Makan Sate di Restoran Rahmat Keningau
5:37 PTGTempat makan sate ini pun cadangan Siti Nor Zaharah juga. Baca di FB, katanya sate ada di Restoran Rahmat 2. Maknanya ada dua Restoran Rahmat di Keningau ini. Agaknya ler..... ahaks! Sekembalinya kami dari Arnab Farm, terus singgah sini sebelum balik hotel. Kena tunggu giliran, sebab restoran penuh. Tak lama kemudian, kami dapat tempat.
Fairuz kata dia tak mahu makan sebab perut masih kenyang penuh dengan ayam penyet dan lamb chop di Rockfire Cafe tengahari tadi. Jadi kami hanya memesan 10 cucuk sate kambing dan 10 cucuk sate ayam.
Sedap rasa sate di sini, terutama sate kambing.... ahaks! Maklumlah dah biasa dengan rasa sate ayam, tentulah sate kambing lebih dapat perhatian!
Firdaus dengan wajah keletihan! Kejap lagi kita balik hotel ye dik. Makan dulu.
Kita makan roti sarang burung.
Bukan sate saja yang sedap. Roti sarang burung pun tak kurang lazatnya!
Encik Suami dengan roti telurnya. Kami semua memesan minuman panas. Hidangan kami ini merangkap minum petang dan makan malam. Oleh kerana banyak tempat makan halal di Keningau, tidaklah risau kalau malam nanti terasa lapar, bolehlah ronda-ronda cari makan... ahaks!
Tidak banyak cakap, dan selepas solat Firdaus terus tertidur!
Keesokan paginya kami check out hotel.
Sekali lagi kami ke Restoran Rahmat. Kata kawan-kawan yang lain, mereka akan berkumpul di sini pada pukul 8 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Tenom. Encik Suami turunkan Amie, Fairuz dan Firdaus di sini. Katanya, dia hendak isi minyak dan cari tempat letak kereta. Jadi, Amie pun bawa budak berdua ini bersarapan. Firdaus nak makan nasi kuning. Fairuz pula nak makan nasi lemak, tapi pelayan restoran kata nasi lemak tidak ada. Yang ada nasi kuning lauk sama macam nasi lemak.
Nasi kuning Firdaus.
Nasi lemak kuning Fairuz.
Sambil menemani anak-anak bersarapan, kita pun tak lepas peluang cuba mee hoon sup urat! Tak lama kemudian Encik Suami pun sampai. Makanlah kami mee hoon sup urat ini bersama. Tak larat nak habiskan sebab sudah isi perut dengan nasi lemak comel di Sento Hotel.
Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:
27. Oleh-Oleh Tenom
5 comments
Pertama kali dengar nama roti sarang burung... Kira macam roti kosong letak 2 telur separuh masak ek?
BalasPadamroti sarang burung ini dah makin terkenal ye kak... dana je tak try lagi
BalasPadammenawan sate tu nampak besar jugak... dana sate memang tak tolak
memang betul-betul keletihan firdaus tu, tengok mata tu mcm nk lelap dah hehehe
Sedapnya sate. Tapi tak makan pulak sate kambing sebab tak makan kambing. Menarik juga nasi lemak kuning tu pengganti nasi lemak. Makan makanan berkuah memang cepat kenyang kan. Kadang tu tak larat nak habiskan juga
BalasPadamSate tengok memang tahu sedap tu peram ori.
BalasPadamSebab kekadang di pasar peram sate pun warna merah semacam macam guna perencah peram instant.
sedap satay kak amie..lama shida xmkn satay..
BalasPadamlast rasanya bbrapa bulan yg lepas..sblm pkp gamaknya..