Sup Kuey Teow Ikan

6:20 PTG

Pagi tadi keluar dengan Encik Suami cari barang dapur.  Dalam perjalanan pulang, Encik Suami kata badannya rasa kurang sihat. Katanya lagi, hari ini dia mahu makan masakan sup.  dia tak mahu makan nasi. Amie kata, nak makan mee hoon sup ke?  Tapi rasa bosanlah pula sebab setiap hari ikutkan selera Abang Farid, mesti ada ayam.  Kata Encik Suami, dia pernah makan mee hoon sup ikan. Ikan itu pula digoreng, dan ada sayur masin. Amie kata, nantilah kita masak.  Kalau tak ada mee hoon, guna kuey teow pun boleh, kata Encik Suami.

Sampai di rumah, Fairuz sudah menunggu di pintu. Katanya : Mommy, saya lapar! Abang Farid dengan Daus habiskan cucur udang!

Kita sahut: Baguslah! Lain kali bangun lewat lagi.

Fairuz tersengih-sengih. Bertanya lagi: Mommy masak apa hari ini?

Kita sahut lagi : Mari tolong Mommy masak. Tolong kemas meja makan.

Apabila ada yang membantu kerja-kerja dapur, ringanlah sedikit beban. Amie suruh Fairuz kemaskan meja makan, dan sediakan pinggan mangkuk, sudu dan garfu. Sementara itu Amie terus bersihkan isi ikan, hiris tipis dan gaul dengan adunan tepung untuk goreng rangup. Untuk menyediakan Sup Kuey Teow Ikan ini tidak banyak kerja sebenarnya. hanya perlu goreng ikan, dan masak sup sahaja. Supnya pula, Amie rebus fish ball, bubuh bawang putih, halia dan lada putih tumbuk serta sayur sawi. Kuey teow dibilas dan ditoskan. Kisar cili padi dan bawang putih, tuang kicap lemak manis dan perahkan jus limau kasturi. Aksesori lain, hanya hiriskan lobak manis batang (jeruk), sayur masin, daun sup dan belah limau kasturi. Amie tidak buat bawang goreng, sebaliknya gunakan bawang goreng dalam paket.

Fairuz susun pinggan mangkuk seperti gaya meja makan waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan! Suka  hati kamulah ... lepas makan jangan lupa kemas meja dan cuci pinggan mangkuk.

Abang Farid pula asyik jenguk beberapa kali ke dapur, tanya Mommy masak apa tu? Ikan ke ayam? Raja ikan entah di mana pula perginya. Nanti, dah siap hidangan di dapur, tiba-tiba raja ikan muncul. Memang kuat betul deria baunya, tahu pula kalau orang di dapur sudah siap masak.

Oleh kerana Fairuz sudah tertunggu-tunggu untuk makan, tak sampai hatilah pula untuk tangkap gambar satu persatu dan hidangan lengkap semangkuk Sup Kuey Teow Ikan.


Terima kasih Fairuz  sebab tolong Mommy di dapur.



Inilah antara bahan hidangan Sup Key Teow Ikan kami hari ini. Amie tanya Encik Suami, beginikah hidangan yang dimaksudkannya. Betullah begini, katanya. Katanya, nanti dia akan bawa anak-anak makan mee hoon sup ikan di restoran.
Inilah isi ikan alu-alu / barracuda goreng salut tepung. isi ikan lain pun boleh seperti isi ikan tenggiri, ikan putih, ikan dori dan sebagainya.

Kuey teow.

Sup bebola ikan dengan sayur sawi.

Isi ikan goreng salut tepung ini paling laris!
Licin.

Gambar atas & bawah : lobak jeruk, sawi masin, limau kasturi, bawang goreng, daun sup & sambal kicap.

Mudah bukan untuk menyediakan Sup Kuey Teow Ikan?
Supnya ringkas sahaja, tidak perlu banyak bahan perencah, dan Amie tidak tumis terlebih dahulu.

Alhamdulillah, walaupun buat pertama kali masak Sup Kuey Teow Ikan dan pertama kali juga anak-anak makan tapi semuanya menambah berkali-kali ke dalam mangkuk masing-masing! Abang Farid pun tiga empat kali tambah ikan goreng!

7 comments

  1. ikan masak tepung , menarik sbb tak pernah makan lagi ni , nmpk sedappp

    BalasPadam
  2. Kreatif kak Amie. Dapat pulak pembantu yang rajin. Saya tak pernah makan macam ni. Kalau masak di rumah mesti Mak saya tanya dapat resepi dari mana. Haha

    BalasPadam
  3. Nampak sedap tu. Menarik & nampak healty..

    BalasPadam
  4. memang mudah nk sediakan tambah2 ada pembantu di dapur.. nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  5. Sedap tu kak amie masak sup style macam ni. banyak accesoriesnya. ikan alu alu goreng tu terasa kerangupan dan kesedapan dia. patutlah paling laku. Hidangan simple dengan accesories banyak bertambah selera makan. tambah pulak ada sambal kicap :)

    BalasPadam
  6. SEDAPNYE NAMPAK.. MEJA MAKAN PUN NMPAK CANTIK. TAMBAH SELERA MAKAN.. BOLEH SIS SHARE KAT MANA BELI LAPIK PINGGAN MAKAN TU YE? NICE TO SEE...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe