Tambah Ilmu Melawat Muzium Warisan Keningau

12:38 PTG

Keningau : bandar kelima terbesar di Sabah. Mendapat nama dari perkampungan yang ditumbuhi pokok kayu manis yang dipanggil kayu kondingau. Kedatangan Inggeris ke daerah ini menjadikan kayu manis sebagai satu bahan eksport utama. Itulah Keningau, sebuah kampung yang akhirnya menjadi bandar! Jom melawat Muzium Warisan Keningau di Taman Mahathir. Mudah sangat untuk sampai ke sana sebab hanya dengan sentuhan di hujung jari, dapatlah lokasi yang hendak dituju. Marilah tambah-tambah ilmu pengetahuan di sini. Banyak khazanah warisan menarik di Keningau yang sinonim dengan penduduknya yang terdiri daripada masyarakat Kadazan - Dusun dan  Murut.

Berpusing-pusinglah kami mengikut belakang van untuk sampai ke Muzium Warisan Keningau mengelilingi Taman Mahathir! Suasananya nampak tenang dengan pelbagai jenis pohon tumbuh rimbun di sepanjang jalan.


Mari tinggalkan jejak di sini dengan mencatat nama dan tanda tangan.



Kami memasuki ruang Pameran Legasi Foto Keningau.

Mari berkenalan dengan Saudin.

Saudin dikatakan orang pertama dari suku Murut  menjejak kaki buat kali pertamanya ke New York. Kisah hidupnya diceritakan dalam buku Land Below The Wind yang ditulis oleh Agnes Newton Keith. Amie beli buku ini sewaktu melawat ke Muzium Negeri Sabah beberapa tahun lalu tetapi tak habis baca! Rupanya kisah Saudin ada tercatat di dalamnya!

Dalam senarai lawatan kami, ada tercatat lawatan ke rumah OKK Sedomon. Sayangnya rumah OKK Sedomon sudah ditutup! Nak tahu juga sejarah dan sumbangan OKK Sedomon semasa hayatnya. Nampaknya kenalah rajin-rajin bertanya Pak Google nanti.



Tajau atau tempayan memang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun dan juga Murut. Menurut Rosneh (rakan Amie dari Pensiangan), selain sebagai barang hantaran dalam perkahwinan, tajau digunakan untuk menyimpan mayat yang dipanggil bangkalan. Perubahan zaman, sedikit-demi sedikit adat  bangkalan ini semakin pupus.



Jom kita saksikan gambar sumpitan gergasi.

Secara tradisinya, sumpitan digunakan untuk memburu dan berperang.


Mari kita tambah ilmu pengetahuan yang terpapar di ruang galeri ini

Gambar di atas menunjukkan Osa dan Martin Johnson di atas kapal mereka dalam perjalanan balik ke Amerika setelah hampir setahun melakukan ekspedisi di Kinabatangan (1935-1936).

Ini pula, Saudin yang menjaga haiwan untuk Johnsons dan Osa Johnson dalam perjalanan ke New York pada tahun 1936.

Martin dan Osa Johnson, penjelajah dan pengembara yang telah membuat dua ekspedisi di Kinabatangan pada tahun 1920 dan 1935.


Gambar di atas menunjukkan orang Murut pertama menjejakkan kaki ke New York.

Gambar paling hujung: Arusap bersama isteri dan anak (1951).

Gambar tengah: Saudin bin Labatao.

Gambar ketiga: Layau, Arusap dan Saudin.




Selepas melawat Pameran Legasi Foto Keningau, kami sambung belajar di sini pula.

The Oath Stone (Batu Sumpah).

Batu Sumpah ini dibina bagi memperingati tempoh Jajahan Mahkota British di Borneo Utara bergabung bersama Sarawak dan negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.

Memandangkan jam sudah menunjukkan angka 10 pagi, Amie terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang naik ke tingkat atas muzium. Kami berpisah buat seketika kerana ada urusan lain di Tambunan dan berjumpa semula pada keesokan pagi.

Dari bandar Keningau, kami berpatah balik sejauh 49 km ke Tambunan.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

4 comments

  1. seronok melawat muzium tambah info2 kan yg kita tak tahu

    BalasPadam
  2. Sarat dgn ilmu & sejarah tempatan...glamer Saudin..

    BalasPadam
  3. Lama tak pergi Keningau, bikin rindu la.

    BalasPadam
  4. Sesekali ke Muzium pun seronok juga tambah ilmu sejarah kan :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe