durian merah ini RM30.00. Kami beli longgok yang harga Rm30 dan Rm45. Tak banyak pun isinya bila dibuat sambal.
Ini gambar durian merah dari entri yang lepas.
Isi durian merah ini cantik.
Rasanya tidak manis seperti durian biasa, lemak-lemak gitu.
Tidak ada bau durian.
Biasanya dibuat sambal.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
15 comments
saya tak pernah rasa lagi durian isi merah tu, harap ada rezeki untuk rasa nanti hehe
BalasPadammenariknya durian merah tu, teringin nak rasa...
BalasPadamSedapnya buah-buahan tempatan. Tak pernah lagi rasa durian merah tu. Nampak sedap
BalasPadamYe tmpt CH panggil binjai.. sedap buat sambal 😋
BalasPadambinjai tu sini memang masam macam apa kak... tak boleh bawak bincang... durian merah tu tak rasa manis yek, pttla ada kawn dari sabah tak reti makan durian biasa sebab bau kuat... dia biasa makan durian merah katanya
BalasPadamKat sini musim buah2an dah berakhir.
BalasPadamSyaz Rahim,
BalasPadamdurian merah ni hanya ada rasa lemak tanpa bau. Boleh dibuat sambal. Saya biasa masak dengan nasi goreng dan mee hoon goreng sebab nakwarnanya yang merah tu.
Nohas,
BalasPadamdulu orang panggil durian hutan, ada yang panggil durian nisa, dan durian hantu. Setakat ini hanya ada di Borneo khususnya Sabah, Sarawak dan Brunei dan juga di Kalimantan.
Eina Md Ali,
BalasPadamdatanglah ke Borneo, kalau musim durian biasa tu, adalah durian merah berbuah.
CH,
BalasPadamye betul buah binjai, cuma bezanya binjai Sabah lebih manis pula.
Norhidana,
BalasPadamkan... memang binjai Malaya agak masam, dan memang selalu jumpa yang masam pun. Itulah hairan, binjai Sabah manis pulak! Lain kali kalau jumpa nak beli lebih, nak makan gitu jew. Sedap!
Warisan petani,
BalasPadammusim buah di sini selepas penghujung musim buah di Malaya Wak. Sekarang sudah sampai ke penghujungnya.
Cantik warna buah durian merah tu. Tak pernah makan buah Bundu @Belunu @Binjai, Bambangan & Durian Merah tu kak
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamBuah belunu tu memang saya tak berapa nak makan kalu jumpa di Malaya srbsb masam. Buat sambal jew. Belunu di Sabah ni manislah pulak!
Wahhhh...
BalasPadamNak tengok buah binjai/ belunu tapi dah sampai sini....merata pula berjalannya ke sana....sini....macam lawatan ke Sabah pulak