Butter Cheese Honey Cake Pengganti Japanese Cheese Cake

6:36 PTG

Dua hari lepas, Abang Farid hanya dapat sepotong Japanese Cheese Cake, dan 5 potong lagi Firdaus habiskan. Amie sudah berjanji akan belikan Abang Farid kek itu sebab dia tak puas makan. Kelmarin Amie singgah di tempat jual kek, tapi Japanese Cheese Cake sudah habis. Yang ada hanya Butter Cheese Honey Cake. Daripada balik dengan tangan kosong, baiklah beli saja sebiji kek itu.

Apabila Amie beritahu Japanese Cheese Cake sudah habis, dan Amie gantikan dengan Butter Cheese Honey Cake, Abang Farid tidak mahu makan. Amie suruh buka pembungkus kek itu pun Abang Farid tidak hiraukan. Akhirnya terbiarlah kek itu, dan kebetulan pula Amie sibuk siapkan rendang daging dan pulut kuning serta bubur merah.

Tengahari tadi, Amie terdengar Abang Farid minta Encik Suami belikan Japanese Cheese Cake. Katanya tak ada selera makan nasi. Rupanya Abang Farid demam. Amie menyambuk. Amie kata Japanese Cheese Cake sudah habis, dan tak tahu bila akan ada lagi jualan kek itu.

Butter Cheese Honey Cake


Petang tadi Amie potong Butter Cheese Honey Cake. Abang Farid tidak juga mahu makan. Apabila Amie kata, rasanya lebih kurang Japanese Cheese Cake, malah lebih sedap lagi. Barulah Abang Farid jamah sedikit. 
Sedap! Kata Abang Farid.
Itulah bang. Lain kali cuba makan dulu. Rasa dulu. Baru tahu sedap tidaknya.


Setelah Amie ambil gambar Butter Cheese Honey Cake, Abang Farid makan buah epal yang Amie gunakan sebagai props set. Harap datanglah selera makannya setelah makan ubat.

Daku bukanlah seorang ibu yang sempurna, 
tetapi daku sentiasa berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku!


15 comments

  1. alahai...kecur tengok kek tu. Semoga cepat sembuh abang farid

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh ye
    betul kita seorg ibu sentiasa buat yg terbaik utk anak2

    BalasPadam
  3. Iman pun baru baik demam, harap cepatlah jugak kebah demam Abg Farid tu ya, jangan merajuk pulak sebab Tak dapat kek

    BalasPadam
  4. Patutlah merajuk lain macam. Demam rupanya abang Farid. Dah rasa baru tahu sedap, kan. Semoga abang Farid cepat sembuh. Aaminn

    BalasPadam
  5. kak Amie nak resepi.. sedappp sedapp

    BalasPadam
  6. Cerewet juga anak-anak ni kadang-kadang. Macam tak hargai kita pula, susah payah beli untuk penuhi permintaan. Kalau mengadu kat ustazah kan, ustazah akan cakap, "Sabor, dapat pahala orang sabor ni". Urut dada sat, sambil menyabarkan diri sendiri. Hehe.

    BalasPadam
  7. Ya Allah sedapnyaaaa!!!!!! nmpkkkk cheese tu mmg cair dlm mulut

    BalasPadam
  8. @AzianKhalil Sedapkan! Alhamdulillah Abang Farid beransur sembuh.

    BalasPadam
  9. @mama sara nur Aamiin ya Allah. Banyak cabaran seorang ibu.

    BalasPadam
  10. @Seri Kandi Di Tanah Jauhar Kalau anak-anak sakit, risau kita dibuatnya. Syukurlah ada depan mata.

    BalasPadam
  11. @Azhafizah MN Alhamdulillah. Abang Farid dah berselara makan, nak sembuhlah tu.

    BalasPadam
  12. @Cik nadya Kak Amie belum pernah buat kek begini dik.... he hehee.

    BalasPadam
  13. @Nur Abang Farid satu orang yang cerewet Nur. Selalu juga tegur, susahlah macam ni tak makan itu tak makan ini.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe