Ayam Masak Sambal Aroma Daun Kari

8:06 PTG

Hari ini dapur tak seharian dapur tak berasap. Paparan resipi kali ini merupakan hidangan lama, rasanya bukan minggu lepas, tapi minggu lagi satu yang lepas. lauk utama ialah Ayam Masak Sambal Aroma Daun Kari. Amie goreng terlebih dahulu daun kari dan kemudian angkat dari kuali. selepas itu barulah tumis segala bahan yang lain. Setelah siap masak, bubuh daun kari tadi di atas sambal ayam. Dapatlah namanya 'aroma daun kari'. 

Amie carikan teman ayam masak sambal ini dengan acar timun tambah nanas dan lobak merah. Tam,bah lagi satu iaitu sayur kacang Holland tumis dengan tauhu dan udang kering. Kacang Holland ini waktu kami berkebun zaman dahulukala, Bonda panggil kacang koro. Ingat lagi, Bonda tanam kacang koro sebelah kacang botol dekat tepi kolam di kebun kami, di lereng bukit. Kedua-dua kacang ini rajin berbuah. 

Ayam masak sambal Aroma Daun Kari

Acar timun, nanas & lobak merah.
Kacang Holland tumis dengan tauhu & udang kering.

Limau gedang & kiwi.


Ayam masak apa pun memang tak pernah tolak tepi, semuanya laris di rumah kami. Kali ini Amie tambah telur rebus. Itu pun habis licin juga. Amie juga bubuh kentang yang digoreng terlebih dahulu di dalam masakan sambal ayam ini.


Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam - potong ikut saiz yang digemari - cuci bersih - toskan - gaul dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 3 biji kentang - kupas kulit - potong wedges 
  • 3 biji telur - rebus dan kupas kulit
  • 3 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
  • 1 keping asam gelugur
  • 300 ml air
  • garam / gula Melaka / perasa pilihan
  • minyak
Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng kentang hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan 1/2 cawan minyak bekas gorengan di dalam kuali.
  4. Goreng daun kari hingga layu. Angkat dan toskan.
  5. Kemudian tumis bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan gula melaka dan asam keping. Kemudian tuangkan air. Biarkan mendidih seketika.
  7. Seterusnya masukkan ayam goreng dan gaul rata. 
  8. Biarkan masak dengan api sederhana kecil supaya bahan sambal meresap dan ayam masak sepenuhnya.
  9. Masukkan pula kentang goreng.
  10. Taburkan  daun kari goreng,  garam / perasa pilihan dan gaul beberapa kali.
  11. Akhir sekali masukkan telur rebus sewaktu menghidang.

14 comments

  1. waa...sedapnya sambal ayam. tapi saya lagi suka aroma daun limau purut...

    BalasPadam
  2. kalau pergi rumah kenduri baru boleh makan Acar timun, nanas & lobak merah.

    BalasPadam
  3. banyak daun kari nya tuu, confirm sedappp niiii :)

    BalasPadam
  4. semua nampak menyelerakan. dah le tgk memalam ni. sesilap sat lagi jadi tikus ke dapur. hehe

    BalasPadam
  5. nampak kacang holland rs nk g pasar raya skrg jg��

    BalasPadam
  6. Memang nampak sedap..kiranya takdela yg oder makan di luar ye kak heheheh

    BalasPadam
  7. Lama jugak tak masak ayam masak merah ni.. memang masuk kalo ada acar sekali

    BalasPadam
  8. sedap menu ayam tu..oh buah tu pernah mkn limau gendang....tp biasa panggil grapefruit

    BalasPadam
  9. Gula melaka kalau tambah dalam masakan memang sedap. Tapi kena pandai mengagak banyak mana nak bubuh

    BalasPadam
  10. Style macam masak ayam sambal bali. Sedap aroma daun kari.
    Tengok limau gedang rasa macam dah lama tak makan buah tu. Macam susah nak cari buah limau gedang ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe