Kiriman Antologi Nasi Lemak Sambal Bilis Daripada Imelda Sahriah

6:26 PTG

Seawal pukul 6 pagi sudah jejak kaki di pintu bilik guru. 6:15 pagi perlu bertugas mencatat suhu murid-murid. Pagi ini kehadiran sangat berkurangan. Barangkali disebabkan sudah ada pertambahan bilangan positif Covid-19 dalam kalangan murid. Bilangan yang hadir boleh dihitung dengan jari. Satu kelas, memang kosong tanpa kehadiran seorang murid pun. Satu kelas lagi, hanya 9 orang yang hadir. Daripada hampir 200 orang murid yang akan menduduki peperiksaan SPM bulan Februari nanti, tidak sampai 50 orang yang hadir untuk PDP bersemuka.

10 minit sebelum pukul 7 pagi, guru-guru sudah bersedia menjemput murid masing-masing di dewan terbuka untuk dibawa masuk kelas. Kami menunggu lebih kurang 15 minit lagi, mana tahu akan muncul seorang dua murid. Tepat 7:15 pagi, tutup fail laporan kehadiran dan catatan suhu. Tiba-tiba datang pengawal keselamatan menghulurkan bungkusan Pos Laju. Barangkali posmen tidak dibenarkan masuk ke pejabat, jadi semua bungkusan diserahkan di pondok pengawal sahaja.

Siapa tak teruja pagi-pagi lagi, ada orang hantar bungkusan. Jom kita buka bungkusan, apa ada di dalamnya dan siapakah pengirimnya?

Pengirimnya ialah Imelda Sahriah, sahabat lama Amie sewaktu bertugas di SMKSLD. Hampir 17 tahun lamanya tak jumpa Melda!

Apabila bungkusan dibuka, terbau haruman menerpa hidung! Oh! Imelda kirimkan antologi Nasi Lemak Sambal Bilis. Teruja sangat nak baca hasil karyanya yang pertama di dalam antologi ini.

Haruman yang semerbak itu rupanya datangnya dari scented saschet aroma jasmin! Terima kasih Melda, kirim haruman yang segar ini.

Imelda coretkan kata-kata di ruangan Secubit Rasa. Sudahlah begitu lama terpisah, tiba-tiba dapat baca tulisan tangan Imelda yang cantik, kemas dan tersusun ini, rasa terharu pula! Antara tulisan Imelda: Terima kasih kerana berkongsi resepi ini dalam blog akak, terharu saya.
Resepi apa pula tu?
Nanti Amie kongsikan ye.


Membaca beberapa muka surat terawal, mukadimah antologi ini rasa tak sabar untuk menyelak halaman seterusnya:

Antologi ini sangat istimewa apabila setiap pengkarya mengimbau kisah di dapur bersama emak. Turut dimuatkan tip-tip dan pesan emak ketika menghasilkan resipi kegemaran penulis. Air tangan emak sudah menjadi darah daging dan penyambung nyawa seisi keluarga. Biasanya celik mata selalu melihat lempeng kelapa, jemput-jemput bilis atau ubi sambal dan pulut pagi atas meja.

Baca muka surat seterusnya pula:

Emak adalah tonggak kedua dalam sesebuah keluarga. Pengorbanan emak tentunya bermakna dalam hidup setiap insan yang bergelar anak. Walaupun emak mungkin garang dan suka berleter namun semua itu ialah untuk membentuk anak lebih sempurna.


Apabila membaca helaian seterusnya, tak semena-mena setitik air mata jatuh berlinang:

Emak - Dialah ratu hati. Dialah tonggak kehidupan. Kita pernah meminjam dan berkongsi nyawa dengannya. Malah kita masih berhutang air susunya yang kita teguk sampai kenyang. Hingga kita seusia ini, semua itu masih belum mampu kita membalasnya.

Apa yang sangat menarik di dalam buku ini ialah fokus utamanya mengenai resipi air tangan emak yang telah menjadi makanan kegemaran seisi keluarga. Setiap hasil karya disertakan satu resipi air tangan emak. 

Sebenarnya ada 8 antologi yang diterbitkan daripada seramai 324 penyumbang karya. Ada 3 BONUS disertakan dalam setiap antologi termasuk resipi daripada Chef Tamu dan Puan Sri Diah, Editor Pengurusan. Jumlah keseluruhannya, ada 340 resipi!

Sesungguhnya inilah satu-satunya buku berlainan konsep dari yang pernah diterbitkan sebelum ini dalam sejarah pembukuan negara. Ya, buku BKH#legasi_emak.


Amie belanja perenggan awal bertajuk Nek Jah dan Bianglala Rindu:

Seronok sahaja bukan, bangkit pagi denganmata terpisat-pisat, hidung terus tercium sedapnya bau nasi goreng kampung! Terhidu juga aroma kopi O. Kembang kempis lubang hidung dbuatnya!

Cepat sahaja kita bingkas tinggalkan katil, solat subuh dan bersiap-siap. Lengkap berpakaian sekolah terus meluru ke dapur. Emak sudah menyiapkan hidangan sarapan.

Jika hujung minggu lain pula aturan menu emak. Masakannya lebih meriah......


Seterusnya Amie tercari-cari hasil nukilan Imelda Sahriah. Oh! Itu dia... tajuk yang ke-7, Rahsia Kaas halaman 47. Apa agaknya cerita keluarga berkaitan resipi yang Imelda kongsikan pula.


Emak ketika itu berada di rumah Klang sedangkan aku berada di Lahad Datu, Sabah. Yalah, aku kahwin sebaik sahaja selesai peperiksaan akhir tahun. Tidak sempat langsung menadah ilmu resipi masakan emak yang sedap-sedap. Apabila tahun pertama terpaksa beraya di Sabah, aku jadi panik!
"Ya Allah, aku nak masak apa untuk raya? Malu aku kalau tak ada juadah istimewa untuk dihidangkan kepada tetamu."

Apa agaknya resipi istimewa yang Imelda masak sebagai juadah hari raya untuk hidangan tetamu? Rupanya resipi istimewa itu Imelda kongsikan bersama kami, dibawanya juga ke tempat kerja. Rasanya sungguh enak sehingga kami meminta resipinya. Imelda dengan senang hati memberikan kami resipinya itu, yang katanya masakan warisan dari sebelah neneknya di Melaka.

Sayangnya, masakan yang sangat sedap itu Imelda tidak ingat namanya. Zaman dulu, bukannya mudah berhubung seperti sekarang. Keluarga Imelda nun jauh di seberang Laut China Selatan. Sekarang semuanya di hujung jari, apa-apa masalah nak tanya, sesaat boleh dapat dan cari atau tanya Pak Google, tapi dulu banyak benda berada di hujung dunia.... ahaks!

Akhirnya kami namakan resipi itu Daging Sekilo Bawang Sekilo!

Bahan yang digunakan jika daging sekilo, bawangnya pula hendaklah sekilo juga.
Banyak kali jugalah Amie kongsikan dalam blog dengan nama resipi Daging Sekilo Bawang Sekilo itu, dan ramai jugalah rakan blogger masakan turut mencuba resipi itu di dapur sendiri. Memang rasanya sangat sedap. Dua tiga tahun lepas, barulah Amie dapat nama sebenar resipi tersebut daripada Imelda, iaitu Sambal Goreng.

Di bawah ini, (dalam buku) resipi asal Daging Sekilo Bawang Sekilo (yang sebenarnya Sambal Goreng). In shaa Allah, ada masa nanti Amie akan cuba masak gunakan resipi ini. Bahan asal ialah hati, tetapi Imelda tukar kepada daging lembu. Jadi kami pun ikut gunakan daging lembu juga. Sekarang sudah ada resipi yang asli, Amie pastikan akan gunakan bahan-bahan yang sama. Nak tahu juga apa beza rasanya.

Itulah kaitannya cerita Sambal Goreng Hati dan Daging Sekilo Bawang Sekilo dengan kenang-kenangan kami sewaktu di LD.


Muka depan dan belakang antologi Nasi Lemak Sambal Bilis

Amie sudah hubungi Imelda. Kalau boleh Amie nak dapatkan 7 buah lagi buku istimewa ini. Kesemuanya ada 8 judul. Seronoknya kalau dapat semua sekali sebagai koleksi. Antara tajuk siri buku ini ialah:
  • Ikan Celup Tepung
  • Cek Mek Molek Sokmo
  • Cucur Udang Rangup
  • Nasi Lemak Sambal Bilis
  • Ikan Bakar Air Asam
  • Kurma Daging Pujaan
  • Kari Ayam Cinta
  • Pengat Labu Kasih Sayang

10 comments

  1. Wahhh.. Ni Sri Diah penulis majalah tu ke cikgu?
    Kalai Sri Diah tu sayapun suka sangat tulisannya zaman mengumpul majalan. Untung beliau nama Sri Diah. Bila kahwin dapat title Puan Sri Diah 🤭

    BalasPadam
  2. @namakucella Ya, betul Puan Sri Diah. Dia sebagai editor pengurusan untuk hasilkan 8 siri buku ini.

    BalasPadam
  3. Wah ada rakan beri buku dan resipi. Hehe bagus juga praktikkan cuba resipi.

    BalasPadam
  4. Menariknya buku tu. Semoga selamat ye Amie, bertugas di sekolah tu, dan dijauhkan dari covid.

    BalasPadam
  5. Menariklah buku tu kak :) bertuahnya dapat!

    BalasPadam
  6. waaa bestnya kak amie dpt buku yang ber isi kandungan diaaaa

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. beruntung dapat hadiah dari sahabat seorang penulis hebat :)

    BalasPadam
  8. sy rs sy kenal org blkg penghasilan buku ni...

    BalasPadam
  9. Menariknya buku ni. Nak pergi cari

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe