Pokok Peluru Meriam - Cannonball Tree
8:58 PTGMari berkenalan denga pokok peluru meriam atau disebut juga dengan nama cannonball tree. Amie jumpa pokok ini semasa lawatan di Taman Pertanian Sabah di Tenom.
Sekarang musim kering, daun-daunnya berguguran dan dapat dilihat dengan jelas buahnya yang berat dan besar berwarna coklat bulat seperti butiran peluru. Itulah sebabnya dinamakan pokok peluru meriam!
Pokok peluru meriam ini mempunyai bunga yang besar, cantik dan mempunyau bau yang menarik perhatian serangga untuk membuat proses pendebungaan. Warnanya sangat memikat dengan kombinasi jingga, merah dan merah jambu. Sempat tangkap gambar bunganya tapi tak jelaslah pulak!
Pokok peluru meriam ini berasal dari Amerika Selatan dan banyak ditanam di taman-taman botani di kawasan tropika.
Awas! Pokok ini merupakan tumbuhan beracun!
Unik betul pokok peluru meriam ini. Ranting-rantingnya menjulur ke bawah dan dipenuhi dengan buahnya yang bergantungan.
Buah yang keras bulat ini bergaris pusat antara 15 hingga 24 cm.
Sebatang pokok peluru meriam boleh menghasilkan sebanyak 200-300 biji setiap pokok!
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
4 comments
Sayang buahnya tak boleh dimakan
BalasPadamHanya boleh dipandang
kak ana pernah jumpa gak pokok ni kat Ipoh, memang pelik sangat kan ada bunga warna merah kalau tak silap kak ana bau dia tak begitu menyenangkan hehe :)
BalasPadammenarik pokoknya...x pernah tgk lagi...
BalasPadambesar betul buahnya tu. Tak sangka pulak buahnya beracun.
BalasPadam