Kerak Nasi & Serunding Ikan : Kudapan Orang Cocos

6:11 PTG

Jumpa lagi. Hari ini gantung periuk lagi. Balik kerja terus bantu Firdaus siapkan kerja-kerja PDPR. Rakam suara, hantar hasil tugasan dan menyiapkan latihan subjek Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Agama Islam & Matematik. Hari ini menangislah pula Firdaus sebab dua jawapan salah untuk subjek Bahasa Arab. Aduhai sayang! Meleleh-leleh airmatanya. Sukar juga untuk budak kecil ini terima kenyataan, padahal 4 muka surat yang dijawab, hanya dua perkataan sahaja yang salah!

Tidak sedar hari sudah menjelang petang, dan masing-masing mencari makanan sendiri! Dah besar panjang, pandai-pandailah kalau nak hidup. Akhirnya setelah kekenyangan, semua putuskan, tak payahlah Mommy masak nasi. 

Wokey!

Jom sembang di dapur sambil menikmati minuman panas dan kunyah kerak dengan serunding ikan. 

Kerak dan serunding ikan.

Untuk cerita lanjut tentang kerak (orang Melayu Cocos sebut 'kerak' sahaja), bolehlah klik di sini: Serunding Ikan Versi Cocos. Amie copy paste ceritanya di bawah ini:

Kalau berkunjung ke kampung MIL, selalu Amie perhatikan MIL menyediakan bahan untuk serunding ikan. Katanya ada orang tempah kerak.
Kerak?
Ha.... kalau nak tahu, kerak merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Melayu Cocos.
Bukan sebarangan kerak, seperti kerak nasi yang tertinggal di dasar periuk!
Ini kerak buatan sendiri.
Amie pernah melihat sendiri MIL menyiapkan tempahan kerak.
Adeeehhhh..... tak sanggup rasanya melihat MIL menjaga api di bawah kuali menunggu kerak menjadi garing!
Sekarang, kalau nak makan kerak bolehlah beli di pasar. Carilah gerai orang Melayu Cocos. Nasib menyebelahi anda, adalah bungkusan kerak di situ bersama dengan serundingnya sekali.
Sebelum berkahwin dengan Encik Suami, pernah Amie bertanya kepada salah seorang rakan Melayu Cocos. Amie tanya apa makanan tradisonal orang Melayu Cocos.
Selamba saja dia jawab : Kerak.
Amie sangka kawan tu main-main!
Rupanya memang betul, kerak merupakan salah satu makanan tradisi mereka.
Dan sewaktu hayat MIL dan FIL masih ada, mereka selalu bercerita tentang barang-barang persiapan untuk dibawa membelah Lautan Hindi dari Pulau Cocos untuk sampai ke Borneo. Antaranya, termasuklah kerak!
Eh! Asyik cerita tentang kerak, macamlah kita pandai masak kerak!
Mari kita cerita tentang Serunding Ikan Versi Cocos.
Apa kaitannya dengan kerak?
Kerak lagi!
Kerak dimakan dengan serunding!
Oooooh....begitu ya!

Kerak (dipernuat daripada nasi yang dimasak lembik).

Serunding Ikan

Awas!
Kalau sudah termakan kerak dengan serunding ikan, akan timbul masalah susah untuk berhenti mengunyah!

18 comments

  1. Wah nampak macam keropok garing. Serondeng pun nampak sedap. Aaya pernah cuba masak kerak telur versi Indonesia guna beras pulut & serondeng kelapa. Memang mencabar kerana melekat teruks didasar kuali🤭🤭🤭 tapi rasa dia sedap garing rangup.

    BalasPadam
  2. Itulah ingat letak biasa tertinggal pada periuk.
    Senang sudah boleh beli ya.

    BalasPadam
  3. Orang2 jaman dulu memang tak buang kerak nasi ni.
    Jemur sampai kering dah tu goreng buat kerepek

    BalasPadam
  4. Menarik betul, kerak nasi boleh dibuat kudapan macam makan keropok. Makan dengan serunding pulak tu. Bertambah sedap rasanya. Memang tak berhenti mengunyah tu kak Amie :)

    BalasPadam
  5. Nampak menyelerakan.
    Pernah nampak kat youtube org buat kerak nasi, dia terbalikkan kuali tu ke bawah api utk bg nasi tu mengering. Tak tau lah sama ke tak dgn menu ni.

    BalasPadam
  6. @namakucella Ooooo kerak telur tu saya pernah lihat di Balikpapan Fest, makanan dari seluruh Indonesia sewaktu saya berkunjung ke Kalimantan. Kerak telur itu makanan tradisional masyarakat Betawi, Jakarta.

    BalasPadam
  7. @NA Ya, kerak ini bukan kerak nasi yang tertinggal di periuk tu.

    BalasPadam
  8. @Warisan Petani Ya, dulu kita kumpul kerak untuk dijemur. Itu kerak kitalah.

    BalasPadam
  9. @Azhafizah MN Betul Fiza, ia kudapan tradisional. Bukan kerak biasa, tapi kerak 'luar biasa' yang dibuat khas.

    BalasPadam
  10. @Miss Mirror a.k.a Sam Itu namanya kerak telur, makanan tradisional masyarakat Betawai di Jakarta. Ada beza dengan kerak kudapan orang Cocos.

    BalasPadam
  11. patutlah dimakan dgn serunding sbb diperbuat dgn nasi lembik nampak sedap tu

    BalasPadam
  12. ingat kerak mcm yg biasa tu, kerak tu mak dana suka buat kerak nasi biasa tu pastu jemur dan goreng... aduhhh makan dengan sambal kicap memang tak bole berhenti...
    kalau tgk kerak mil akak ni pun nampak sedap betul, makan compom tak boleh berhenti yek...

    BalasPadam
  13. menarik menunya.. tak pernah jumpa lg di semenanjung. mcm kerepek

    BalasPadam
  14. Uniknya. Mesti rumit nak membuat kerak ni dengan lapisan nipis begitu.

    BalasPadam
  15. Orang dulu tak suka membazir. Kerak pun diambil untuk diolah jadi hidangan sedap. Jujur saya baru tahu bangsa Cocos ni. Thanks sharing

    BalasPadam
  16. Nampak macam sedap la..ni memang confirm x berhenti mengunyah kalau dapat ni..sure addicted

    BalasPadam
  17. mesti rumit pembuatannya.. Nampak menarik pula dimakan bersama serunding tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe