Yang Ditunggu Dah Tiba : Travelog Ustazah Basikal

2:37 PTG

Kelmarin, terima bungkusan berisi dua buah buku pembelian secara online, tebal dan berat! Rasa sangat teruja, tidak sabar untuk menatap isi kandungannya:

  • Ustazah Basikal Siri 1 - setebal 708 halaman  (RM79.00)
  • Ustazah Basikal Siri 2 - 1018 halaman (RM99.00)
  • Pembelian Combo  1 & 2 - RM169.00
  • Kos Penghantaran RM50
  • Jumlah Keseluruhan RM219.00

Kisah Adilah, seorang Ustazah yang dijodohkan dengan seorang Arkitek yang bernama Ahmad dengan pilihan ibu Ahmad sendiri sebagai pra-syarat untuk Ahmad keluar mengembara ke seluruh dunia dengan berbasikal.


Niat asal Ahmad untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan ‘honeymoon’ bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing menuju Mekah, sebelum menuju ke Eropah.

Adilah nekad mengikut suaminya ke Mekah, dan Ahmad pula nekad meletakkan jawatan sebagai seorang Arkitek, keluar dari rumah sewa, jual kereta dan mulakan pengembaraan. 15 bulan mereka ‘homeless’.

Mereka merentasi 13 buah negara sebelum sampai ke Mekah. Banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama 3 hari. Ahmad menerima 5 jahitan di mata semasa di Iran. Mereka ditahan tentera bersenjata selama 3 hari di Pakistan. Mereka hampir diculik di Afghanistan. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya.

Di dalam setiap kesusahan, Allah hadirkan MAGIC (kuasa Allah) setiap hari kepada mereka. Diantara MAGIC yang Allah tunjuk adalah, Ahmad & Ustazah Adilah adalah manusia biasa, bukan atlet, tapi dengan kuasa Allah, mereka mampu berkayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan hanya berbekalkan duit permulaan RM1,900 sahaja.
Sumber : GOOGLE



Nampaknya selang sehari selepas dapat bungkusan BKH#legasi_emak 8 judul buku, datang pula Ustazah Basikal! Orang tamak macam Amie ini rasanya nak 'telan' sekali harung 10 buah buku dalam satu masa! Setelah tamatkan antologi Ikan Celup Tepung petang kelmarin, pada sebelah malamnya pula selepas solat Isya' Amie mula 'mengerjakan' Ustazah Basikal pula. Asyik membaca, jam menunjukkan angka 11:30 malam. Amie berhenti membaca pada muka surat 250. 

Pagi tadi, selesai membuat sarapan, dan bersihkan diri Amie sambung bacaan buku Ustazah Basikal. Ketika membaca muka surat 396 hingga 397 tak semena-mena air mata jatuh berlinangan sampai tersedu-sedu pula. Amie tutup buku Ustazah Basikal dan sambil mengesat air mata, Amie pergi ke dapur.


Isteri Shaukat Ali menghidangkan kepada kami nasi dan capati serta lauk kari ayam kepada kami, di bawah cahaya lilin.

Rupa-rupanya, bekas yang Shaukat ambil di rumah besar tadi berisi lauk kari ayam. Lauk itu yang dihidangkan kepada kami.

Aku pasti, mereka bergaduh tadi sebab mahu menjamu kami, tetapi Shaukat Ali berkeras untuk menjamu kami di rumah usangnya.

Setelah sedia, isterinya menjemput kami makan.

Tanpa berlengah, kami makan apa yang ada di depan mata kerana terlalu lapar. Aku jemput Shaukat Ali dan isterinya untuk makan sekali tetapi mereka menolak dan suruh kami habiskan semua lauk yang ada.

'Mungkin mereka dah makan.' Bisik hatiku.

Alhamdulillah.

Syukur, kerana perut kami sudah kenyang, Shaukat minta kami habiskan makanan yang berbaki, tapi kami sudah tidak boleh masuk lagi. Hanya berbaki seketul daging ayam di dalam bekas mangkuk tadi, sekeping capati dan sedikit nasi.

Selepas kami cuci tangan, kami duduk semula di atas katil. Isteri Shaukat Ali membawakan sebuah pinggan kosong untuk suaminya. Suaminya pun makan dari baki makanan yang kami tinggalkan.

Aku terus pandang Adilah.

"Eh, dia tak makan lagi ke??"

Perasaan bersalah mula mencengkam hati kami.

Kami telah "melantak" macam orang tak ingat dunia sedangkan Shaukat belum makan lagi!
Selepas shaukat Ali habis makan, 2 orang budak lelaki masuk ke dalam rumah tersebut. Dari cara mereka bersembang, budak-budak itu adalah anak-anak mereka.

Mereka mencangkung di lantai lalu ibunya mengambil sedikit kuah kari baki makanan suaminya tadi dan dihidangkan kepada kedua-dua anaknya dengan baki capati yang tinggal. Amatlah berat mata kami menyaksikan peristiwa itu. Aku rasa berdosa gila. Aku pasti Adilah pun sama.

Setelah si ibu memastikan anak-anaknya kenyang, baru ibu yang sedang sarat mengandung tadi makan dari baki makanan anak-anaknya tadi. Aku tak pasti apa yang tinggal. Allah.... aku dan Adilah terus menangis....

Air mataku meleleh. "Dosa apa yang kami dah buat ni.."

"Ya Allah, ampunkan kami Ya Allah..sungguh kami tak tahu.."

"Kami tak tahu mereka tak makan lagi. Kami telah makan semahunya sedangkan mereka semua sedang berlapar... Ya Allah, kejamnya kami...!

Ampunkanlah kami Ya Allah!"


Malam itu kami tidur dalam perasaan bersalah yang amat sangat. Kami mengambil keputusan untuk memberikan sebahagian dari sumbangan untuk madrasah kepada keluarga Shauki Ali walaupun dia tidak memintanya.

Kami teringat kisah di zaman Nabi dahulu, ada sahabat yang melayan tetamu walaupun mereka tidak punya apa-apa. Peristiwa yang sama kini terjadi di depan mata kami sendiri.
Ini adalah pengajaran yang sangat besar buat kami di India.

Kami masuk ke Nepal dalam keadaan yang sangat-sangat bersyukur. Kami akan menangis setiap kali teringatkan kisah Shaukat Ali di India.

Ya Allah! Banyaknya mesej dan pengajaran dalam setiap helaian muka surat yang Amie baca!
Setakat ini dahulu yang dapat Amie tuliskan. Amie nak sambung baca Ustazah Basikal Siri 1 ini.

38 comments

  1. Selamat membaca, Amie.
    Memang magic Allah boleh berlaku bila masa, tanpa kita duga. :)

    BalasPadam
  2. fuh..terasa ingin memiliki buku ustazah basikal ni

    BalasPadam
  3. fuh baru puas hati kan, novel nya tebal, ceritanya bagus. slmt membaca amie

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ya Allah sedih. Saya harap dapat beli nanti.

    BalasPadam
  6. selamat membaca :) ceritanya dah bagus tu mesti tak terasa sekejap ja baca tu biarpun tebal muka surat ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayunju
      Terima kasih. Memang suka baca Travelog.

      Padam
  7. Macam best la... Membaca sedutan yang cikgu tulis tu seperti memabaca kisah-kisah zaman rasullullah seperti yang pernah diceritakan ustaz @ memebaca dari buku dulu-dulu

    BalasPadam
  8. Memang leka bila baca buku UB ni.
    Part Shaukat Ali tu memang sangat menginsafkan 🥲

    BalasPadam
  9. Buku tebal puas hati membaca tu. Banyak kisah yang menarik dan banyak pengajarannya :)

    BalasPadam
  10. menyentuh hati kisah shaukat ali ni...tebal betul bukunya. kak dihadiahkan shbt buku ikan celup tepung belum sempat baca lagi

    BalasPadam
  11. ni novel fiksyen ke kisah benar?

    BalasPadam
  12. @Adinda Baizura Mazlan Siri I - 708 halaman. Siri II 1018 halaman.

    BalasPadam
  13. @Nur Setelah habis satu siri, barulah faham segala magic yang berlaku. Insaf sangat.

    BalasPadam
  14. @AzianKhalil Berbaloi memilikinya. Banyak mesej dan pengajaran, rasa bermotivasi dan ingin selalu bersyukur.

    BalasPadam
  15. @ShirVen Ya, catatan perjalanan dua insan berhati kental yang banyak beri iktibar.

    BalasPadam
  16. @NA In shaa Allah, moga dapat memilikinya. Kisah benar, catatan perjalanan suami isteri sebagai pengembara berbasikal.

    BalasPadam
  17. @Ayu.ju Ya, catatan perjalanan yang memukau. Setiap helaian menyajikan pengalaman baru yang berbeza.

    BalasPadam
  18. @namakucella Memang sangat seronok dan rasa insaf membaca kembara mencari hikmah bersama ustazah dan suaminya.

    BalasPadam
  19. @Ujie Othman Banyak betul pengalaman mereka berdua yang mendebarkan dan menyentuh jiwa.

    BalasPadam
  20. @Azhafizah MN Betul tu. Paling teruja nak baca sebab ia merupakan travelog, kembara suami isteri merentas 13 buah negara untuk sampai ke Mekah.

    BalasPadam
  21. @paridah Pelan-pelan baca kak. Saya pun sentiasa cari masa untuk membaca.

    BalasPadam
  22. Saya pun dah beli buku ni. Baru buku 1 habis. Part Shaukat tu memang nangis sungguh-sungguh lah. Begitu sungguh mereka menghargai tetamu. Dan banyak lagi part yang memang mengharukan sungguh di India tu. Sedang baca part 2. Memang berbalui lah beli walaupun mahal dan tebal.

    BalasPadam
  23. @Wak Lat Ini travelogue wak. Catatan perjalanan selama 420 hari sepasang suami isteri dari Mlaysia hingga ke Mekah. mereka hanya berbasikal sahaja. Kembara selama 15 bulan sudah tentu menyajikan pelbagai pengalaman dan pengajaran.

    BalasPadam
  24. @notie Samalah kita. Malam tadi habis baca siri 1. Dah masuk siri 2 ni. Tiap helaian membawa peristiwa yang berbeza. Pengalaman mereka tidak ternilai harganya.

    BalasPadam
  25. Allah, sedihnya baca yang pasal keluarga Syaukat ALi tu... aduhai kalau jadi kat kita pun mesti ralat sangat

    BalasPadam
  26. Rindunya nak travel kalau baca buku macam ni. Belajar tentang kehidupan dari orang bangsa lain.

    BalasPadam
  27. sy terbaca kat twitter ada yg rekomen suruh baca buku ni. tp sy x igt siapa... katanya buku ni mmg bgs serba serbi

    BalasPadam
  28. @norhidana Banyak sungguh pengajaran dalam travelog ini.

    BalasPadam
  29. @SalbiahM Kan Sal. Dapat memahami budaya pelbagai kaum di dunia.

    BalasPadam
  30. @dear anies betul tu. Memang sangat bagus..kembara mencari hikmah.

    BalasPadam
  31. Allah.. Membaca sedikit perkongsian akak je mamp membuatkan mata Sha basah.. Buku yang sangat bagus dimiliki dan dibaca..

    BalasPadam
  32. kalau cerita menarik dan banyak inspirasi, buku tebal pun boleh habiskan dalam masa singkat.

    BalasPadam
  33. bukunya lumayan tebal itu tapi isinya daging semua

    hindari hubungan seks komersial agar terhindar dari berbagai macam penyakit menular seksual

    Berbagai macam gejala penyakit menular seksual diantaranya:

    1. kutil kelamin
    2. gonore
    3. kencing nanah
    4. vagina bengkak
    5. benjolan di penis
    6. benjolan di vagina

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe