Taman Banjaran Crocker - Rabbit Farm - Keningau View

4:22 PTG

 Taman Banjaran Crocker Keningau? Kami hanya singgah sahaja di 'halaman'nya.

Banjaran Croaker yang merupakan banjaran gunung tertinggi di Pulau Borneo ini memisahkan antara pantai timur dan pantai barat Sabah. Ketinggiannya mencapai 1,800 meter. Ia merupakan hutan simpan di bawah Jabatan Perhutanan Sabah pada 1969 dan diwartakan pada tahun 1984. Bermula pada tahun 2002, hutan simpan ini diletakkan di bawah program Pemeliharaan Ekosistem dan Diodiversiti Borneo. Keluasan Taman Banjaran Crocker ini sekitar 110 kilometer panjang dan 15 kilometer lebar. Kawasan ini merupakan rabung dilitupi hutan ang mengunjur dari Gunung Kinabalu sehingga sempadan Sarawak.


Bersebelahan dengan Pejabat TamanBanjaran Crocker  Keningau terdapat sebatang jambatan dan sebuah pondok kecil.

Di belakang pondok kecil itu pula ada air terjun kecil yang mengalir dari puncak!

Duduk seketika di sini, terasa seperti berada di tengah hutan! Bunyi-bunyian pelbagai suara serangga jelas kedengaran. Menoleh ke bahagian atas, ada air terjun kecil yang mengalir  sambung menyambung hingga ke bahagian bawah, dengan suasana redup dan agak gelap. Memang nampak hutan sungguh!


Di belakang sanun, di balik jurai-jurai tumbuhan hutan, air terjun kecil sedang mengalir melepasi batu-batuan gunung.

Ia nampak semula jadi, tidak terusik!

Melihat dedaun hijau bekas gigitan serangga, jelas menunjukkan flora dan fauna di sini hidup harmoni dan saling menyokong di antara satu sama lain. Jika berminat untuk beraktiviti sambil menikmati alam semula jadi di sini, rajin-rajinlah bertanya Pak Google...ahaks!

Jom, patah balik ke arah Keningau. Kalau sebelum sampai ke sini kita kena tekan minyak untuk sampai ke aras yang lebih tinggi, turunnya pula kita relaks saja!
Dengar ceritanya, kawan-kawan yang lain sedang berada di Ladang Ternakan Tenusu di Ladang Eco Yap, Kampung Bomboi, Keningau.

Kami singgah di Keningau View Restoran, tapi bukan untuk makan. Kami ingin memenuhi kehendak Firdaus untuk melihat arnab. Daftar masuk dan bayaran dilakukan di restoran.

                         

Bila anak gembira, kami pun turut bahagia!

Siang malam dia sebut : Nak tengok arnab. Nak cari arnab!

Sekarang sudah dapat banyak arnab kan?

Walaupun hari sudah menjelang petang, tapi panas matahari terus membakar kulit!


Biarlah Firdaus puas bermain dengan arnab sambil memberikan makanan. Nampaknya dari tanah lapang sehingga ke bawah pokok cempedak, arnab-arnab tersebut terus mengekori Firdaus yang membawa makanan.




Ada sepokok cempedak di hujung taman arnab. Lebat sungguh pokok cempedak ini berbuah!

                          


Di sebelahnya pula ada menara tinjau. Bolehlah naik ke sini untuk melihat pemandangan Keningau.


Beginilah pemandangan sekitar dari menara tinjau itu.

Marilah kita pulang. Matahari pun sudang agak condong menuju ke peraduannya.

Ucapkan selamat tinggal kepada arnab-arnab yang jinak itu!


Jumpa lagi.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

4 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe